Assalamualaikum
Wbt & Hi!
Korang dah
ada yang start tempah baju raya ke? Belum lagi sebab tak da idea nak buat baju
apa? Meh sini akak nak share sikit idea baju raya yang boleh korang buat untuk
raya tahun ni. Mostly memang orang beli yang ready to wear je senang kann? Tapi
ada je yang nak tempah sebab tak nak sama dengan orang lain. Cam aku haruslah
buat baju raya sendiri dan ada jugak yang aku beli dah siap. Ni aku nak share
baju design apa yang korang boleh buat tahun ni.
Jubah+ Dokoh Patch
Sekarang ni
memang tengah in orang pakai jubah kan? Tapi mesti ada yang bosan sebab asyik
pakai jubah plain je. Korang boleh letak dokoh patch. Macam-macam bentuk ada.
Nak tampal pon senang je. Korang just iron je kat baju. Sebenarnya tak kesah
pon korang nak tampal kat baju apa pon. Nak tampal kat baju kurung pon boleh.
Idea ni untuk yang suka pakai jubah la ye. Dokoh patch ni pulak ada banyak
warna yang korang boleh pilih. Kat shawl pon korang boleh tampal jugak. Aku ada
gak beli dokoh ni kat online shop. Aku beli kat sini. Sekarang ni banyak je
online shop yang jual dokoh ni. Kat kedai bunga riben pon ada. Kedai tu kat
jalan tar,sebelah kedai kasut Princess.
Inilah dokoh patch tu ye. Macam-macam bentuk lagi yang ada. (Gambar dari google) |
Dress/ Baju Kurung + Chunky Beads
Chunky
beads ni sebenarnya dari tahun lepas lagi dah in. Aku suka chunky beads ni
sebab cantik dan nampak exclusive tapi nak jahitnya tu buat aku nak menangis
gak la. Kalau susah sangat, korang hantar je kat tailor. Nak tempah kat aku pon
boleh gak. Hewhew. Boleh letak kat dress/jubah atau baju kurung modern. Memang cantik hokayyy. Then korang tambah la
batu Swarovski sikit kat baju tu. Lagi meletup and gojes korang masa raya
nanti. Tak yah la nak beli betol-betol batu Swarovski tu. Pada yang mampu tu
okay la,yang mampu tengok je cam aku ni aku beli yang ala-ala je. Ada jual kat
Jalan Tar. 10pcs/RM8.00 tapi harga depends on batu yang korang nak. Lagi besar
lagi mahal ler.
Ini pulak chunky beads ye. Kat tudung pon korang boleh jahit ni. Aku beli chunky beads ni kat Pertama je. (Gambar dari google jugak) |
Songket X Baju Kurung Pahang
Kain
songket pon sekarang orang dah start pakai balik. Dari dulu pon orang memang
suka pakai kain songket kan? Buat baju kurung Pahang pon cantik jugak. Nampak
la ala-ala perempuan Melayu terakhir sikit ye dokk? Banyak je kain songket
murah kat jalan tar tu. Kat Jakel pon banyak yang cecantik.
Saree X Baju Kurung Modern
Korang
boleh beli kain saree yang 6 meter tu(banyak online shop jual sekarang) buat
baju kurung modern. Memang cantik hokayyy. Tapi mesti ada lining sebab biasalah
jarang. Aku buat baju ni masa raya tahun lepas tapi tahun ni pon aku rasa ramai
orang akan buat jugak sebab saree memang cantik-cantik dan korang takkan rasa
outdated. Aku beli kain saree tu kat jalan tar je. Kat jalan tar memang
macam-macam barang ada kat sana. Sebab tu masa bulan puasa sesak kat sana. That’s
why aku beli kain awal-awal lagi senang tak yah nak bersesak-sesak nanti. Okay,
berbalik kepada kain saree. Bukan setakat boleh buat kurung modern je tapi
macam-macam design boleh. Bergantung kepada idea dan kreativiti koranglah.
Ini baju kurung modern yang aku jahit sendiri dari kain saree. |
Setakat ni, ni jelah idea yang aku ada. Kalau ada lagi nanti aku update. Selain tu, boleh je korang buat peplum, baju kurung modern dari kain batik Sarawak, kurung modern + 6 panel skirt dan banyak lagi. Jubah pon tak semestinya design tu yang sama je. Boleh je ubah sikit design tu mengikut citarasa memasing.
Till then we meet again.
P/S: Jangan lupa ganti puasa ye.And tempah baju awal, kalo ada yang tak kene nanti senang boleh alter cepat.
2 Suka Ku Bercerita:
kedai manik my collection di plaza gm chow kit 3f-15, kenanga wholesale city 5f-51, dan gmklang 2f-120 ada jual.. boleh whatappps 0123169078
Terima kasih atas perkongsiannya.
Saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.
Post a Comment