Thursday 12 June 2014

Jom escape dari Escape Room!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:06 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Korang pernah dengar pasal escape room x? Escape room ni adalah game di mana kite akan terkunci di dalam satu bilik dan kita sendiri mesti cari jalan nak keluar dari situ. Game ni kita kene buat dalam group la. Paling sikit mesti dua orang satu group. Ada macam-macam bilik ye dan di setiap cawangan escape room ni semuanye bilik lain-lain. Macam aku pergi ari tu kat the curve. Bilik yang ada ialah abandoned factory, the mummy, pirate ship, slaughter house. Kalo ada yang lain lagi aku da lupa. Hee.

Setiap bilik ada tahap kesusahannye. Paling tinggi ialah level 5 tak silap aku. Aku masuk abandoned factory itu hari. Dan itu bilik paling senang. Hint pun ada 1 je. Senang senang pun ahkak kalah jugak. Camno tu?


Sesape yang kalah wajib pegang LOSER tu haaa. Sobs sobs. We need more hint actually. Tapi memang best masuk escape room ni. Walaupun kalah, aku takkan putus asa. Lepas ni nak g lagi. Rase cam masuk running man pulak. Masa yang di beri untuk kita keluar dari bilik ialah 45minit. Rase cm lama kan?? Tapi bagi aku kejap je tu. Rase cam baru 5 minit masuk masa da abis. I is sedihhh. 



Walaupun kalah, bile orang da suh bergambar tu. Terus la jadi hepi. Hihi. Kalo ada yang nak g tu silakan dan gud luck ye korang. Korang mesti boleh! Seronok sangat hoccay. Tips nak masuk perhatikan betol-betol semua benda yang ada dalam bilik tu. Mungkin itu ialah code rahasia yang membantu korang keluar. Kalo ada note kat situ tulis jangan sentuh or jangan alihkan barang tu tak payahlah korang buat sebab memang tak de hint kat situ. Ingat, perhatikan keadaan sekeliling bilik. Kalo dah tak tau sangat caranye, korang tekan la butang yang di sediakan. Nanti staff kat sana akan datang dan tolong korang selesaikan masalah tu okay? Good luck!

Till then we meet again.


Wednesday 11 June 2014

Kita Pegi Zoo Negara Hari tu

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:47 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Kita nak cite ni. Ari tu kan kita ada g Zoo Negara. First time kowt g Zoo Negara. Hihi. Da pergi baru aku dengar pasal panda tu. Memang da lame ajak housemate g jenjalan kat zoo tapi dia busy sangat. So, lepas beberapa bulan punye plan baru la kteorang g. Kami g empat orang.

Kami g berempat. Si 'Kwangsoo' kat belakang tu tak nak tengok camera pulak.


Mase g zoo tu tengah renovate. Macam2lah yang tengah renovate. Tempat untuk panda da siap mase tu tapi panda belom sampai Malaysia lagi. Gaya macam banyak je benda nak cite tapi aku sendiri tak tau ape yang aku nak cite. Korang tengok gambar jela ye.





Aku tak tau ape nama binatang ni,bangau ke? Errrrr.. Yang aku tau binatang ni memang terlepas je kat dalam zoo ni.




Ini ialah unta ye. Aku rase mase ni unta ni tengah lapar. So, sesape yang dekat ngan dia memang dia nak makan. Siyes cuma cara unta ni dia macam bergurau yang tak da perasaan la. Hee. Gambar aku ngan unta ni ada tapi terdelete pulak. Adoiii.



Ini namanye singa. Dari info yang aku baca kat situ, singa ni akan tido selama 22jam. Yang lagi dua jam tu aku rase mase dia bangun untuk makan la kowt.







Ini ialah harimau putih. Pertama kali aku tengok harimau sedekat ni tau tak. Kebetulan mase tengah tengok tu harimau ni tengah berenang dan dia pun macam excited je tengok kteorang. Hihi.



Ini pulak gajah ye adik-adik. Aku rase gajah ni kecik lagi. Yang kat belakang tu pasangan gajah tengah dating. Nampak x? Hehe. Gajah pun pandai dating tau.


Ini pula ialah ular sawa. Nak amik gambar ngan ular free je. Tengok je muka memasing macam hepi tu. Padahal sume tengah kecut perut sebab ular tu bole tahan aktif. Orang tu bole cakap kat kteorang,'rilek la kak. Ular je kowt'. Ular JEEE???



Kanak-kanak riang dapat g zoo. Herher.



Panda tak de lagi mase ni. Dapat bergambar kat sini pun jadi la kannn. Animal show kat zoo ni ada dua kali je tak silap aku. kol 11 and kol 3. Aku dapat tengok mase kol 3 tu. Dalam setengah jam la tak silap aku.


First time dapat tengok pengguin. Excited kowt. Comel je pengguin ni.


Okay la. Sekian sahaja entry kali ni ye. Gambar memang tak banyak sebab aku guna camera henpon semata-mata. So, memang tak banyak gambar la sebab aku lebih banyak menikmati pemandangan kat situ.

Till then we meet again.

Kbai.
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape