Wednesday, 5 November 2014

Bustel (Bus + Hotel, Only in Melaka)

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:39
Assalamualaikum Wbt & Hi!



Korang pernah dengar tak pasal Bustel? Bustel ni ialah hotel dalam bus. Hanya ada kat Melaka je tau. Hehe. Macam best je kan tido kat dalam bus. Korang jangan terkejut pulak, bila korang masuk je dalam tu korang tak rasa macam dalam bus pon tahu. Memang rasa korang ada kat hotel. Bustel ni terletak di Klebang, Melaka. Dan bukan Bustel je yang ada, korang nak makan dalam bus pon boleh. Macam-macam jenis makanan yang ada. Unik bukan? Ecewah da macam buat iklan promosi pulak. Ini bukan promosi berbayar ke ape. Aku saje nak buat entry ni sebab nak bagitau kat korang kalo datang Melaka jangan lupa singgah kat sini okay. Lagipun aku ni orang Melaka, kenalah support orang Melaka jugak.

Pic credit to Facebook Bustel


Pic credit to Facebook Bustel

Pic credit to Facebook Bustel

Pic credit to Facebook Bustel


Aku pernah pergi sekali. Masa tu nak try la makan kat dalam bus tapi tak da rezeki, banyak kedai tutup masa tu. Aku pulak pergi masa raya haji, memang patutlah banyak kedai tutup. Ada kedai yang bukak pulak, ramai sangat orang sampai dah takde tempat kiteorang nak duduk lagi. I is sedih. Tapi tak pe. Nanti aku akan pergi sana lagi. Aku pergi masa dah malam, hari pon sudah gelap, jadi tak de gambar yang aku amik. Hanya ada satu gambar.

Ini sahaja gambar yang aku ada.


Kalo korang nak info lebih lanjut pasal Bustel ni, korang boleh tengok kat Facebook Bustel Klebang Melaka. Kalo tak pon korang terus je call nombor yang ada kat gambar tu hah. Lepas dah kecewa tak dapat makan, aku pon pergi Jonker Walk. Sape pernah pergi Jonker Walk? Jonker Walk ni pon salah satu tarikan kat Melaka ni. Ala-ala uptown la.

Cuba teka ape ni? 
Da penat jalan-jalan, beli la aiskrim pulak. Buat basahkan tekak. Ye, ini ialah aiskrim. Kalo pergi Jonker Walk, jangan lupa beli ni okay?

Till then we meet again.




0 Suka Ku Bercerita:

Post a Comment

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape