Thursday 19 March 2015

Gentle Reminder for Girls: Check your cosmetics/skincare expiry date!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:46 0 Suka Ku Bercerita


Assalamualaikum Wbt & Hi!

Did you know that your cosmetics/ skincare products have expiry date? Whether the expiry starting from the day you open the packaging or the products itself has shelf life (you can see at the packaging/box).

Semua perempuan memang akan ada barang mekap. Kalau yang jenis tak suka mekap, paling cikai pon korang akan ada compact powder, lipstick/lip balm dan skincare macam day/night cream. Korang tau dak yang benda-benda ni sume ada tarikh luput. Especially untuk yang kulit sensitif ni, korang kene amik tahu semua ni. Benda-benda ni semua memang bagus pakai masa baru beli, boleh buat kulit flawless bak Hanis Zalikha tapi kalau dah guna lebih daripada jangkamasa yang di tetapkan, tu yang boleh buat muka naik segala jerawat bagai. Because the chemical formula in the product doesn’t work anymore.

Yang perlu kite amik tahu tentang ini semua ialah berapa lama satu-satu produk tu kite boleh gunakan. Contoh, mascara yang korang ada tu da bape lama korang dok guna? Ada setahun tak? Kene ingat balik tu. Cite banyak pon bukan ada yang nak baca sampai abiskan. Jadi meh la ahkak bagitau bape lama satu-satu produk tu korang boleh guna.



Mascara: 3 bulan. Kalau dah lebih dari tu, silalah pergi beli mascara baru. Sayang tak kat mata tu? Kalau sayang jaga leklok ye. Lagi satu, jangan pulak pergi campur air kat mascara tu.



Lipstick: 2-3 tahun. Ni lama sikit boleh guna. Tapi lipstick ni pon bahaya jugak kalau yang suka kongsi ni. Lebih elok kalau korang potong sikit bahagian atas yang selalu terdedah tu, then baru pakai lipstick tu. Jangan la pi potong beria. Cukup syarat dah ler.

Foundation/ concealer: 6 – 12 bulan. Kalau yang jenis pakai foundation mahal ni, make sure korang pakai selalu la ye. Kalau jarang pakai kang ,lambat pulak nak abis. Simpan lama-lama pon tak elok jugak.

Compact powder/loose powder & blusher : 1 tahun.

Eyeshadow (yang berasaskan serbuk) : 2-3 tahun.

Cream eyeshadow: 12-18 bulan.

Eyeliner/ lipliner: 3-5 tahun.


Ahkak guna product Loreal jeww


Moisturizer/ day& night cream : 1 tahun.

Sunscreen: 1 tahun.

Untuk berus mekap pulak, kalau korang memang selalu guna which means setiap hari korang guna. MESTI basuh berus mekap setiap minggu. Boleh beli sabun pencuci berus mekap, kat Sephora pon ada. Tapi kalau nak guna syampu baby pon boleh je. Kalau korang sayangkan kulit muka korang, make sure korang mesti amik tahu pasal ni. Ramai yang selalu cakap “kulit kite sensitif la, tak tau la kenapa. Tak boleh itu tak boleh ini bla bla bla…”

Cuba korang check balik adakah korang jaga betol-betol barang mekap korang? Pernah tak cuci berus mekap tu? Foundation, skincare korang tu da bape lama guna? Make up and skincare may be girl’s best friend but it could be as dangerous as kite terkena keracunan makanan kalau tak jaga betol-betol. Giccuuuu. Muka ni kalau da tetiba je kuar jerawat bagai, amik masa jugak nak elokkan? Sape tak sayang muka ooiii. Semua orang nak cantik tapi cantik ni bagi aku mesti rajin. Dan sebenarnya (bukan lagu Yuna ye) semua orang cantik Cuma dia rajin atau tak, nak jaga muka dia tu.

Cam ahkak ni dulu pernah jugak masa zaman remaja dulu tetiba jerawat tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Haaa engkauu. Tak de gambar pulak nak tunjuk. Even sekarang ni pon  tak la flawless cam Keknis tu tapi ada hati jugak nak bagi tips. Hew hew. But always remember this, the keyword to a flawless skin is RAJIN. Semua benda pon kalau kite ni rajin akan menjadi jugak. Contoh, ko keje rajin-rajin dan bersungguh ko dapat duit. Kalau tak keje camne nak dapat duit? Sama la jugak kalau nak cantik. Memang some people tak mampu nak beli barang mahal cam SKII, Estee Lauder etc (iols ler tu) tapi kite boleh guna cara tradisional. Kalau google cara nak cantik guna bahan-bahan yang ada kat dapur tu, banyak resipi yang korang boleh dapat. Tak semestinya kene guna skincare yang mahal je kan. Mask setiap minggu pon penting, kalau hangpa tak cukup bajet nak beli mask setiap minggu pi google sana camne nak buat mask dari bahan semulajadi. Even yogurt pon boleh jadi mask tau dak? So, jangan bagi alasan yang kite tak mampu nak beli mask setiap minggu, tak mampu nak g buat facial bagai(iols pon tak mampu) tapi kite cari alternative lain.

Meh ahkak nak bagi tips sikit apa yang DO & DON’T berkenaan penjagaan barang make up ni.


DO:
-       Simpan produk di dalam cabinet atau laci.
-       Basuh tangan anda sebelum menggunakan produk.
-     Tulis tarikh pembelian di setiap packaging/bottle setiap produk. Ini untuk membantu anda mengingati berapa lama anda telah gunakan produk tu. (Lebih elok jika gunakan permanent ink).
-       Cuci berus mekap setiap minggu.


DON’T
-     Kalau boleh gunakan produk yang perlu di pam berbanding produk yang di dalam jar kerana bakteria lebih mudah tersebar ketika menggunakan jari.
-     Jangan tambah air di dalam produk.
-  Jangan kongsi produk dengan orang lain. ( Dalam case ni MUA terkecuali la kowt. That’s why MUA ada banyak barang mekap and brush.)


Ini sahajalah bebelan ahkak pasal penjagaan produk kecantikan nih. Nak cantik bukan setakat kene tempek banyak krim/serum je kat muka, tapi penjagaan produk tu juga peting ye.


Till then we meet again. Daaa.

P/S: Kalau ada tersalah info yang aku share kat sini, do let me know yaaa.
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape