Tuesday 13 October 2015

Pairings :: Peplum

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:34 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Dulu aku ada pernah buat entry Mix & Match. Sekarang aku nak buat yang lebih kurang camtu jugak. Cuma aku nak highlight satu baju je camna kita boleh matchkan dengan baju lain. Kali ni aku nak tunjuk peplum pairings. Walaupun aku ni bukanlah fashionista atau hijabista tapi mana tau boleh bagi idea kat korang yang rasa bosan asyik pakai style yang sama je setiap kali keluar.





1st Look: Peplum+Jean
Style ni biasa kita tengok. Just pakai peplum dengan jean. Sesuai untuk pergi lunch atau keluar dengan kawan-kawan. Nak pergi date pon boleh. Ehemm. 





2nd Look: Peplum+Jean+Cardigan

Style yang kedua ni kita cuma tambah cardigan je. Tambah cardigan je pon dah nampak lain sikitkan? Outfit ni sesuai nak pergi tengok wayang, nak pergi lunch atau just lepak minum kat Coffee Bean ngan kawan. Hewhew.




3rd Look: Peplum+Blazer

Style ni lebih kepada office wear. Sesuai untuk nak pergi ofis. Tapi kalo nak keluar jenjalan ngan kawan-kawan pon apa salahnya pakai blazer ye dak? Untuk nampak lebih kepada corporate look, pakai ngan nude pump yang 3-4 inci tu.



4th Look: Peplum+Palazzo Pant

Style ni jugak sesuai untuk pergi ofis. Kalau pakai ngan blazer pon lagi okay. Pakai camni je pon dah okay. Kasut sama jugak, sesuai pakai nude pump. Baru nampak stylo. Hewhew. Next time aku akan buat entry cara jalan menggunakan kasut tumit tinggi. Untuk yang tak berapa yakin nak pakai high heels tu.

Okay, ini sahaja look untuk entry kali ini. Aku akan buat banyak lagi pairings untuk baju lain.

<Outfit>
Top: Peplum from Nina Sew Planet
Pant: Voir Jean, Palazzo beli kat TS jeww
Shawl: Beli kat Jalan TAR jew
Shoe: Vincci

Till then we meet again.

Monday 12 October 2015

Melaka :: Padang Pasir Klebang

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 07:48 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Kalau dulu orang tanya aku kat Melaka ada apa yang best? Aku pon tak tau la nak jawab ape sebab yang aku tau kalau orang yang datang jalan-jalan kat Melaka ni biasanya orang akan pergi Bandar Hilir jela kan? Tapi kat Melaka sekarang macam-macam dah yang ada. Bustel, air ajaib, rumah terbalik, The Shore Sky Tower, 3D Art Museum, padang pasir pon ada uolss. Yup! Ada padang pasir kat Melaka. Tempat ni orang ramai pergi untuk photoshoot.  Aku pon saje la gedik gak nak pergi sebab tengok member yang bukan orang Melaka pon dah pernah sampai, aku yang orang Melaka ni tak pernah lagi sampai sana.

Padang pasir ni kat Klebang, dekat jugaklah ngan Bustel tu. Tapi ni jauh ke dalam lagi. Macam biasa, aku ni nama je orang Melaka tapi tak pernah nak ingat jalan kat Melaka. Aku suh kawan aku la yang tolong bawak pergi tempat tu. Aku tak sangka lak kena menapak nak pergi padang pasir tu. Pergi pulak time tengah hari yang memang dah boleh tau la camne panasnya. Baru aku tau camne rasa jalan kat padang pasir. Tips untuk korang yang nak pergi sana, better pakai kasut bertutup la ek. Kalau aku pergi pon lepas ni mungkin akan pergi time petang dalam kol 5 atau 6 camtu. Dan jangan lupa bawak air sebab korang memang akan penat punyelah. Dah lah takde orang pon yang jual air kat sana sebabnya orang yang g sana tu memang semata-mata nak amik gambar je pon. Kalau nak beli air kena g beli kat area Bustel sana tu which is memang jauh sangat ngan padang pasir.

Ape pon aku puas hati jugak dapat g sana tu, Cuma time aku g tu cam tak kena sebab waktu tu memang tengah panas sangattt dan angin pon agak kuat sampai payung yang aku bawak tu patah okayyy.

Kiteorang pergi 4 orang. Bawak sorang anak buah aku. Bak kata adik aku, sekarang ni kalau g mana-mana tak bawak budak rasa cam lain je. Da biasa kowt pergi mana-mana mesti ada budak.

Okay memang panas sini. Camne la orang yang datang untuk photoshoot tu.

Walaupun penat tapi berbaloi la jugak datang sini. Cantik jugak view kat sini. Boleh kata tempat ni pon salah satu tarikan untuk orang yang datang jalan-jalan kat Melaka ni.

Ni jelah cerita tentang padang pasir kat Klebang ni. Kalau ada yang nak pergi tu nanti hati-hati bawak kete sebab masa aku sampai tu aku nampak ada satu kete ni tersangkut kat pasir. Tak tau la camne dorang buat.

Till then we meet again.

Thursday 8 October 2015

Acah-acah photoshoot :: Ootd X Makeup By Nina Szar

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:11 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Kalau ada yang baca blog aku ni, mesti cam pening sikit blog aku ni lebih kepada genre ape? Cewahhh. Kejap cakap pasal ACCA, kejap cite pasal g travel, kejap cakap pasal make up, pastu tetibe pasal menjahit pulak. Blog ni lebih kepada kisah hidup aku la gituu. Buat masa sekarang ni aku lebih aktif untuk makeup orang dan next week nak g kelas makeup Nuex Rosli pulak. InsyaAllah nanti aku update kat sini pasal kelas makeup tu.


Hujung minggu bila takde aktiviti apa nak buat, aku biasanya akan try makeup diri sendiri atau cari la canvas aku (selalunya kawan-kawan aku la) untuk makeup. Antara ramai-ramai canvas, yang paling best dan paling sokong ape yang aku buat ni ialah Ainaa. Apa pon yang aku buat dia sentiasa sokong. Dia tau ape yang aku minat dan dia boleh nampak kesungguhan aku tu. So, bile free je ari tu kiteorang pon jumpa la kat One Utama. Fyi, aku kalo makeup orang memang lama. Ada la dalam 2jam cenggitu. So, sebelum start makeup kiteorang g makan dulu.

Inilah Ainaa. Ni gambar sebelum makeup.
Ini pulak selepas makeup. Ainaa request nak natural makeup je. Lipstick pon dia pilih nak nude color.

Ni pose ala-ala photoshoot kiteorang. Gambar pon tak bape nak cantik sangat sebab amik gambar guna camera handphone je.

Selain makeup Ainaa, aku ada jugak makeup diri sendiri ari tu. Selalunya kalo da makeup orang, aku da malas nak makeup diri sendiri tapi sebab ari tu ntah kenapa aku pon rasa nak makeup diri sendiri jugak.

Ni kami berdua betul-betul lepas makeup. Kiteorang jumpa kat OU kan? Kat mana pulak nak makeup tu? Kiteorang g makeup kat surau. Hehe.

Close up. Pink and purple smokey makeup look. Aku nak try la buat dramatic look tapi ni jela yang aku mampu. Sebab aku takut over sangat. Kang semua orang pandang aku lak.

Outfit of the day
Top: Voir
Pant: Voir
Pump shoe: Nose
Hat: Beli kat Bandar Hilir je

Ni pulak ootd dari Ainaa. Cantikkan dia? Boleh jadi model ni. Hehe.

Aku ni memang kalau setiap kali kuar memana suka sangat nak ada gambar ootd. Konon nak try la jadi stylo cam Indah Nada Puspita and Wendy tu. Memang tak menjadi la kan. Ahkak ni kurang tinggi.

Till then we meet again.

Thursday 1 October 2015

Adab

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:46 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

ADAB. Mana-mana kita pergi pon mesti la kene ada adabkan? Lebih-lebih lagi bila kita dah menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni. Seboleh mungkin kita akan layan customer dengan baik. Bagi aku ‘customer always right’ tu dah tak boleh nak guna sangat. Memang seboleh mungkin kita nak menjaga hati customer tapi customer pon kene la jada adab jugak. Kalau nak bertanya tak salah kalau tanya dengan cara dan ayat yang elok. Orang yang berniaga ni pon manusia jugak yang kadang-kadang akan terasa ngan ayat-ayat yang kasar tu.

Ye, nak berniaga ni memang  perlukan kesabaran yang tinggi. Aku pernah je buat  keje part time jadi cashier. Macam-macam jenis orang yang aku jumpa. Ada yang kaya tu tak tunjuk sangat dia kaya, boleh je layan orang cam aku ni elok-elok. Yelah cashierkan?  Sape yang nak pandang sangat cashier ni. Ada yang tak bape nak kaya tu tapi gaya dia lebih. Gaya lebih tu tak pe tapi berlagak pulak. Okay, sekarang nak cite pasal adab. Sejak da pernah jadi cashier, kadang-kadang aku faham jugak kenapa bile setiap kali aku bayar barang cashier tu cam tak bape nak friendly. Mungkin dia penat sebab keje dari pagi sampai malam. Aku pernah rasa penat tu camne, kadang-kadang nak senyum kat customer pon tak larat tapi gagahkan jugak la paksa senyum tu. Sejak da keje dok kat ofis je ni, aku da tak jumpa customer lagi cam aku jadi cashier dulu. Tapi ahkak kan amik tempahan menjahit dan buat freelance make up. So far, menjahit ni tak de masalah. Kalau salah jahit tu, ganti jelah kain customer. Tipu la tak pernah ada masalah camtukan. Lain pulak cite dia ngan freelance makeup ni. Ayat common yang kau akan jumpa ialah “saya nak makeup yang cantik and natural tapi murah.” Like seriously??? Murah? Murah camne tu? Inilah satu masalah yang kite kne hadap bile jadi make up artist sebab kebanyakan customer  memang takkan faham. Kalau dah makeup artist sekarang ni kebanyakannya guna high end brand, camna nak dapat makeup murah tu? Ada MUA tu gigih oiii kirim kawan dia yang kat oversea tu beli barang makeup kat sana. Memang banyak barang makeup yang bagus especially high end brand tak da jual kat Malaysia ni.


Aku tak kesah kalau ada yang bertanya pasal harga je dulu sebab selalunya yang bertanya ni mesti bakal-bakal pengantin yang nak survey harga. Tapi yang aku kesahnya bile da confirm and aku cakap ada transport charges, dia bole cakap aku amik kesempatan pulak??? Okay, tu tak kesah lagi sebab aku faham mungkin dia tengah emosi sebab hari bahagia dia dah semakin hampir. Yang paling tak boleh aku terima ialah bila customer cakap kat aku “saya ni nak bagi rezeki kat awak, kalau awak tak nak make up saya tak pe.” Haaaa..ayat camni aku panas sikit. Dia cakap dia bagi rezeki kat aku? Memang terus ahkak cancel la. Tu blom jumpa lagi da cakap camtu. Rasa-rasa syok ke nak bekerja ngan orang camtu?? Memang banyak ragam dan dugaan bile berhadapan ngan customer ni.

Dah alang-alang aku update entry ni, meh ahkak share job makeup yang akak ada dapat.


Ni makeup nikah untuk Imani. Dulu masa dia tunang pon aku makeupkan dia jugak.

Makeup tunang untuk Dila. Dia yang request nak natural makeup je without fake eyelashes. Gambar tak bape nak clear sebab bad lighting.

Werk it. Nina Szar in action. Cewahhh!


Ini pulak natural makeup untuk kak Iffa. Kening tu tak bape nak on point pulak. Huhu.


Okay..ni takde kene mengena ngan makeup tapi saje nak bagitau baju yang kita pakai tu kita jahit sendiri. Hehe. Kalo ada yang berkenan dan berminat nak tempah bole la contact iolss ye.



Baju ni pon iols jahit sendri. Hewhew.


Till then we meet again.
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape