Wednesday 9 December 2015

Kelas Makeup Nuex Rosli

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 22:08 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Aku ada join kelas makeup Nuex Rosli itu hari. Memang best dan sangat berbaloi! Banyak ilmu yang kiteorang dapat ari tu. Bukan setakat tu, sifu siap share sume tips and tricks makeup dia.



Kelas yang aku pergi ni dalam group, so cuma ada demo kat model jela. Walaupon cuma demo je, kami tetap puas hati. Kelas makeup ni bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang. Breakfast dan lunch di sediakan. Bukan tu je, kiteorang siap dapat sijil dan gift dari byabsolute lagi tau! Kat kelas tu sifu NR share dua jenis makeup look. First, NR signature make up look. Second, smokey eyes version NR. Kenapa aku cakap version NR??? Sebab bile NR buat je dapat hasil camtu! Hehe.



Inilah first model untuk signature makeup Nuex Rosli. Cantikkan dia?
Nama dia Nurul Karomi.


Second model Eyna Danina. Ehh sama la nama kite. Hewhew.
Untuk second demo kiteorang request smokey eye by NR. Cantik gile kan makeup ni?

Mesti la kene selfie ngan sifu jugak.

Kepada sesiapa yang teringin sangat nak pergi kelas NR tu silalah pergi ye. Memang tak rugi pon kalau pergi.


Till then we meet again.

Tuesday 3 November 2015

Cara Berjalan Menggunakan Kasut Tumit Tinggi

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:09 1 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!




Aku suka pakai heels sebab bole buat aku nampak tinggi ala-ala model. Krikk krikkk. Tapi seriously aku lebih yakin pakai heels daripada pakai wedges. Aku takde masalah nak pakai heels or wedges ni tapi yang buat aku ada masalah ialah bile pakai kasut baru. Tak kira la flat shoe sekalipon aku akan ada masalah jugak. Memula pakai okay, lama-lama dia akan buat kaki aku luka. Camne nak buat tu ea?? Dan bile kaki aku dah luka, cara jalan aku pon jadi ntah pape la. Satu cara yang aku perasan ialah aku memang kene tahan je ngan kasut tu walau sakit camne pon, next time aku pakai baru akan okay dan tak sakit.


Kali ni aku nak share camna nak jalan ngan kasut tumit tinggi. Untuk beginner yang baru nak belajar guna kasut tumit tinggi ni anda di galakkan pakai heels yang tinggi lebih kurang dua inci dulu. Then, upgrade ke wedges yang tinggi lebih kurang 3-4 inci. Wedges pon ada banyak jenis kan?? Memula pakai la wedges yang korang confident nak pakai dulu tu which is tapak agak lebar sikit. Bile da confident korang bole try pakai wedges yang tapaknya agak kecik sikit ( perempuan mesti tau ape yang aku maksudkan ni kannnn?)


Bile dah confident jalan ngan wedges tadi tu, kite beralih kepada master to all high heels which is pump shoe. Kalau tak berani nak pakai yang tinggi sangat, kite bole start dengan 3 inci dulu.  Ada caranya nak jalan ngan kasut tumit tinggi ni. Kalau cara jalan tu salah, akan nampak macam korang takut dan tak confident sangat nak  jalan ngan kasut yang korang pakai tu.


Caranya ialah tegakkan badan..cewahhh. Ye, memang penting tegakkan badan tu, ada yang pakai heels jalan sambil bongkokkan badan. It’s not nice okay. Then, melangkah dengan step heels-to-toe. Ingat tu heels-to-toe. Iaitu setiap kali melangkah, yang akan pijak tanah dulu ialah heels yang halus tu. Dapat bayangkan tak? Kalau tak dapat bayangkan, meh la aku bagi link you tube. Korang tengok jelah kat sini ye.



Yang penting kalau nak pakai heels ni ialah practice, practice dan practice! Good luck korang. Kalau aku, suka pakai time kat ofis je pon sebab kalau kat kuar aku suka berjalan laju. Kalau pakai heels camne nak jalan laju??? Tak ayu la pakai heels tapi jalan bukan main laju lagi. Aku memang ada masalah berjalan laju dan ramai jugak yang tegur tu tapi aku memang da tak bole nak control lagi nak buat camne kann. Lagi satu aku memang tak suka pakai heels time nak shopping. Kadang-kadang salute gak ah kat orang yang boleh pakai heels dari pagi sampai malam tu. Pastu ada yang boleh pakai heels time g shopping dia boleh tahan pusing satu Pavillion tu. Kalau g naik kete bolehlah tapi kalau cam aku ni nak g tempat-tempat camtu memang akan naik public transport, memang taklah nak pakai heels ye dakkk.


Till then we meet again!

Tuesday 13 October 2015

Pairings :: Peplum

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:34 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Dulu aku ada pernah buat entry Mix & Match. Sekarang aku nak buat yang lebih kurang camtu jugak. Cuma aku nak highlight satu baju je camna kita boleh matchkan dengan baju lain. Kali ni aku nak tunjuk peplum pairings. Walaupun aku ni bukanlah fashionista atau hijabista tapi mana tau boleh bagi idea kat korang yang rasa bosan asyik pakai style yang sama je setiap kali keluar.





1st Look: Peplum+Jean
Style ni biasa kita tengok. Just pakai peplum dengan jean. Sesuai untuk pergi lunch atau keluar dengan kawan-kawan. Nak pergi date pon boleh. Ehemm. 





2nd Look: Peplum+Jean+Cardigan

Style yang kedua ni kita cuma tambah cardigan je. Tambah cardigan je pon dah nampak lain sikitkan? Outfit ni sesuai nak pergi tengok wayang, nak pergi lunch atau just lepak minum kat Coffee Bean ngan kawan. Hewhew.




3rd Look: Peplum+Blazer

Style ni lebih kepada office wear. Sesuai untuk nak pergi ofis. Tapi kalo nak keluar jenjalan ngan kawan-kawan pon apa salahnya pakai blazer ye dak? Untuk nampak lebih kepada corporate look, pakai ngan nude pump yang 3-4 inci tu.



4th Look: Peplum+Palazzo Pant

Style ni jugak sesuai untuk pergi ofis. Kalau pakai ngan blazer pon lagi okay. Pakai camni je pon dah okay. Kasut sama jugak, sesuai pakai nude pump. Baru nampak stylo. Hewhew. Next time aku akan buat entry cara jalan menggunakan kasut tumit tinggi. Untuk yang tak berapa yakin nak pakai high heels tu.

Okay, ini sahaja look untuk entry kali ini. Aku akan buat banyak lagi pairings untuk baju lain.

<Outfit>
Top: Peplum from Nina Sew Planet
Pant: Voir Jean, Palazzo beli kat TS jeww
Shawl: Beli kat Jalan TAR jew
Shoe: Vincci

Till then we meet again.

Monday 12 October 2015

Melaka :: Padang Pasir Klebang

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 07:48 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Kalau dulu orang tanya aku kat Melaka ada apa yang best? Aku pon tak tau la nak jawab ape sebab yang aku tau kalau orang yang datang jalan-jalan kat Melaka ni biasanya orang akan pergi Bandar Hilir jela kan? Tapi kat Melaka sekarang macam-macam dah yang ada. Bustel, air ajaib, rumah terbalik, The Shore Sky Tower, 3D Art Museum, padang pasir pon ada uolss. Yup! Ada padang pasir kat Melaka. Tempat ni orang ramai pergi untuk photoshoot.  Aku pon saje la gedik gak nak pergi sebab tengok member yang bukan orang Melaka pon dah pernah sampai, aku yang orang Melaka ni tak pernah lagi sampai sana.

Padang pasir ni kat Klebang, dekat jugaklah ngan Bustel tu. Tapi ni jauh ke dalam lagi. Macam biasa, aku ni nama je orang Melaka tapi tak pernah nak ingat jalan kat Melaka. Aku suh kawan aku la yang tolong bawak pergi tempat tu. Aku tak sangka lak kena menapak nak pergi padang pasir tu. Pergi pulak time tengah hari yang memang dah boleh tau la camne panasnya. Baru aku tau camne rasa jalan kat padang pasir. Tips untuk korang yang nak pergi sana, better pakai kasut bertutup la ek. Kalau aku pergi pon lepas ni mungkin akan pergi time petang dalam kol 5 atau 6 camtu. Dan jangan lupa bawak air sebab korang memang akan penat punyelah. Dah lah takde orang pon yang jual air kat sana sebabnya orang yang g sana tu memang semata-mata nak amik gambar je pon. Kalau nak beli air kena g beli kat area Bustel sana tu which is memang jauh sangat ngan padang pasir.

Ape pon aku puas hati jugak dapat g sana tu, Cuma time aku g tu cam tak kena sebab waktu tu memang tengah panas sangattt dan angin pon agak kuat sampai payung yang aku bawak tu patah okayyy.

Kiteorang pergi 4 orang. Bawak sorang anak buah aku. Bak kata adik aku, sekarang ni kalau g mana-mana tak bawak budak rasa cam lain je. Da biasa kowt pergi mana-mana mesti ada budak.

Okay memang panas sini. Camne la orang yang datang untuk photoshoot tu.

Walaupun penat tapi berbaloi la jugak datang sini. Cantik jugak view kat sini. Boleh kata tempat ni pon salah satu tarikan untuk orang yang datang jalan-jalan kat Melaka ni.

Ni jelah cerita tentang padang pasir kat Klebang ni. Kalau ada yang nak pergi tu nanti hati-hati bawak kete sebab masa aku sampai tu aku nampak ada satu kete ni tersangkut kat pasir. Tak tau la camne dorang buat.

Till then we meet again.

Thursday 8 October 2015

Acah-acah photoshoot :: Ootd X Makeup By Nina Szar

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:11 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Kalau ada yang baca blog aku ni, mesti cam pening sikit blog aku ni lebih kepada genre ape? Cewahhh. Kejap cakap pasal ACCA, kejap cite pasal g travel, kejap cakap pasal make up, pastu tetibe pasal menjahit pulak. Blog ni lebih kepada kisah hidup aku la gituu. Buat masa sekarang ni aku lebih aktif untuk makeup orang dan next week nak g kelas makeup Nuex Rosli pulak. InsyaAllah nanti aku update kat sini pasal kelas makeup tu.


Hujung minggu bila takde aktiviti apa nak buat, aku biasanya akan try makeup diri sendiri atau cari la canvas aku (selalunya kawan-kawan aku la) untuk makeup. Antara ramai-ramai canvas, yang paling best dan paling sokong ape yang aku buat ni ialah Ainaa. Apa pon yang aku buat dia sentiasa sokong. Dia tau ape yang aku minat dan dia boleh nampak kesungguhan aku tu. So, bile free je ari tu kiteorang pon jumpa la kat One Utama. Fyi, aku kalo makeup orang memang lama. Ada la dalam 2jam cenggitu. So, sebelum start makeup kiteorang g makan dulu.

Inilah Ainaa. Ni gambar sebelum makeup.
Ini pulak selepas makeup. Ainaa request nak natural makeup je. Lipstick pon dia pilih nak nude color.

Ni pose ala-ala photoshoot kiteorang. Gambar pon tak bape nak cantik sangat sebab amik gambar guna camera handphone je.

Selain makeup Ainaa, aku ada jugak makeup diri sendiri ari tu. Selalunya kalo da makeup orang, aku da malas nak makeup diri sendiri tapi sebab ari tu ntah kenapa aku pon rasa nak makeup diri sendiri jugak.

Ni kami berdua betul-betul lepas makeup. Kiteorang jumpa kat OU kan? Kat mana pulak nak makeup tu? Kiteorang g makeup kat surau. Hehe.

Close up. Pink and purple smokey makeup look. Aku nak try la buat dramatic look tapi ni jela yang aku mampu. Sebab aku takut over sangat. Kang semua orang pandang aku lak.

Outfit of the day
Top: Voir
Pant: Voir
Pump shoe: Nose
Hat: Beli kat Bandar Hilir je

Ni pulak ootd dari Ainaa. Cantikkan dia? Boleh jadi model ni. Hehe.

Aku ni memang kalau setiap kali kuar memana suka sangat nak ada gambar ootd. Konon nak try la jadi stylo cam Indah Nada Puspita and Wendy tu. Memang tak menjadi la kan. Ahkak ni kurang tinggi.

Till then we meet again.

Thursday 1 October 2015

Adab

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:46 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

ADAB. Mana-mana kita pergi pon mesti la kene ada adabkan? Lebih-lebih lagi bila kita dah menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni. Seboleh mungkin kita akan layan customer dengan baik. Bagi aku ‘customer always right’ tu dah tak boleh nak guna sangat. Memang seboleh mungkin kita nak menjaga hati customer tapi customer pon kene la jada adab jugak. Kalau nak bertanya tak salah kalau tanya dengan cara dan ayat yang elok. Orang yang berniaga ni pon manusia jugak yang kadang-kadang akan terasa ngan ayat-ayat yang kasar tu.

Ye, nak berniaga ni memang  perlukan kesabaran yang tinggi. Aku pernah je buat  keje part time jadi cashier. Macam-macam jenis orang yang aku jumpa. Ada yang kaya tu tak tunjuk sangat dia kaya, boleh je layan orang cam aku ni elok-elok. Yelah cashierkan?  Sape yang nak pandang sangat cashier ni. Ada yang tak bape nak kaya tu tapi gaya dia lebih. Gaya lebih tu tak pe tapi berlagak pulak. Okay, sekarang nak cite pasal adab. Sejak da pernah jadi cashier, kadang-kadang aku faham jugak kenapa bile setiap kali aku bayar barang cashier tu cam tak bape nak friendly. Mungkin dia penat sebab keje dari pagi sampai malam. Aku pernah rasa penat tu camne, kadang-kadang nak senyum kat customer pon tak larat tapi gagahkan jugak la paksa senyum tu. Sejak da keje dok kat ofis je ni, aku da tak jumpa customer lagi cam aku jadi cashier dulu. Tapi ahkak kan amik tempahan menjahit dan buat freelance make up. So far, menjahit ni tak de masalah. Kalau salah jahit tu, ganti jelah kain customer. Tipu la tak pernah ada masalah camtukan. Lain pulak cite dia ngan freelance makeup ni. Ayat common yang kau akan jumpa ialah “saya nak makeup yang cantik and natural tapi murah.” Like seriously??? Murah? Murah camne tu? Inilah satu masalah yang kite kne hadap bile jadi make up artist sebab kebanyakan customer  memang takkan faham. Kalau dah makeup artist sekarang ni kebanyakannya guna high end brand, camna nak dapat makeup murah tu? Ada MUA tu gigih oiii kirim kawan dia yang kat oversea tu beli barang makeup kat sana. Memang banyak barang makeup yang bagus especially high end brand tak da jual kat Malaysia ni.


Aku tak kesah kalau ada yang bertanya pasal harga je dulu sebab selalunya yang bertanya ni mesti bakal-bakal pengantin yang nak survey harga. Tapi yang aku kesahnya bile da confirm and aku cakap ada transport charges, dia bole cakap aku amik kesempatan pulak??? Okay, tu tak kesah lagi sebab aku faham mungkin dia tengah emosi sebab hari bahagia dia dah semakin hampir. Yang paling tak boleh aku terima ialah bila customer cakap kat aku “saya ni nak bagi rezeki kat awak, kalau awak tak nak make up saya tak pe.” Haaaa..ayat camni aku panas sikit. Dia cakap dia bagi rezeki kat aku? Memang terus ahkak cancel la. Tu blom jumpa lagi da cakap camtu. Rasa-rasa syok ke nak bekerja ngan orang camtu?? Memang banyak ragam dan dugaan bile berhadapan ngan customer ni.

Dah alang-alang aku update entry ni, meh ahkak share job makeup yang akak ada dapat.


Ni makeup nikah untuk Imani. Dulu masa dia tunang pon aku makeupkan dia jugak.

Makeup tunang untuk Dila. Dia yang request nak natural makeup je without fake eyelashes. Gambar tak bape nak clear sebab bad lighting.

Werk it. Nina Szar in action. Cewahhh!


Ini pulak natural makeup untuk kak Iffa. Kening tu tak bape nak on point pulak. Huhu.


Okay..ni takde kene mengena ngan makeup tapi saje nak bagitau baju yang kita pakai tu kita jahit sendiri. Hehe. Kalo ada yang berkenan dan berminat nak tempah bole la contact iolss ye.



Baju ni pon iols jahit sendri. Hewhew.


Till then we meet again.

Wednesday 13 May 2015

Makeup By Nina Szar : Self Taught Makeup Artist

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 02:00 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Just so you know, selain dari menjahit ahkak juga makeup artist. Dah lamo sebonar ea minat make up ni tapi selama ni suka make up diri sendiri jela. Sekarang ni baru ahkak betol-betol serius. Tapi nak bagitau ni, ahkak tak g memana kelas pon. Belajar make up ni kat you tube je tapi lama jugak amik masa ngadap you tube tu. Ingat senang nak betol-betol faham. So, I am a self-taught make-up artist. Hewhew. Part paling susah faham masa nak buat kening and eyeshadow tuh.  Ahkak ni memang tak da lagi sijil dari memana academy bab2 menjahit and make up ni tapi InsyaAllah boleh jugak buat macam diorang tuuu. Kalo uols sedang mencari MUA with ridiculously cheap price korang follow la aku kat Instagram @makeupbyninaszar . Untuk permulaan ni aku buat promotion la. Harga memang sangat murah dan berpatutan. Siap dapat free test make up lagi sebelum majlis korang tuh. Jangan risau kalau korang ada yang berminat nak amik service dari aku, I will make you looks beautiful within 2hours and that includes hijab and accessories styling. Aku buat ni untuk apa-apa jenis event pon macam tunang, nikah, sanding, dinner and photoshoot. Banyak sangat membebel, meh la aku tunjuk sikit hasil sentuhan tangan aku nih.


Ini namanya My Go To Makeup Look. No fake eyelashes.

Ini Fatin Liyana, kawan iols. Dia sudi jadi makeup canvas iols. Bridal makeup look. Kalo camni untuk nikah sesuai la. No fake eyelashes.


Ini Fara Nadia, kawan iols jugak. Iols makeup kan dia masa dia jadi pengapit tapi dia tak nak lukis kening. No fake eyelashes.

Kenalkan Ainaa yang gojes. Dalam ramai2 makeup canvas iols, dia la yang paling sporting sekali. Layan je aku nak buat ape pon. Hehe. Ohh ini ialah Bridal makeup look juga, dinner pon boleh.

Ini pulak Glam Makeup Look. Haaa glam tak uolss? Sekarang ni aku memang suka makeup jenis ni.

Smokey Brown and turquoise makeup look.

Effortless makeup atau boleh jugak jadi My Go To makeup. No fake eyelashes.


Ini ialah Ily Diana. Dia student ACCA. Hee. Makeup ni sesuai untuk g dinner.


Ini pulak Kak Tasha. Bridal makeup look. Sesuai untuk sanding.


Ini jelah setakat ni ye. Till then we meet again.

Wednesday 29 April 2015

Nak Jual Novel Terpakai

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:16 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Ahkak Nina ada nak jual novel. Kebanyakannye ahkak baru baca sekali dua dan condition memang tip top lagi la. Jom tengok novel ape yang ahkak nak jual tu.

1) Sayangku Merajuk (Ayu Emelda,Alaf 21) = RM10

2) Ruang Rindu (Rozita Abd Wahab, Alaf 21) = RM10

3) Cintamu Cintaku Satu ( Ana Sofiya, Fajar Pakeer) = RM10

4) Kasih Yang Suci (Meen Zulaikha, Alaf 21) = RM9

5) Cinta Kontrak (Nurul Ain Syuhada, Karya Seni) = RM10

6) Rindu Di Awan Biru (Meen Zulaikha, Alaf 21) = RM10

7) Hello Mr. Perfect! (Waniey Zakaria, Kaki Novel) = RM10


Kalau ada yang berminat nak beli boleh email ahkak szar22@gmail.com
Serious buyer only. Dan pembelian tidak termasuk postage ye.

Thanks!

Sunday 19 April 2015

Hana's Bridal Shower at Flora Cafe

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 22:13 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Korang tahu tak pasal Flora Cafe? Sebelum ni aku tak pernah tahu pon tapi beberapa hari lepas aku and officemate ada buat Bridal Shower untuk salah sorang officemate aku. Best jugak cafe ni and makanan yang diorang sediakan ialah makanan kampung hoccay. Memang terbaik!

Mereka inilah organizer untuk Bridal Shower ni. Kak Lin, Kak Ita, Kak Nurul and Adibah.

Memula aku pon tak tahu yang small event kiteorang ni akan diadakan di sini sebab organizer nak buat suprise. Hehe. Bride to be pulak siap bawak photoG lagi. 



Ni masa ketibaan Bride to be. Cewahhh.



Comelkan bride to be nih???

 


Masa Hana baru sampai tu dia memang serius terkejut sangat sebab sebelum ni memang dia ada teringin pon nak datang Flora cafe ni. Sebelum mula makan, kiteorang ada buat game sikit untuk tetamu. Hehe. Nasib aku tak kene. Hehe. Game yang dorang buat ni boleh tahan jugak okay and aku ni kan pemalu. Hewhew. Diorang sume ni memang best dan sporting sangat! Inilah officemate saya and I love all of you to the moonlah. Apapun,untuk cafe ni Nina bagi empat bintang. Hehe. Makanan okay, suasana yang romantik tapi sape yang g cafe ni masa kiteorang ada itu hari mesti tak rasa nak bape romantik sangat sebab kiteorang ni memeriahkan suasana. Well you know that so called parti gadis camne kan. Hehe.

To Hana, tahniah dan semoga jadi isteri yang solehah. You are beautiful inside out. Kite memang tak reti nak buat ayat yang jiwa-jiwa. Tapi Hana adalah kawan terbaik yang kite pernah jumpa. Selalu menghiburkan kawan-kawan, kadang-kadang belikan bubur untuk kite kat pasar belakang. Walaupon Hana mungkin tak baca kat sini tapi tak pe. Mana tau nanti2 terbaca jugak. Hehe. Semoga kekal hingga jannah ye dan semoga majlis berjalan dengan lancar.

Till then we meet again.

P/S: Kalau korang ada nak celebrate birthday ke, anniversary ke, bolehlah try ke Flora Cafe ni. Memang sangat romantik tempatnye tapi korang kene call untuk booking dulu tau. Tak boleh redah camtu je. Tak dapat masuk nanti. Hihi. 


Thursday 19 March 2015

Gentle Reminder for Girls: Check your cosmetics/skincare expiry date!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:46 0 Suka Ku Bercerita


Assalamualaikum Wbt & Hi!

Did you know that your cosmetics/ skincare products have expiry date? Whether the expiry starting from the day you open the packaging or the products itself has shelf life (you can see at the packaging/box).

Semua perempuan memang akan ada barang mekap. Kalau yang jenis tak suka mekap, paling cikai pon korang akan ada compact powder, lipstick/lip balm dan skincare macam day/night cream. Korang tau dak yang benda-benda ni sume ada tarikh luput. Especially untuk yang kulit sensitif ni, korang kene amik tahu semua ni. Benda-benda ni semua memang bagus pakai masa baru beli, boleh buat kulit flawless bak Hanis Zalikha tapi kalau dah guna lebih daripada jangkamasa yang di tetapkan, tu yang boleh buat muka naik segala jerawat bagai. Because the chemical formula in the product doesn’t work anymore.

Yang perlu kite amik tahu tentang ini semua ialah berapa lama satu-satu produk tu kite boleh gunakan. Contoh, mascara yang korang ada tu da bape lama korang dok guna? Ada setahun tak? Kene ingat balik tu. Cite banyak pon bukan ada yang nak baca sampai abiskan. Jadi meh la ahkak bagitau bape lama satu-satu produk tu korang boleh guna.



Mascara: 3 bulan. Kalau dah lebih dari tu, silalah pergi beli mascara baru. Sayang tak kat mata tu? Kalau sayang jaga leklok ye. Lagi satu, jangan pulak pergi campur air kat mascara tu.



Lipstick: 2-3 tahun. Ni lama sikit boleh guna. Tapi lipstick ni pon bahaya jugak kalau yang suka kongsi ni. Lebih elok kalau korang potong sikit bahagian atas yang selalu terdedah tu, then baru pakai lipstick tu. Jangan la pi potong beria. Cukup syarat dah ler.

Foundation/ concealer: 6 – 12 bulan. Kalau yang jenis pakai foundation mahal ni, make sure korang pakai selalu la ye. Kalau jarang pakai kang ,lambat pulak nak abis. Simpan lama-lama pon tak elok jugak.

Compact powder/loose powder & blusher : 1 tahun.

Eyeshadow (yang berasaskan serbuk) : 2-3 tahun.

Cream eyeshadow: 12-18 bulan.

Eyeliner/ lipliner: 3-5 tahun.


Ahkak guna product Loreal jeww


Moisturizer/ day& night cream : 1 tahun.

Sunscreen: 1 tahun.

Untuk berus mekap pulak, kalau korang memang selalu guna which means setiap hari korang guna. MESTI basuh berus mekap setiap minggu. Boleh beli sabun pencuci berus mekap, kat Sephora pon ada. Tapi kalau nak guna syampu baby pon boleh je. Kalau korang sayangkan kulit muka korang, make sure korang mesti amik tahu pasal ni. Ramai yang selalu cakap “kulit kite sensitif la, tak tau la kenapa. Tak boleh itu tak boleh ini bla bla bla…”

Cuba korang check balik adakah korang jaga betol-betol barang mekap korang? Pernah tak cuci berus mekap tu? Foundation, skincare korang tu da bape lama guna? Make up and skincare may be girl’s best friend but it could be as dangerous as kite terkena keracunan makanan kalau tak jaga betol-betol. Giccuuuu. Muka ni kalau da tetiba je kuar jerawat bagai, amik masa jugak nak elokkan? Sape tak sayang muka ooiii. Semua orang nak cantik tapi cantik ni bagi aku mesti rajin. Dan sebenarnya (bukan lagu Yuna ye) semua orang cantik Cuma dia rajin atau tak, nak jaga muka dia tu.

Cam ahkak ni dulu pernah jugak masa zaman remaja dulu tetiba jerawat tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Haaa engkauu. Tak de gambar pulak nak tunjuk. Even sekarang ni pon  tak la flawless cam Keknis tu tapi ada hati jugak nak bagi tips. Hew hew. But always remember this, the keyword to a flawless skin is RAJIN. Semua benda pon kalau kite ni rajin akan menjadi jugak. Contoh, ko keje rajin-rajin dan bersungguh ko dapat duit. Kalau tak keje camne nak dapat duit? Sama la jugak kalau nak cantik. Memang some people tak mampu nak beli barang mahal cam SKII, Estee Lauder etc (iols ler tu) tapi kite boleh guna cara tradisional. Kalau google cara nak cantik guna bahan-bahan yang ada kat dapur tu, banyak resipi yang korang boleh dapat. Tak semestinya kene guna skincare yang mahal je kan. Mask setiap minggu pon penting, kalau hangpa tak cukup bajet nak beli mask setiap minggu pi google sana camne nak buat mask dari bahan semulajadi. Even yogurt pon boleh jadi mask tau dak? So, jangan bagi alasan yang kite tak mampu nak beli mask setiap minggu, tak mampu nak g buat facial bagai(iols pon tak mampu) tapi kite cari alternative lain.

Meh ahkak nak bagi tips sikit apa yang DO & DON’T berkenaan penjagaan barang make up ni.


DO:
-       Simpan produk di dalam cabinet atau laci.
-       Basuh tangan anda sebelum menggunakan produk.
-     Tulis tarikh pembelian di setiap packaging/bottle setiap produk. Ini untuk membantu anda mengingati berapa lama anda telah gunakan produk tu. (Lebih elok jika gunakan permanent ink).
-       Cuci berus mekap setiap minggu.


DON’T
-     Kalau boleh gunakan produk yang perlu di pam berbanding produk yang di dalam jar kerana bakteria lebih mudah tersebar ketika menggunakan jari.
-     Jangan tambah air di dalam produk.
-  Jangan kongsi produk dengan orang lain. ( Dalam case ni MUA terkecuali la kowt. That’s why MUA ada banyak barang mekap and brush.)


Ini sahajalah bebelan ahkak pasal penjagaan produk kecantikan nih. Nak cantik bukan setakat kene tempek banyak krim/serum je kat muka, tapi penjagaan produk tu juga peting ye.


Till then we meet again. Daaa.

P/S: Kalau ada tersalah info yang aku share kat sini, do let me know yaaa.
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape