Thursday 7 August 2014

Frequently Asked Questions Regarding ACCA ( Soalan yang selalu orang tanya pasal ACCA)

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 22:59 4 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Kali ni aku nak cite pasal ACCA je kat entry ni. Aku da kumpulkan semua soalan yang selalu orang tanya kat aku pasal ACCA. Dan kebanyakan soalan adalah soalan yang sama. Maaflah kepada yang ada email tanya pasal ACCA tu ada yang tak dapat nak reply lagi. Oleh itu, aku telah terfikir satu cara iaitu aku kumpulkan semua soalan yang sama dan jawab dalam satu entry. Kepada yang bertanya, baru nak bertanya dan tak tahu apa-apapun pasal ACCA ni sila baca sampai abis ataupun baca point yang korang nak tahu je. Supaya korang tak bertanya soalan yang sama lagi. Kadang-kadang yang menyebabkan lambat nak reply email sebab orang asyik tanya soalan yang sama la sedangkan aku rasa dah ada jawapan kat entry sebelum ni. Entry sebelum ni ialah Apa itu ACCA? dan Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal ACCA.

1) Kalau buat ACCA, ada pinjaman atau biasiswa tak?

Untuk pinjaman kalau yang nak buat ACCA ni kene tengok kat mana korang amik ACCA tu. Kat Malaysia ni banyak kolej/universiti yang kite bole amik ACCA. Yang aku tahu setakat ni dekat Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (tempat saya buat ACCA dulu), Sunway dan UiTM. Kalo macam KPTM korang bole mohon pinjaman MARA kepada yang layak. Kalo kat tempat lain tu aku tak berapa pasti pulak. Maybe macam biasalah korang boleh mohon PTPTN. Tips yang aku nak kongsi sikit, walaupun korang dah dapat pinjaman jangan ingat korang tak perlu ada duit sendiri. Sebab nak buat ACCA memang banyak jugak nak pakai duit. Contohnye duit untuk setiap paper nak kene bayar dalam pound tahu, bukan Ringgit Malaysia. Dan kalau paper tu korang gagal silalah ambil semula sampai lulus. Dan setiap kali nak amik paper tu memang kene bayar tahu. Bayar pulak ada early, standard dan late tak silap aku. Kalo untuk early murah la sikit. Standard macam biasalah ikut harga standard pada tahun itu (harga paper akan meningkat setiap tahun). Untuk late pulak memang mahal okay. Kalo rase nak amik exam (exam hanya pada bulan 6 & 12 ) baik fikir masak-masak sebelum bayar atau terlambat bayar.


2) Saya lepasan SPM, Matrik, Diploma, Degree boleh amik ACCA tak?

Untuk lepasan SPM korang kene buat Diploma atau Matrik atau CAT dulu baru bole buat ACCA. Tak boleh terus buat ACCA ye adik-adik.

Untuk lepasan Matrik pulak kalo korang nak buat ACCA memang boleh sangat.

Untuk lepasan Diploma atau Degree lagi la boleh buat ACCA. Kalau untuk Diploma korang akan dapat exemption beberapa paper mengikut tempat korang buat Diploma dulu. Untuk Degree pulak lagi banyak exemption yang korang akan dapat. Tapi korang kene tahu jugak ye walaupun korang dapat exemption korang still kene bayar harga paper untuk setiap exemption tu. Harga paper pulak standard.


3) Dekat Kolej/Universiti mana boleh buat ACCA?

Sila baca jawapan No 1.

4) Susah tak ACCA ni?

Kalau susah takkan ada orang boleh lulus ACCA kan? Susah atau senang bergantung pada diri kita sendiri. Pada semangat kita nak belajar.

5) Apa syarat nak amik ACCA?

Syarat nak amik senang je. Korang mesti lepasan Matrik, CAT, Diploma atau Degree. Diploma dan degree pulak mesti la ada related ngan akaun okay. Selain tu syarat2nya bergantung pada tempat korang nak buat ACCA tu la. Contoh kat UiTM. Ahkak tak tahu pulak apa syaratnye. Mungkin CGPA korang kene 3.0 ke atas ke. Mungkinlah ye. Ahkak tak tahu.

6) Macam mana nak daftar ACCA?

Senang je nak daftar ACCA. Korang g kat ACCA Global . Yang ni tak kire la korang belajar sendiri atau kat kolej atau g tuition je korang still kene daftar sendiri kat ACCA. Korang bukak website tu then click kat apply online.

7) Lepas sambung matrik bole sambung ACCA tak tanpa buat degree?

Boleh adik-adik.

8) Jumlah bayaran dekat ACCA berapa?

Ini susah nak bagitau. Sebab ACCA ni ada banyak fee jugak. Paper pun kene bayar jugak. Sume orang mesti amik 14 paper. Tak kire la dapat exemption ke tak still kene bayar. Kalo paper tu korang amik sekali da lulus kire baguslah tu. Maybe satu paper lebih kurang 89 pound (UK pound). Korang convert la sendiri mengikut current currency. Lagi satu tak mungkin la korang akan amik 14 paper sekaligus. Mana boleh kannn.

Inilah soalan yang selalu orang tanya. Harap-harap korang faham. Kalau ada jugak yang korang tak faham bolehlah tanya sama ada nak komen kat sini, pm kat FB atau email. Kalo lambat sikit nak reply tu silalah bersabar ye. And kalo nak tanya pasal ACCA tu janganlah lari tajuk pulak. G tanya umur iols, duduk mane, keje mane dan soalan yang tak de kene mengena tu ahkak tak layan hoccay.Sorryyyy. Tapi untuk yang nak tahu umur aku bape tu bolehlah. Umur aku 24 tahun ye. Hehehe.


Till then we meet again. ^_^

 


 *Update: Ahkak rasa kalau ada ape-ape nak tanya pasal ACCA, better call pihak kolej sendiri atau tanya orang yang memang dah abis buat ACCA ni. Sebabnye masa ahkak amik ACCA ni last tahun 2013, sekarang dah 2016. Macam-macam format baru yang dah tukar dah ahkak tak tau. Ada jugak yang suka bertanya soalan yang dah ada jawapan,contoh "Saya lepasan Matrik/Dip/Degree boleh ke buat ACCA?" Jawapan dah ada. Memang boleh sangat nak buat ACCA pon. Sori ahkak bukan nak sombong tak nak reply email, ada yang ahkak boleh jawab, ahkak jawab. Thanks!



 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape