Assalamualaikum Wbt & Hii!
Entry
aku kali ni just nak cite pasal kesah raya aku kat Melaka. Memang
setiap tahun pun aku raya kat Melaka. Mak aku pulak anak sulung, so
memang sume pak cik mak cik akan balik beraya kat umah kami la. Bila
raya je, time yang aku paling suka ialah malam raya. Sebab dapat main
mercun dan berlawan-lawan ngan jiran. Tapi mercun biasa-biasa jela.
Hihi.
Inilah family saya. Ayah,mak,saya,adik dan abang. Tak cukup lagi dua orang. |
Tak banyak sangat gambar yang ada. Gambar makanan ape yang orang Melaka masak mase hari raya pun aku tak amik. Yang aku tahu mase tu makan makan makan. Hewhew. Entahlah..aku tak bape nak reti lagi sebelum wat pape tu mesti nak amik gambar dulu. Then post kat facebook or instagram. Sebab aku tak biasa. Lepas ni mungkin terbiasa kowt sebab terikut-ikut dengan keadaan sekeliling. Yela, aku pun nak post jugak gambar makan sekali-sekala. Walaupun ada yang mengatakan post gambar makanan ni loser. IDC!
My outfit mase hari raya ke-3 |
Ehh, nape tetiba je hari raya ke tiga? Sebab raya ke-2 aku tak g mane-mane pun. Dok umah je. Mase raya pertama pun aku tak g mane-mane jugak. Dok je kat umah tunggu orang datang. Dapat duit raya lagi. Hehe. Da besar pun dapat duit raya jugak.
Ni mase raya ke-4 |
Orang lain masih beraya tapi kiteorang g tengok wayang. The conjuring. Bole tahan seram cite tu. Lepas tengok wayang, g jalan-jalan kat bandar hilir untuk kali ke-99. Walaupun da banyak kali tapi mesti wajib jugak amik gambar. Dan hari itu ialah kali pertama kami naik beca. Hehehe. Sebab tu muka sume excited. Lepas tu balik semula ke KL untuk sambung raya. Sabtu ahad memang g makan-makan kat umah sedara mara jela. Asyik makan makan makan. Da nampak makanan memang aku tak ingat la nak amik gambar, selca, camhore and whatever tu. So, memang tak de gambar la. Kalo ada pun gambar mase dalam kete,pic syok sendiri. Haha.
Setakat ni jelah cite raya aku yang tak bape best. Tapi bagi aku tetap best sebab dapat duit raya banyak. Hee. Daaaa~~~ ^_^