Thursday 10 November 2016

Tutorial Shawl Warda

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:37 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!


Siapa yang tengok suri hati Mr Pilot mesti tau dan suka tengok style Warda dalam tu kan. Memang aku setuju ngan orang yang cakap ootd Warda a.k.a Neelofa dalam tu cantik, menarik, tertarik. Ni ahkak nak share sikit tutorial shawl Warda. Pakai shawl biasa pon boleh je. Aku selalu pakai shawl yang beli kat jalan TAR tu je. Hehe.



Tutorial ni bukan ahkak la yang buat. Ahkak just bagi link je, nanti tengok la sendiri ye. Memang senang, 5 minit je dah siap. Kalau macam aku ni aku suka pakai shawl labuh sikit dan menutup dada. Kita boleh adjust  je shawl tu sebenarnye. Siapa yang dah selalu pakai shawl mesti tau camne nak adjust.






Tutorial shawl camni la yang ahkak nak share ngan korang.
Ini Husna Mustaffa. Ahkak nak share video dia ni. Memang cantik orangnye kan? Dia ni model muslimah tau.
Korang boleh tengok video tu kat sini. Bape saat je video ni dan mudah je. Macam aku cakap tadi, pasal labuh atau tak tu terpulang pada diri masing-masing. Pandai-pandailah adjust tudung tu.


Aku pon nak pakai gak cmtu. Hehe.Tapi aku pakai ni ikut macam mana yang aku selesa la ye. Macam aku cakap tadi aku suka pakai shawl labuh yang menutup dada.

Itu jelah yang ahkak nak share. Pendek je entry kali ni.

Till then we meet again.

Sunday 6 November 2016

10 Orang Hijabi Instafamous Yang Anda Patut Follow

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 22:11 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!


Entry ni adalah untuk orang perempuan yang nak dapatkan idea #ootd korang setiap hari. Aku sebagai perempuan tau, kite ni kalau tengok perempuan lain pakai cantik je mesti kite nak tau dia beli kat mana baju tu, beli kat mana lipstick tu. Kalau macam aku ni aku tak bape kesah sangat pasal pelakon-pelakon lelaki hot sekarang ni dan memang aku tak follow pon sebabnye aku lebih berminat nak follow instafamous perempuan. Aku suka tengok style diorang, makeup, outfit and semua la yang berkaitan ngan perempuan. Bukanlah bermaksud aku ni suka kat perempuan. Perempuan lain mesti faham maksud aku ni. Kadang-kadang tengok ig kawan sendiri pon, bile nampak dia pakai cecantik, makeup cecantik, terus kite komen “Cantiknya!!! Handbag tu beli kat mana?” “Baju tu cantik la. Beli kat mana tu?” Tak pon mesti terus pm tepi lelaju. Biasalah dah fitrah perempuan yang sukakan cantik-cantik dan memang teringin nak nampak cantik sentiasa.


Sekarang ni tak perlu beli barang mahal sampai ribu-ribu pon untuk nampak cantik. Dengan baju harga 30inggit, seluar 40inggit, handbag 60inggit dan shawl 10 inggit pon ko dah boleh nampak cantik. Asalkan pandai mix and match. Tapi kalau barang makeup ahkak  suggest  korang gunalah barang ori ye. Kalau tak mampu beli kat Sephora, beli kat watsons/guardian  pon dah cukup.


Okaylah, daripada membebel panjang lebih baik aku senaraikan terus 10 orang hijabista instafamous yang korang patut follow. Ni berdasarkan siapa yang lebih menarik minat aku lah ye. Kalau ikutkan ramai je instafamous seluruh dunia ni.


@indahnadapuspita





Indah Nada Puspita berasal dari Indonesia. Aku suka tengok style dia ni. Bagi aku dia ni memang pandai dress up mengikut majlis dan tempat yang dia pergi tu, bukan ikut apa yang dia suka je. Mana-mana je dia pergi dan baju yang dia pakai semua sesuai je. Dan bagi aku dia ni memang stylo la.


@rnadiasabrina






Raja Nadia Sabrina berasal dari Malaysia. Aku suka style dia sebab ape je yang dia pakai memang nampak sopan je.


 @withloveleena




Dia ni fashion dan lifestyle blogger.



@shearasol






Shea Rasol ni orang Malaysia jugak. Sebelum ni dia pernah jadi pengacara rancangan SIS kat TV9 tu. Shea ni dari sebelum aku ada ig lagi aku dah tau pasal dia sebab dia pon salah sorang blogger yang agak famous jugak. Dan aku rasa memang semua orang tau dia ni kirenye fashion icon la untuk hijabi macam aku ni.



@lifelongpercussion









Dia ni aku suka bukan sebab #ootd je tapi dia ada jugak buat makeup tutorial.



@vivyyusof








Ni aku rasa semua orang kenal. Memang stylo dia ni. Kadang tengok dia pakai simple je tapi cantik. Bile aku pulak try pakai simple camtu asal aku rasa macam selekeh je aku. Haha. Memang betol la orang cakap kalo orang dah cantik, pakai ape pon cantik.


@sincerelymaryam








@dianpelangi








Yang ni pon ramai orang kenal jugak rasanye. Dia berasal dari Indonesia.


@farahanimrazak








Dia ni pengacara TV Alhijrah dan jugak model muslimah berasal dari Pahang. Suka tengok dia sebab ape yang dia pakai memang nampak sopan je.



@hijabinstylemiami








Yang ni aku suka sebab style dia nampak elegant  je.




Ini jelah setakat ni yang aku suka tengok style diorang sume. Masing-masing ada style tersendiri.  Apa yang aku senaraikan ni pon mengikut siapa yang lebih menarik minat aku lah macam yang aku cakap tadi dan jugak mengikut citarasa aku.

Till then we meet again.

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape