Wednesday 21 December 2016

Skin Care Routine @ Rutin Penjagaan Kulit Muka

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:27 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Entry ni bukanlah aku nak share skin care routine aku atau pon nak share product ape yang aku guna. Blom lagi nak share semua tu sebab aku rasa cam tak layak lagi je. Haha. Kalau muka aku ni flawless tak pelah jugak.

Cuma nak cerita masa sekolah menengah dulu muka aku agak teruk jugak naik jerawat. Teruk yang bukan sikit-sikit tapi teruk gile ni. Memang naik jerawat batu semua. Paling teruk sampai ada budak lelaki ejek aku. Sebenarnye lebih kepada menghina aku. Memang down gile masa tu sebab dah macam-macam cara aku cuba masa tu tapi budak sekolah dulu apelah yang aku tau sangat pasal kecantikan ni. Lainlah budak-budak sekarang semua dah advance. Hehe.

Sekarang ni aku tengok bila ada produk kecantikan keluar  je, lagi-lagi yang boleh putihkan kulit mesti semua berebut nak beli. Aku dulu pon camtu jugak tapi tak de la sampai aku berani beli barang sesuka hati tanpa membaca review dulu. Lagipun kulit aku dah pernah jadi teruk sangat, takkan nak biarkan benda tu berulang lagi. Actually, aku dah pernah terkena balik dalam dua tahun lepas sebab saje gatal nak tukar skincare product konon, sekali lepas pakai terus naik jerawat esoknye. Muka aku ni kalau dah tak sesuai dengan product tu, memang cepat je boleh tau. Lepas tu memang kena stop terus la. Tapi yang jadi balik ni aku cepat sedar dan cepat-cepat cari usaha camne nak hilangkan jerawat tu sebab masa tu memang terus sebelah muka aku naik jerawat. Sampai bile tengok cermin tu geram je aku perhatikan jerawat tu.
Lepas tu barulah aku tau kalau nak muka flawless, first sekali kena rajin la. Dan tak boleh just ada pencuci muka & moisturizer je. Jom la tengok step by step penjagaan kulit muka ni.

Makeup Remover

Aku tau sebagai perempuan mesti kita akan pakai jugak makeup tak kira sikit atau banyak. Paling sikit pon mesti korang akan pakai bedak compact dan eyeliner kan. Tu pon kire makeup jugak. Dah kata perempuan. First sekali mesti cuci muka dengan makeup remover supaya boleh tanggalkan ape yang patut.


Pencuci Muka










Lepas tu kena la cuci muka dengan pencuci muka yang korang guna tu. Pencuci muka ni memang penting supaya dia boleh buang kotoran yang melekat kat muka korang tu. Lagi bagus aku suggest gunakan cleansing brush macam Olay Regenerist Brush, Clarisonic atau Foreo. Ikut kemampuan masing-masinglah kan. Macam aku ni Olay jelah yang aku mampu beli. Bukan apa, kalau cuci muka ngan tangan je bukan boleh hilang sangat kotoran yang melekat kat muka tu. Lagi-lagi habuk yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Cewahhh.


Toner
Toner ni sangat penting ye sebab masa korang cuci muka tadi pores korang dah terbuka. Sebab tu kena guna toner untuk tutup balik pores tu.


Serum

Serum ni bagi aku optional je tapi untuk kita-kita yang nakkan kulit flawless memang kena pakailah. Kalau nak harapkan moisturizer je, susahlah kan. Kulit kita ni memerlukan makanan lain jugak selain moisturizer supaya kesannya lebih cepat dan effective.


Moisturizer

Lebih bagus kalau kita gunakan krim siang dan krim malam. Ada je orang yang gunakan krim siang dan malam diorang sama je tapi terpulanglah pada diri sendiri. Kita sendiri tau apa yang kita nak.


Sunblock

Sunblock ni sangat penting waktu siang. Lagi-lagi kalau kita pakai moisturizer yang takde SPF. Aku memang pakai masa siang, walaupon moisturizer dah ada SPF sebabnya SPF yang ada dalam moisturizer tu berapa sangatlah kan.



Srub/Mask

Yang ni kita tak perlu buat setiap hari. Cukup 3 atau 4 kali seminggu pon dah okay. Tapi memang kena buat kalau nak muka flawless. Kita ni perempuan, miss J tu memang akan sentiasa singgah setiap bulan. Scrub/mask ni la yang akan membantu kita untuk mengecutkan Miss J tu.


Bagi aku kalau nak cantik memang kena rajin. Dah banyak kali kita dengar ayat ni kan. Tapi memang betol pon. Lainlah orang yang ada duit berlebih tu dan mampu nak pergi spa setiap bulan.  Macam aku ni terus terang jelah aku cakap memang tak mampu tapi teringin jugak nak cantik macam Nora Danish tu. Ehhh hehehe.  Lagi mudah aku suggest  korang g tengok you tube, skincare routine. Product yang diorang guna lebih dari apa yang aku bagitau tadi. Maksud aku bukan setakat pencuci mukaàtoneràserumàmoisturizeràsunblock je. Lebih lagi dari tu. Siang lain, malam lain pulak.  Dan tak semestinya kite kena beli satu set product tu jenama yang sama . Mungkin pencuci muka jenama ni sesuai ngan kulit kita tapi dia punya toner tak sesuai ngan kita. Tak perlulah nak beli satu set terus. Macam aku ni aku beli ikut apa yang sesuai ngan muka aku.


Dan ingat ye, mungkin aku pakai product jenama X ni memang sesuai sangat ngan muka aku tapi ngan kulit orang lain tak semestinya sesuai jugak.


Ni aku share ape yang famous you tuber cakap pasal skincare routine diorang. Aku amik part yang penting jelah ye. Ni aku share link skali, tengoklah skincare routine diorang camne. Sume orang pernah ada masalah kulit muka. Cuma cara kita tu je yang membuatkan lambat atau cepat untuk recover.

“This is my genuine skincare routine. After a long time of trial and error I have found these are the products that work best for me. Please take your time and invest in your skin and figure out what works for YOU. This is my skincare routine and it won’t work for you like it does for me. Find your options and figure out what your skin needs” Jaclyn Hill


Antara skin care tips yang aku tau dan boleh share dengan korang ialah:

    - Jangan sesekali tidur tanpa mencuci makeup yang korang dah pakai seharian.
                  Selalulah cuci cadar dan sarung bantal korang ye. Dan selimut  jugak.

J   - Jangan sentuh muka dengan tangan yang tak bersih. Kite ni kadang-kadang bile tengah duduk-duduk bosan, tangan tu mulalah gatal nak sentuh muka picit jerawat bagai.

    - Make sure korang tau jenis kulit korang ni jenis ape. Contoh, berminyak ke kering ke. Supaya korang tau nak beli product yang mana. 

    - Selalu cuci berus makeup. Yang ni memang selalu kena cuci untuk menjaga kebersihan berus tu.


Itu jelah yang aku boleh share. Ni semua berdasarkan apa yang aku baca dan buat. Aku pon pernah jugak ada masalah kulit yang teruk. Bila dah okay ni, kita still cuba cari lagi usaha cmne nak flawless pulak. Tapi semua ni ikut kemampuan kita jugaklah. Macam aku setakat ni hanya mampu pakai skincare product dari watsons/guardian je. Barang-barang kat situ pon okay je. Boleh jugak buat kulit jadi flawless. Nak lagi jimat buat DIY je tapi untuk aku yang tinggal umah sewa sendiri ni takde la jimat pon nak buat DIY sebab kena beli sendiri jugak bahan-bahannyee. So, kesimpulannye semua ni ikut kemampuan dan kerajinan kita. Tips aku beli la barang sikit-sikit, tak perlu nak beli satu set terus. Contoh bulan ni beli pencuci muka, toner dan moisturizer. Bulan depan beli serum pulak. Lainlah nak beli yang set trial tu takpe. Sorilah memang takde gambar ahkak yang masa naik jerawat teruk tu. Dah lama dah. Masa sekolah lagi dan masa tu memang tak berminat pon nak amik gambar. Huhu.

Till then we meet again.

Thursday 10 November 2016

Tutorial Shawl Warda

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:37 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!


Siapa yang tengok suri hati Mr Pilot mesti tau dan suka tengok style Warda dalam tu kan. Memang aku setuju ngan orang yang cakap ootd Warda a.k.a Neelofa dalam tu cantik, menarik, tertarik. Ni ahkak nak share sikit tutorial shawl Warda. Pakai shawl biasa pon boleh je. Aku selalu pakai shawl yang beli kat jalan TAR tu je. Hehe.



Tutorial ni bukan ahkak la yang buat. Ahkak just bagi link je, nanti tengok la sendiri ye. Memang senang, 5 minit je dah siap. Kalau macam aku ni aku suka pakai shawl labuh sikit dan menutup dada. Kita boleh adjust  je shawl tu sebenarnye. Siapa yang dah selalu pakai shawl mesti tau camne nak adjust.






Tutorial shawl camni la yang ahkak nak share ngan korang.
Ini Husna Mustaffa. Ahkak nak share video dia ni. Memang cantik orangnye kan? Dia ni model muslimah tau.
Korang boleh tengok video tu kat sini. Bape saat je video ni dan mudah je. Macam aku cakap tadi, pasal labuh atau tak tu terpulang pada diri masing-masing. Pandai-pandailah adjust tudung tu.


Aku pon nak pakai gak cmtu. Hehe.Tapi aku pakai ni ikut macam mana yang aku selesa la ye. Macam aku cakap tadi aku suka pakai shawl labuh yang menutup dada.

Itu jelah yang ahkak nak share. Pendek je entry kali ni.

Till then we meet again.

Sunday 6 November 2016

10 Orang Hijabi Instafamous Yang Anda Patut Follow

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 22:11 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!


Entry ni adalah untuk orang perempuan yang nak dapatkan idea #ootd korang setiap hari. Aku sebagai perempuan tau, kite ni kalau tengok perempuan lain pakai cantik je mesti kite nak tau dia beli kat mana baju tu, beli kat mana lipstick tu. Kalau macam aku ni aku tak bape kesah sangat pasal pelakon-pelakon lelaki hot sekarang ni dan memang aku tak follow pon sebabnye aku lebih berminat nak follow instafamous perempuan. Aku suka tengok style diorang, makeup, outfit and semua la yang berkaitan ngan perempuan. Bukanlah bermaksud aku ni suka kat perempuan. Perempuan lain mesti faham maksud aku ni. Kadang-kadang tengok ig kawan sendiri pon, bile nampak dia pakai cecantik, makeup cecantik, terus kite komen “Cantiknya!!! Handbag tu beli kat mana?” “Baju tu cantik la. Beli kat mana tu?” Tak pon mesti terus pm tepi lelaju. Biasalah dah fitrah perempuan yang sukakan cantik-cantik dan memang teringin nak nampak cantik sentiasa.


Sekarang ni tak perlu beli barang mahal sampai ribu-ribu pon untuk nampak cantik. Dengan baju harga 30inggit, seluar 40inggit, handbag 60inggit dan shawl 10 inggit pon ko dah boleh nampak cantik. Asalkan pandai mix and match. Tapi kalau barang makeup ahkak  suggest  korang gunalah barang ori ye. Kalau tak mampu beli kat Sephora, beli kat watsons/guardian  pon dah cukup.


Okaylah, daripada membebel panjang lebih baik aku senaraikan terus 10 orang hijabista instafamous yang korang patut follow. Ni berdasarkan siapa yang lebih menarik minat aku lah ye. Kalau ikutkan ramai je instafamous seluruh dunia ni.


@indahnadapuspita





Indah Nada Puspita berasal dari Indonesia. Aku suka tengok style dia ni. Bagi aku dia ni memang pandai dress up mengikut majlis dan tempat yang dia pergi tu, bukan ikut apa yang dia suka je. Mana-mana je dia pergi dan baju yang dia pakai semua sesuai je. Dan bagi aku dia ni memang stylo la.


@rnadiasabrina






Raja Nadia Sabrina berasal dari Malaysia. Aku suka style dia sebab ape je yang dia pakai memang nampak sopan je.


 @withloveleena




Dia ni fashion dan lifestyle blogger.



@shearasol






Shea Rasol ni orang Malaysia jugak. Sebelum ni dia pernah jadi pengacara rancangan SIS kat TV9 tu. Shea ni dari sebelum aku ada ig lagi aku dah tau pasal dia sebab dia pon salah sorang blogger yang agak famous jugak. Dan aku rasa memang semua orang tau dia ni kirenye fashion icon la untuk hijabi macam aku ni.



@lifelongpercussion









Dia ni aku suka bukan sebab #ootd je tapi dia ada jugak buat makeup tutorial.



@vivyyusof








Ni aku rasa semua orang kenal. Memang stylo dia ni. Kadang tengok dia pakai simple je tapi cantik. Bile aku pulak try pakai simple camtu asal aku rasa macam selekeh je aku. Haha. Memang betol la orang cakap kalo orang dah cantik, pakai ape pon cantik.


@sincerelymaryam








@dianpelangi








Yang ni pon ramai orang kenal jugak rasanye. Dia berasal dari Indonesia.


@farahanimrazak








Dia ni pengacara TV Alhijrah dan jugak model muslimah berasal dari Pahang. Suka tengok dia sebab ape yang dia pakai memang nampak sopan je.



@hijabinstylemiami








Yang ni aku suka sebab style dia nampak elegant  je.




Ini jelah setakat ni yang aku suka tengok style diorang sume. Masing-masing ada style tersendiri.  Apa yang aku senaraikan ni pon mengikut siapa yang lebih menarik minat aku lah macam yang aku cakap tadi dan jugak mengikut citarasa aku.

Till then we meet again.

Tuesday 20 September 2016

Melaka :: Rumah Terbalik / Upside Down House

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 20:56 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!


Ahkak ni orang Melaka. Jadi harus la ahkak promote Melaka ye dak. Ayat klise aku ialah, kalau dulu orang tanya kat Melaka ape je yang best? Aku mesti tak tau nak jawab ape. Tapi sekarang boleh la aku suggest beberapa tempat. Hari raya Aidilfitri lepas aku ada pergi umah terbalik kat area Bandar Hilir tu. Actually bukan la terbalik sangat macam kat Sabah tu. Tapi boleh la. Decoration pon cantik jugak.  Tiket masuk ialah RM15 untuk dewasa dan tiada peruntukan masa untuk ko duduk amik gambar dalam tu. Cuma kalau dah ramai-ramai dalam tu, kene la beralah kan. Amik gambar ko jangan sampai ko rasa dah puas hati baru nak bagi orang lain pulak bergambar. Kat dalam tu sume menunggu giliran nak posing kat katil la, dapur la. Rasanye sume orang dah tau pasal umah terbalik kan. Just nak bagitau je kat korang yang nak pergi berjalan kat Melaka kalau tak tau nak g mana, boleh la g umah terbalik ni. Dekat ngan Menara Taming Sari tu. Korang boleh search kat google Upside Down House Melaka.

Kat dapur, sume sibuk nak memasak jugak. Kecoh jadinye. Hehehe

Nak makan sume berebut kerusi

Camne nak tido reramai ni. Ada katil single je


Kat ruang tamu. Sume tengah masuk air. Haha



Sebelum makan kite selfie dulu

Ada banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak bergambar. Tak reti la nak posing. Bagi aku okay la harganya RM15 sorang. Yang penting korang kena kreatif la nak amik gambar kat dalam ni.

Till then  we meet again. Bye.

Wednesday 3 August 2016

BRIDAL SHOWER IDEA :: Hasni’s Bridal Shower

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:10 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Sebelum ni kalo ada yang pernah baca blog aku ni, mesti dah tau aku ada je pernah join Hana’s Bridal Shower. Tapi masa tu aku cuma join je, tak tau apa-apa pon pasal preparation. Kali ni aku ialah organizer ye. Aku dan lagi sorang member. Yang join bridal shower ni 8 orang je. So, preparation tu taklah susah sangat pon. Aku akan bagitau satu-satu apa yang aku buat untuk bridal shower ni.

Invitation Card

Ini benda yang agak penting. Walaupon semua memang dah setuju nak datang, apa salahnya kita still buatkan card untuk nampak lebih formal. Buat card yang simple je pon dah okay. Aku buat card online je kat sini.

Inilah invitation card yang aku buat tu. Siap ada sampul yang ada nama memasing lagi. Gigih sangat!


Itinerary

Ini memang penting. Supaya semua yang hadir tu tahu perjalanan majlis ye walaupon yang datang tu geng-geng kita jugak. Sebab aku nak jimatkan ruang,aku buat itinerary kat belakang invitation card tu je. Senang.

Venue

Sebelum majlisnye, mesti korang dah plan nak buat bridal shower ni kat mana kan. Masa Hasni’s Bridal Shower kiteorang buat  kat Tanjung Bidara Beach Resort. Stay 2 hari 1 malam. Majlis pulak kiteorang buat waktu malam tanpa pengetahuan bride to be. Dia tau masa dah bagi card tu je. Aku bagi card tu pulak masa dah sampai chalet. Tapi masa tu dia tak tau  pon apa yang kiteorang plan nak buat.

Game

Game ni untuk memeriahkan suasana. Ini part yang paling best sebenarnye. First game, aku buat memory lane namanye. Caranya ialah, beberapa hari sebelum nak pergi ke chalet tu, aku dah suh semua orang yang join, tulis memory diorang tanpa tulis nama diorang kat dalam tu. Aku akan taip balik, then print. Masa hari kejadian, kiteorang akan suh bride to be baca memory tu satu persatu, then teka memory dia dengan siapa. Kalau dia tak dapat teka atau salah teka, dia akan kena punishment. Kalau jawapan dia betul, orang tu pulak yang akan kena punishment. Punishment tu pandai-pandai la nak suruh buat ape. Kiteorang bagi yang biasa-biasa je, takde la kejam sangat.

Second game, aku buat cam game running man tu. Orang pertama kena lukis gambar yang di beri dalam masa 30saat. Lepas tu tunjuk kat orang kedua pulak sampai la orang yang last sekali kena teka gambar apakah itu. Haha. Memang masa ni macam-macam lukisan korang boleh tengok. Memang best dan kelakar. Tapi yang ni untuk suka-suka je. Takde punishment pon.

Kek

Sepatutnya kalau ikut yang betul-betul bridal shower party ni, memang ada makan-makan. Siap ada meja untuk dessert bagai. Tapi kiteorang dah pergi makan pon sebelum start majlis lagi. Makan je dekat-dekat area chalet tu. So, bile nak buat majlis, kiteorang cuma perlu beli kek je. Ikut la nak beli cake ke, cupcake ke. Cukup syarat untuk meraikan bride to be. Masa main game tu boleh makan kek tu. Tak yah nak serious sangat la main game. Santai-santai  je. Nak buat game ni sume mesti sporting okay. Tak boleh malu-malu. Gambar kek tak de pulak. Banyak gambar yang aku tak de sebenarnye.

Contribution

Sepatutnya ni benda first aku kena cakap. Tapi aku baru ingat, biarlah. Kena bincang dulu sorang kena bagi berapa. Contoh, sorang RM140 X 8 = RM1120. Baru boleh decide nak pergi mana, makan ape, itu jugak guna untuk minyak kete dan tol, berapa hari boleh stay kalo pergi jauh-jauh. Ini semua ikut kemampuan masing-masing ye. Macam kiteorang beberapa bulan sebelum majlis, kiteorang dah collect duit sorang RM20 sebulan. So, takde la terasa sangat sekali kuar duit bebanyak. Itu semua memang cukup untuk minyak kete dan tol (depends kete ape korang bawak), stay 2 hari 1 malam, breakfast hari pertama, lunch hari pertama dan kedua, dinner, cake, doorgift. Breakfast untuk hari kedua memang dah termasuk dengan bayaran chalet sekali.

Doorgift

Doorgift ini jugak penting. Sebagai kenangan untuk semua ye. Macam aku, belikan shawl untuk semua. Doorgift ni jugak dari duit yang kumpul ramai-ramai tu. Walaupon macam ‘a gift from me to me’ tapi sekurang-kurangnye adalah something memorable untuk kiteorang simpan. Lepastu masa nak balik tu, sume pakai shawl yang sama. Kan cantik bila sume pakai shawl yang sama. Aku siap buat dress code ye untuk g dinner dan time nak balik tu. Barulah cantik amik gambar. Gittewww.

Tu dia shawl yang aku cakap tadi tu. Memang aku dah plan ngan Fara untuk pakai mase hari nak balik tu. Lepas tu kiteorang plan lagi nak pakai masa Hasni nikah.
Ni masa Hasni nikah. Memang baju hitam jelah yang paling selamat sekali untuk pakai. Lagipun boleh buat nampak kurus gituu.

Banner (DIY)

Ini jugak penting, kalau takde banner. Tak cantiklah nak amik gambar. Hehe. Lagipun takde banner cam tak tau je sebenarnye majlis ape yang kiteorang buat ni. Lebih kurang gitu la. Aku buat sendiri je banner ni. Print huruf satu-satu. Aku print kat sini. Lepas tu korang ikatkan kat tali. Pandai-pandailah buat ye. Senang je nak buat. Buat sendiri lagi jimat.

Inilah dua orang mastermind majlis bridal shower Hasni ari tu. Sebenarnye nak tunjuk banner kat belakang tu. Aku la yang buat tu. Hehe. Saja tak letak nama supaya boleh digunakan lagi lepas ni. (Kenapa aku nampak sangat sihat??? Stress tengok diri sendiri!)


Crown

Crown ni untuk bagi bride to be pakai. Beli kat kedai 5 inggit  je. Yang biasa-biasa je. Untuk bagi bride to be nampak lain dari yang lain sikit la. Baju pon kiteorang tak bagi dia pakai sama colour dengan kiteorang. Yang itu kalo korang nak buat surprise untuk bride to be, pandai-pandai la suh dia pakai baju ape tapi jangan sampai dia tau korang nak buat surprise untuk dia. Macam kiteorang ni, punya la beria berlakon nak pakai baju sume sama warna tapi kat group lagi satu kiteorang plan nak pakai baju warna lain. Yes! Kiteorang ada dua group untuk menjayakan plan kiteorang tu. At last, Alhamdulillah ape yang kiteorang rancang sume berjalan lancar. Sekarang ni Hasni pon dah selamat jadi isteri orang. Dah jadi Puan Hasni pon. Tahniah Hasni! Memang lambat naw nak update belog.

Inilah Hasni. Orang yang diraikan ari tu. Nampak tak memang dah lambat sangat aku update pasal bridal shower ni. Hasni dah kawin pon. 
Le Bridesmaid. Tak cukup lagi sorang. Erny. Dia dah balik dulu.
Rasanye itu jelah yang aku nak share pasal bridal shower ni. Kalau ada pape yang tertinggal nanti aku update lagi.

Till then we meet again.

Friday 11 March 2016

Idea Baju Raya 2016

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 00:16 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Korang dah ada yang start tempah baju raya ke? Belum lagi sebab tak da idea nak buat baju apa? Meh sini akak nak share sikit idea baju raya yang boleh korang buat untuk raya tahun ni. Mostly memang orang beli yang ready to wear je senang kann? Tapi ada je yang nak tempah sebab tak nak sama dengan orang lain. Cam aku haruslah buat baju raya sendiri dan ada jugak yang aku beli dah siap. Ni aku nak share baju design apa yang korang boleh buat tahun ni.

Jubah+ Dokoh Patch
Sekarang ni memang tengah in orang pakai jubah kan? Tapi mesti ada yang bosan sebab asyik pakai jubah plain je. Korang boleh letak dokoh patch. Macam-macam bentuk ada. Nak tampal pon senang je. Korang just iron je kat baju. Sebenarnya tak kesah pon korang nak tampal kat baju apa pon. Nak tampal kat baju kurung pon boleh. Idea ni untuk yang suka pakai jubah la ye. Dokoh patch ni pulak ada banyak warna yang korang boleh pilih. Kat shawl pon korang boleh tampal jugak. Aku ada gak beli dokoh ni kat online shop. Aku beli kat sini. Sekarang ni banyak je online shop yang jual dokoh ni. Kat kedai bunga riben pon ada. Kedai tu kat jalan tar,sebelah kedai kasut Princess.



Inilah dokoh patch tu ye. Macam-macam bentuk lagi yang ada. (Gambar dari google)


Dress/ Baju Kurung + Chunky Beads

Chunky beads ni sebenarnya dari tahun lepas lagi dah in. Aku suka chunky beads ni sebab cantik dan nampak exclusive tapi nak jahitnya tu buat aku nak menangis gak la. Kalau susah sangat, korang hantar je kat tailor. Nak tempah kat aku pon boleh gak. Hewhew. Boleh letak kat dress/jubah atau baju kurung modern.  Memang cantik hokayyy. Then korang tambah la batu Swarovski sikit kat baju tu. Lagi meletup and gojes korang masa raya nanti. Tak yah la nak beli betol-betol batu Swarovski tu. Pada yang mampu tu okay la,yang mampu tengok je cam aku ni aku beli yang ala-ala je. Ada jual kat Jalan Tar. 10pcs/RM8.00 tapi harga depends on batu yang korang nak. Lagi besar lagi mahal ler.

Ini pulak chunky beads ye. Kat tudung pon korang boleh jahit ni. Aku beli chunky beads ni kat Pertama je. (Gambar dari google jugak)


Songket  X Baju Kurung Pahang

Kain songket pon sekarang orang dah start pakai balik. Dari dulu pon orang memang suka pakai kain songket kan? Buat baju kurung Pahang pon cantik jugak. Nampak la ala-ala perempuan Melayu terakhir sikit ye dokk? Banyak je kain songket murah kat jalan tar tu. Kat Jakel pon banyak yang cecantik.


Saree X Baju Kurung Modern



Korang boleh beli kain saree yang 6 meter tu(banyak online shop jual sekarang) buat baju kurung modern. Memang cantik hokayyy. Tapi mesti ada lining sebab biasalah jarang. Aku buat baju ni masa raya tahun lepas tapi tahun ni pon aku rasa ramai orang akan buat jugak sebab saree memang cantik-cantik dan korang takkan rasa outdated. Aku beli kain saree tu kat jalan tar je. Kat jalan tar memang macam-macam barang ada kat sana. Sebab tu masa bulan puasa sesak kat sana. That’s why aku beli kain awal-awal lagi senang tak yah nak bersesak-sesak nanti. Okay, berbalik kepada kain saree. Bukan setakat boleh buat kurung modern je tapi macam-macam design boleh. Bergantung kepada idea dan kreativiti koranglah.


Ini baju kurung modern yang aku jahit sendiri dari kain saree.

Setakat ni, ni jelah idea yang aku ada. Kalau ada lagi nanti aku update. Selain tu, boleh je korang buat peplum, baju kurung modern dari kain batik Sarawak, kurung modern + 6 panel skirt dan banyak lagi. Jubah pon tak semestinya design tu yang sama je. Boleh je ubah sikit design tu mengikut citarasa memasing.

Till then we meet again.

P/S: Jangan lupa ganti puasa ye.And tempah baju awal, kalo ada yang tak kene nanti senang boleh alter cepat.

Tuesday 8 March 2016

Cabaran Menjadi Makeup Artist

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 16:51 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Entry kali ni takde ape yang menarik aku nak kongsikan. Cuma nak membebel sikit cabaran menjadi makeup artist. Ye, nak buat ape pon mesti ada cabaran. Lebih-lebih lagi kita ni jual servis. Memang mencabar sebab orang tak nampak kita punya modal. Contohnya makeup artist cam aku ni ler. Bila cakap yang kite ni guna high end product, barang da tentulah mahal, malah ada barang memang takde kat Malaysia. Gigih lagi tu kirim kat kawan yang study kat oversea sana. Nanti mesti ada yang jawab alahhh benda tu bukan sekali guna terus abis. Memang la bukan sekali guna terus abis tapi ada ke terfikir berapa ribu kiteorang abis untuk kumpul barang makeup sume untuk dapatkan hasil yang terbaik? Itu belom masuk kos g belajar makeup lagi. Selain barang makeup yang bagus, skill jugak penting. Kalau skill takde, guna barang mahal pon tak menjadi  jugak makeup tu.

Ye, aku faham dengan ekonomi sekarang ni kalau boleh semua orang nak murah. Lagi-lagi kalau client kite tu bakal pengantin. Sume benda kalau boleh nak cut selagi boleh cut cost tu. Sebagai client, kita juga kena la sedar bajet dan hasil yang akan kita dapat tu setimpal dengan apa yang kita bayar. Setakat hari ni servis makeup aku memang tersangat murah berbanding rate terkini. Barang yang aku guna pon memang high end product and ada jugak drugstore(Watson&Guardian). Dan aku memang akan cuba sebaik mungkin untuk client aku. Akan cuba mencantikkan dia selagi boleh tapi bukan merubah wajah asal dia. Selalunya kita memang takkan tahu pon bakal client kita tu muka dia camne. Masa hari kejadian baru kita tahu muka client kita tu. Time tu jugak nak study muka dia. Ye, sebagai makeup artist memang kene study muka client. Kulit muka dia jenis berminyak ke kering ke atau normal ke, kelopak mata dia kecik atau besar. Tu belom lagi client yang request nak makeup smokey eye, yang ada glitter bagai, ada yang  tunjuk gambar artis lagi. Sekali dia tunjuk nak makeup macam Hanis Zalikha. Okay then, kita pon buat la as per requested by customer. Tapi tapi tapi…..tak dapat serupa  macam dalam gambar yang dia nak tu. Sebagai makeup artist kita patut bagitau awal la, yang tak semestinya makeup sama awak akan nampak sama macam dalam gambar yang awak tunjuk tu. Apa yang membuatkan tak sama? Tengok la bentuk mata kita pon dah tentu tak sama, bentuk muka pon tak sama,hidung pon tak sama. So, jangan terlalu high expectation nanti anda kecewa.

Ada pulak yang nak natural je. Ini selalunya request dari pengantin atau client itu sendiri. Then bile da buat yang natural, means mata tak over sangat, lipstick warna pink yang sweet je atau nude colour. Nanti ada pulak yang komen(bukan client yang komen). Eh lipstick ni nampak pucat sangat ni. Eh kenapa nampak biasa je, terang la sikit eyeshadow tu. Eh itu eh ini. Ada je yang tak kene. Natural sangatttt la. Dan yang paling penting kalau makeup artist tu perempuan (selalunya terjadi kalau kita makeup pengantin), bila dia cakap dia memang tak touch up pengantin lelaki tolonglah hormat. Bukan sebab kami ni kedekut, tapi nak menjaga batas antara lelaki dan perempuan. Kalau nak guna barang kami, boleh tapi sama ada pengantin perempuan sendiri yang touch up pengantin lelaki atau seseorang yang muhrim kepada pengantin lelaki itu.

Last sekali kalau servis tu berharga RM100 jangan la expect hasilnya akan jadi seperti servis RM1000. Selalunya makeup artist memang akan cuba yang terbaik untuk buat client nampak cantik. Serius, mental memang kena kuat kalau nak jadi makeup artist. Lebih-lebih lagi bila dengar ada je komen-komen yang tak bape sedap nak di dengar dan akan buat kita down. Sabar yang penting. Sabarrrrr


Till then we meet again.
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape