Assalamualaikum
Wbt & Hi!
Did you know
that your cosmetics/ skincare products have expiry date? Whether the expiry
starting from the day you open the packaging or the products itself has shelf
life (you can see at the packaging/box).
Semua
perempuan memang akan ada barang mekap. Kalau yang jenis tak suka mekap, paling
cikai pon korang akan ada compact powder, lipstick/lip balm dan skincare macam
day/night cream. Korang tau dak yang benda-benda ni sume ada tarikh luput.
Especially untuk yang kulit sensitif ni, korang kene amik tahu semua ni.
Benda-benda ni semua memang bagus pakai masa baru beli, boleh buat kulit
flawless bak Hanis Zalikha tapi kalau dah guna lebih daripada jangkamasa yang
di tetapkan, tu yang boleh buat muka naik segala jerawat bagai. Because the
chemical formula in the product doesn’t work anymore.
Yang perlu
kite amik tahu tentang ini semua ialah berapa lama satu-satu produk tu kite
boleh gunakan. Contoh, mascara yang korang ada tu da bape lama korang dok guna?
Ada setahun tak? Kene ingat balik tu. Cite banyak pon bukan ada yang nak baca
sampai abiskan. Jadi meh la ahkak bagitau bape lama satu-satu produk tu korang
boleh guna.
Mascara: 3
bulan. Kalau dah lebih dari tu, silalah pergi beli mascara baru. Sayang tak kat
mata tu? Kalau sayang jaga leklok ye. Lagi satu, jangan pulak pergi campur air
kat mascara tu.
Lipstick: 2-3
tahun. Ni lama sikit boleh guna. Tapi lipstick ni pon bahaya jugak kalau yang
suka kongsi ni. Lebih elok kalau korang potong sikit bahagian atas yang selalu
terdedah tu, then baru pakai lipstick tu. Jangan la pi potong beria. Cukup
syarat dah ler.
Foundation/
concealer: 6 – 12 bulan. Kalau yang jenis pakai foundation mahal ni, make sure
korang pakai selalu la ye. Kalau jarang pakai kang ,lambat pulak nak abis.
Simpan lama-lama pon tak elok jugak.
Compact
powder/loose powder & blusher : 1 tahun.
Eyeshadow
(yang berasaskan serbuk) : 2-3 tahun.
Cream
eyeshadow: 12-18 bulan.
Eyeliner/
lipliner: 3-5 tahun.
Ahkak guna product Loreal jeww |
Moisturizer/
day& night cream : 1 tahun.
Sunscreen: 1
tahun.
Untuk berus
mekap pulak, kalau korang memang selalu guna which means setiap hari korang
guna. MESTI basuh berus mekap setiap minggu. Boleh beli sabun pencuci berus
mekap, kat Sephora pon ada. Tapi kalau nak guna syampu baby pon boleh je. Kalau
korang sayangkan kulit muka korang, make sure korang mesti amik tahu pasal ni.
Ramai yang selalu cakap “kulit kite sensitif la, tak tau la kenapa. Tak boleh
itu tak boleh ini bla bla bla…”
Cuba korang
check balik adakah korang jaga betol-betol barang mekap korang? Pernah tak cuci
berus mekap tu? Foundation, skincare korang tu da bape lama guna? Make up and
skincare may be girl’s best friend but it could be as dangerous as kite terkena
keracunan makanan kalau tak jaga betol-betol. Giccuuuu. Muka ni kalau da tetiba
je kuar jerawat bagai, amik masa jugak nak elokkan? Sape tak sayang muka ooiii.
Semua orang nak cantik tapi cantik ni bagi aku mesti rajin. Dan sebenarnya
(bukan lagu Yuna ye) semua orang cantik Cuma dia rajin atau tak, nak jaga muka
dia tu.
Cam ahkak ni
dulu pernah jugak masa zaman remaja dulu tetiba jerawat tumbuh bagai cendawan
tumbuh lepas hujan. Haaa engkauu. Tak de gambar pulak nak tunjuk. Even sekarang
ni pon tak la flawless cam Keknis tu
tapi ada hati jugak nak bagi tips. Hew hew. But always remember this, the
keyword to a flawless skin is RAJIN. Semua benda pon kalau kite ni rajin akan
menjadi jugak. Contoh, ko keje rajin-rajin dan bersungguh ko dapat duit. Kalau
tak keje camne nak dapat duit? Sama la jugak kalau nak cantik. Memang some
people tak mampu nak beli barang mahal cam SKII, Estee Lauder etc (iols ler tu)
tapi kite boleh guna cara tradisional. Kalau google cara nak cantik guna bahan-bahan
yang ada kat dapur tu, banyak resipi yang korang boleh dapat. Tak semestinya
kene guna skincare yang mahal je kan. Mask setiap minggu pon penting, kalau
hangpa tak cukup bajet nak beli mask setiap minggu pi google sana camne nak
buat mask dari bahan semulajadi. Even yogurt pon boleh jadi mask tau dak? So,
jangan bagi alasan yang kite tak mampu nak beli mask setiap minggu, tak mampu
nak g buat facial bagai(iols pon tak mampu) tapi kite cari alternative lain.
Meh ahkak nak
bagi tips sikit apa yang DO & DON’T berkenaan penjagaan barang make up ni.
DO:
-
Simpan
produk di dalam cabinet atau laci.
-
Basuh
tangan anda sebelum menggunakan produk.
- Tulis
tarikh pembelian di setiap packaging/bottle setiap produk. Ini untuk membantu
anda mengingati berapa lama anda telah gunakan produk tu. (Lebih elok jika
gunakan permanent ink).
-
Cuci
berus mekap setiap minggu.
DON’T
- Kalau
boleh gunakan produk yang perlu di pam berbanding produk yang di dalam jar
kerana bakteria lebih mudah tersebar ketika menggunakan jari.
-
Jangan
tambah air di dalam produk.
- Jangan
kongsi produk dengan orang lain. ( Dalam case ni MUA terkecuali la kowt. That’s
why MUA ada banyak barang mekap and brush.)
Ini sahajalah
bebelan ahkak pasal penjagaan produk kecantikan nih. Nak cantik bukan setakat
kene tempek banyak krim/serum je kat muka, tapi penjagaan produk tu juga peting
ye.
Till then we
meet again. Daaa.
P/S: Kalau ada tersalah info yang aku share kat sini, do let me know yaaa.
0 Suka Ku Bercerita:
Post a Comment