Sunday 23 November 2014

Dapat hadiah dari Skin Food

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:14 0 Suka Ku Bercerita


Assalamualaikum Wbt & Hi!



Aku suka tengok cite Korea, aku suka pelakon Korea, aku suka skin care dari Korea. Cuma satu je kurang, skin care dari Korea ni quite pricey jugak eh. Baru-baru ni aku ada cuba barang dari Skin Food, aku baru try satu serum ni. Iaitu Black Sugar Perfect First Serum. Memang serum terbaik yang aku pernah guna. Apa yang aku suka kat Skin Food ni ialah barang-barangnye sume natural ingredient macam tomato, black sugar, kiwi , apple. Tak naklah barang yang terlampau banyak bahan kimia ni.


Tiga minggu lepas aku ada masuk contest Skin Food Eyes on me di Facebook Skin Food Malaysia. Contestnye senang je. Kita cuma perlu post eye make up kat FB diorang. Dan aku telah terpilih menjadi salah sorang top 3 winners. Ape yang aku dapat? Aku dapat premium eye kit and eye products worth RM300. Yeay! Alhamdulillah rezeki.





Inilah yang saya dapat dari Skin Food. Yeay! Thanks Skin Food.


Ni pulak premium eye kit. Bagi kat adik and akak sorang satu.

Aku dapat premium eye kit, eyeshadow, eyeliner, facial mist, dan mascara. Cantik jugak warna eyeshadow tu. Tapi aku blom try lagi. Nanti aku try then aku buat entry lain. Aku da try mascara dan memang best gile mascara tu. Nak cuci pon senang je. Eye cream pon belom guna lagi sebab sekarang aku tengah guna eye cream yang aku dapat dari Luxola itu hari. Overall, aku memang suka barang-barang dari Skin Food. Bukan sebab aku dapat gift ni ye tapi sebab aku memang pengguna Skin Food pon sebelum ni. Hee.

Till then we meet again.

Thursday 20 November 2014

My First Experience Shopping With Luxola

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:08 0 Suka Ku Bercerita


Assalamualaikum Wbt & Hi!

Korang pernah dengar pasal Luxola tak? Luxola tu online shop yang jual barang make up. First time aku beli barang dari Luxola ni. Dan aku memang puas hati sangat. Plus, untuk orang yang baru pertama kali beli macam aku ni, akan dapat 20% discount tapi bukan sume barang la ada discount.

Untuk permulaan aku beli dua barang je dulu. Ape yang aku beli? Aku beli F80 Flat Kabuki Copper Sigma Brush dan Sleek Face Contour Kit. Tapi yang paling best ialah part aku dapat free gift dengan pembelian melebihi $50(Singapore Dollar). Aku dapat Luxola beg , SK II facial treatment mask and 15ml Rachel K Youth Eye Complex. Free gift yang aku dapat memang best. Aku memang puas hati shopping ngan Luxola ni. Delivery pon cepat, all the way from Singapore okay uolss. Untuk pembelian melebihi RM40 korang akan dapat free delivery via Aramex.



Barang baru sampai. Yeay!



Aku beli dua barang je. Yang lain-lain tu free gift. Best kan? Sape tak suka dapat barang free?

Parcel tu da memang siap ada bubble wrap dan dia bungkus lagi barang-barang tu sume ngan bubble wrap. Barang pon sampai dalam keadaan yang sangat okay. Tak de defect ke ape.




Next time aku review pasal Kabuki brush yang aku beli ni. Memang sangat best!

Till then we meet again.

P/S: Kalo korang nak beli jugak boleh usha website diorang kat Luxola.

Wednesday 5 November 2014

Bustel (Bus + Hotel, Only in Melaka)

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:39 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!



Korang pernah dengar tak pasal Bustel? Bustel ni ialah hotel dalam bus. Hanya ada kat Melaka je tau. Hehe. Macam best je kan tido kat dalam bus. Korang jangan terkejut pulak, bila korang masuk je dalam tu korang tak rasa macam dalam bus pon tahu. Memang rasa korang ada kat hotel. Bustel ni terletak di Klebang, Melaka. Dan bukan Bustel je yang ada, korang nak makan dalam bus pon boleh. Macam-macam jenis makanan yang ada. Unik bukan? Ecewah da macam buat iklan promosi pulak. Ini bukan promosi berbayar ke ape. Aku saje nak buat entry ni sebab nak bagitau kat korang kalo datang Melaka jangan lupa singgah kat sini okay. Lagipun aku ni orang Melaka, kenalah support orang Melaka jugak.

Pic credit to Facebook Bustel


Pic credit to Facebook Bustel

Pic credit to Facebook Bustel

Pic credit to Facebook Bustel


Aku pernah pergi sekali. Masa tu nak try la makan kat dalam bus tapi tak da rezeki, banyak kedai tutup masa tu. Aku pulak pergi masa raya haji, memang patutlah banyak kedai tutup. Ada kedai yang bukak pulak, ramai sangat orang sampai dah takde tempat kiteorang nak duduk lagi. I is sedih. Tapi tak pe. Nanti aku akan pergi sana lagi. Aku pergi masa dah malam, hari pon sudah gelap, jadi tak de gambar yang aku amik. Hanya ada satu gambar.

Ini sahaja gambar yang aku ada.


Kalo korang nak info lebih lanjut pasal Bustel ni, korang boleh tengok kat Facebook Bustel Klebang Melaka. Kalo tak pon korang terus je call nombor yang ada kat gambar tu hah. Lepas dah kecewa tak dapat makan, aku pon pergi Jonker Walk. Sape pernah pergi Jonker Walk? Jonker Walk ni pon salah satu tarikan kat Melaka ni. Ala-ala uptown la.

Cuba teka ape ni? 
Da penat jalan-jalan, beli la aiskrim pulak. Buat basahkan tekak. Ye, ini ialah aiskrim. Kalo pergi Jonker Walk, jangan lupa beli ni okay?

Till then we meet again.




Dream Trip To Macau

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 00:20 0 Suka Ku Bercerita


Assalamualaikum Wbt & Hi!



First time aku dengar pasal Macau ni masa aku tengok cite Boys Over Flower beberapa tahun lepas. Masa tu tengok je heroin baru sampai Macau aku terus dah terjatuh hati dengan Macau ni. Dan Macau juga termasuk dalam wishlist aku antara tempat yang aku nak pergi. Ini serius okay. Ini bukan sebab aku buat ayat bodek nak menang trip ke Macau dari Nuffnang ke ape. ( Tapi kalo ada rezeki Alhamdulillah.)  Kalau tak menang pon, InsyaAllah aku akan pergi jugak Macau suatu hari nanti.


First things first, let me tell you the three most amazing things that makes I want to visit Macau . Selain daripada Boys Over Flower, aku ada jugak tengok Running Man shoot kat Macau. Itu yang lebih membuatkan aku nak sangat pergi Macau tu.



The Venitian Macau



Tempat ni ada hotel mewah dan kasino resort. Kalo korang pernah tgk BOF korang akan tahu betapa mewah hotel tu. Yang membuatkan aku tertarik nak pergi sane ialah sebab ada Gondola Rides tu! Macam fefeeling kat Venice kannn.

Inilah Venitian Macau. Tempat ni macam romantik sikit la tapi tak semestinye orang yang nak honeymoon je boleh datang sini kan. Kite yang single ni pon boleh jugak. -Pic credit to Google

Do you recognize them?? Hee -Pic credit to Google





Macau Tower ( Skywalk )




Macau Tower ni ialah tempat bungy jumping yang tertinggi di dunia. Tapi kalo aku pergi, tak mungkin aku nak buat bungy jumping ni ( takut oiiii ). Aku just nak try Skywalk la. Tu taklah menakutkan sangat macam bungy jumping. Tapi mase aku tengok running man shoot kat sini, berani betol si Ji Hyo tu buat bungy jumping. Lepas da terjun tu bole tunjuk muka happy pulak. Memang tabik springggg la kat Ji Hyo. Hehe.

Inilah Macau Tower! Welcome to Macau Tower. -Pic credit to Google

Ini namenye skywalk!


The House of Dancing Water

Pic credit to Google

Pic credit to google

Pic credit to Google

Baru tengok gambar je terus rasa nak pergi kan? Show ini ialah salah satu 'a must see experience' kalau sesape yang pergi Macau. Kalau aku pergi Macau nanti, ni ialah salah satu tempat yang aku mesti pergi!

Kepada Nuffnangers yang teringin nak pergi Macau tu bolehlah buat entry macam aku ni. Mana tau anda salah seorang pemenang bertuah yang dapat all expenses paid holiday for 3 days 2 nights tu. Boleh baca detail kat Nuffnang Malaysia blog. Kepada sesiapa yang dah plan and dah beli tiket pon untuk ke Macau, korang bolehlah usha website Macau Government Tourism Office (MGTO) untuk tahu lebih lanjut mengenai Macau. Mana tau korang dapat idea nak pergi mana dan ape aktiviti yang korang nak buat nanti.

Till then we meet again. Doakan aku salah sorang pemenang tu ye. InsyaAllah. 
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape