Sunday 30 December 2012

A Night in Melaka

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 10:48 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt...and hi!


Dulu kalo orang tanye aku apa yang best kat Melaka tu? Aku akan jawab entahhhh. Cam xda yang best ja. Aku selalu keluar pun g Mahkota Prade untuk tengok wayang. But now..macam2 ada weyhhh. Waktu malam pun macam2 ada. Kalo sekarang orang tanye aku banyak jugak la yang aku bole bagitau ape yang ada kat Melaka tu. Cakap je ape yang korang nak buat bile datang Melaka. Nak g melawat tempat bersejarah? Ape? Xnak sebab tempat tu da pergi mase rombongan sekolah dulu? Okayy takpe banyak tempat lagi ada. Bole g mandi manda kat water world,zoo melaka pun ada,animal world safari pun ada dan macam2 lagi la memang xdapat la haku nak listkan sume kat sini.


Aku ni name je orang Melaka tapi xsemua tempat aku pernah pergi. Kali ni aku cume nak share apa yang ada kat Melaka pada waktu malam. Pernah dengar x Melaka River Cruise? Korang bole naik boat selama 45minit sambil menikmati pemandangan.



Ni view waktu malam. Cantekkan? Gambar dari google je.




First time naik boat ni. Muka eksaited.


Aku pernah naik sekali je boat ni. Honestly,benda2 yang lain kat Melaka tu aku xpernah naik lagi cam pirate ship,Menara Taming Sari. Aku xda rase lagi nak try sume tu sebab aku rase cam ala bile2 aku nak bole pergi  ja. Ayat berlagak.



Pernah naik beca tak? Waktu malam pun ada beca tahu. Nak bagitau ni...aku xpernah pun naik beca.hehe. Ape daa...sume benda xpernah naik camne nak share ape yang best kat Melaka kannn.



Beca kat Melaka. Kreatif  betol la mereka mereka nih. Ni pun gambar dari google.

Waktu malam ada jugak Jonker Walk. Best jugak tempat ni,macam2 ada jual dan sangat seswai la untuk pelancong. Benda benda pelik pun ada jugak aku rase. Aku pernah pergi sekali jek tempat ni. Memang ramai orang. Aku ni memang rimas sikit kalo tempat terlampau ramai orang. Memang hangin je haku. Unless kalo ada barang yang betol2 aku nak baru la aku sanggup redah lautan manusia itu.heeee.






Ini jelah yang aku tau. Banyak lagi yang ada dan aku tak tahu. Sume xtau,ape yang ko tau?? Mungkin nanti bile aku da tau dan da cube aku akan update entry lain pulak. Hehe. Tinggal seminggu je lagi cuti aku, lepas ni da masuk kolej balik. Mesti bz lepas ni dan xbole nak berangan dan leka nak g bercuti ke berjimba ke. Sob sob sob.


Wassalam.

Thursday 27 December 2012

Melaka: Night Zoo

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 02:11 4 Suka Ku Bercerita


Assalamualaikum Wbt..



Da aku ni memang orang Melaka kan. So,update blog pun pasal Melaka jela. Hehe. Kalo x pasal Melaka mesti pasal KL. Da bape tahun dok KL pun bukan sume tempat aku pernah pergi. Itu ari aku ada balik Melaka kumpul beramai2 ngn family. Setiap tahun family aku akan wat kenduri doa selamat. Time tu la nak kumpul ramai2 kan. Dan umah family aku la jadi tumpuan sebab mak aku anak sulung.




Esok tu lepas penat2 kemas umah dan berehat sekejap, malam tu kteorang pergi ke Zoo Melaka. Night Zoo. Ni kire 1st time aku g night zoo. Pegi zoo malam2 ape yang ko nampak? Memang xbanyak yang nampak.




Disebabkan kteorang g time malam,maka pihak zoo sediakan tram. Lebih kurang cam tren la. Xkan nak jalan kaki lak kat zoo tu time malam2 kan. Xnak aku,kang ntah mane2 lak sampainye. Yang pegi ni lebih kurang 8orang je. Yang lain sume keletihan. Kteorang yang hyper active ni jela yang pegi sebab da bosan dok kat umah.







Baru sampai terus g kat sini. Semangat.





Oke. Benda ni memang nampak real. Mase nak g dkat2 tu aku siap pk dulu kalo binatang ni tiba2 bergerak camne. Imaginasi terlebih pulakss.

Mase tgh tunggu tram. Kat mane2 pun sempat je bergambar.


Da malam memang yang mane tgh berjage jela nampak. Mase sampai kat tempat harimau orang tu ada la suh turun dr tram tgk2 dulu sampai kat tempat buaya. Ada jugak harimau yang active dan ada jugak yang da tido.




Lepas tengok harimau and singa sume. G tengok buaya pulak. Sume tido. Dulu aku g time siang pun buaya tu tido jugak,ni pun tido jugak. Then,sambung naik tram balik sampai la abis da pusing satu zoo tu. Turun je dari tram,hujan pun turun. Cecepat berlari ke kereta and balik.




Oke,setakat ni jela untuk entry kali ni.


Wassalam.




Tuesday 18 December 2012

Pengalaman Bekerja

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:46 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..

Mase 1st entry aku dulu kan aku ada gebang yang lepas abis je spm aku terus dtg KL nak cari keje. Ni aku just nak kongsi je pengalaman aku keje kat beberapa tempat. Cehh macam banyak sangat je kan.

AmBank

Mula2 memang macam2 tempat aku try. Bukit Bintang,Pavi,Lot 10 and Sogo sume xdpt. Sampai rase cam da give up nak cari keje lagi. At last aku dapat keje kat AmBank. Kat situ rezeki aku rupenye. First time g interview kat company besar camtu sape xtakut. Takut kowt. Ari tu interview ari tu jugak aku memulakan tugas aku. Clerk je pun. Hehe. Excited keje mase tuh. Yela da first time keje and bakal dapat gaji atas usaha sendiri. Gaji pun best. Lagipun post aku nih memang dorang nak budak lepas SPM je pun. Tugas aku just key in data je. Memang senang. Dari pagi sampai la ke petang keje aku menaip tanpa henti. Aku ingat mase tu aku sorang je wat keje tu. Luckily ada sorang kawan nih. Sanjiv. Dia banyak jugak tolong aku dan banyak jugak kenekan aku. Ape pun dia sorang kawan yang sangat baik. Aku keje dalam 6 bulan je sebab lepas tu terus sambung blaja.

Houz Depot

Pernah dengar x name houz depot nih? Tempat nih lebih kurang cam ikea la. Banyak barang2 diy kat sini. Bagi aku keje kat sini la paling mencabar sekali. Aku jadi cashier part time. Keje part time mase aku diploma dulu. Lame jugak aku keje kat sini. Ape yang mencabarnya? Hahh..ingat senang ke nak jadi cashier? Penat tahu. Aku punye style pulak kalo customer oke,aku oke. Bole x nak cakap my attitude depends on you! Kalo customer awal2 lagi da berlagak aku  pun layan so-so je. Cecepat scan barang,letak dalam plastik n terima kasih/thankyou. Malas nak cakap banyak. Banyak yang mencabar ye. Contohnye dalam menggunakan kedit kad. Nak gune kedit kad ni anda sume perlu la faham kalo kat mesin tu da tertera pls call bank ke decline ke ape ke. Itu bukan salah cashier. Ada yang xfaham dia g marahnye cashier. "Kenape pulak xbole gune? Tadi baru je saya swipe kat blablabla bole je." Itu tadi. Mungkin juga kedit kad anda telah melebihi limit pada hari itu. Mungkin jugak cip pada kedit kad itu xdpt di baca. Mungkin jugak line yang tersangat sibuk tu yang lambat ckit. Jangan la nak terus salahkan cashier. Kalo nak senang gune je AMEX. Memang memerlukan banyak kesabaran. Jadi cashier ni sebenarnya tersangat la penat lagi2 time ramai customer. Yang lagi penat bile nak scan barang xd item code. Kene la bawak barang tu pergi cari kat tempatnya untuk cari item code. Setiap barang pulak kalo  1 barang tu ada 4 colour, setiap colour berlainan code oke. Bole bayangkan x ape yang cube aku terangkan nih? Kadang2 tu da terlampau penat sampai terlupa nak senyum kat customer. Jadi cashier pun aku rase cam jadi customer service pun ada. Macam2 dorang tanye kat cashier. Kalo nak cite pasal aku jadi cashier ni banyak n macam2 memang panjang sampai menyampah pulak korang nak bace. Ape pun aku suke keje kat sini sebenarnya.


SME Bank


Pernah dengar SME Bank x? Atau yang panjangnya Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad. Aku wat pratikal je kat sini. Keje kat sini pun aku suke jugak. Banyak jugak pengalaman yang aku dapat walaupun 3 bulan je. Aku dapat pengalaman camne nak wat working paper n memang dapat rase care bekerja yang sebenar. Selalu jugak dapat makan free kat sini. Hehe. Makan memang la aku suke . Free lak tu. Mase da nak abis praktikal tu siap diorang ni wat majlis makan2 lagi untuk aku. Pastu dpt hadiah lagi. Terharu kejap. Sobs Sobs Sobs.



Itu jela pengalaman bekerja aku. Sekarang xd wat part time kat mane2 pun. Nak fokus kat study dulu. Sori la kalo bace pengalaman aku yang membosankan ni. Tapi bagi aku pengalaman ni sume sangat manis dan memang xbole di beli kat mane2 weyh.


Sekian. Wassalam.

Seharian di Muzium Negara, Kenanga & Times Square

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 09:08 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..



Tengok tajuk tu. Dalam sehari je sekali 3 tempat aku pergi kan. Ingat xpenat ke. Penat gileww okeh! Da 22 tahun aku hidup ni ari tu first time la aku g Muzium Negara tu. Aku g sebab ada charity sale kat sane mase tu. Ada ramai jugak la retis tapi yang aku jumpa Yatt je and sempat la tengok tutorial shawl. Lepas tu aku terus g jalan2 sekitar muzium tu.


Aku xmasuk sume tempat pun. Yang mane sempat jew sebab rush nak g Kenanga pulak. Kenanga Wholesale City korang tau x kat ner?? Jap g aku cite okeh.






Ni kat pintu masuk. Siap bawak payung sebab mase nak kuar umah tu hujan pulak. Tapi oke jugak la bawak payung ni sebab sampai2 sini panas kowt.




Aku sempat la masuk kat istana ni. Katanye ni istana pada tahun 1884 if im not mistaken. Mase aku masuk ni bukan main ramai lagi orang kat dalam ni. Rata2 chinese. Ada rombongan che kiah kowt diorang nih. Hee.





Yang ni pulak kat dalam muzium. Nak masuk ni kene bayar RM2/person utk dewasa dan free je untuk kanak2. Mase aku pergi ni diorang cam tgh wat renovation.



Da nak balik sempat lagi posing. Hewhew.


Lepas je melawat muzium ni kteorang terus bergegas ke Kenanga Wholesale City. Kenanga ni dekat2 ngan Times Square jugak la. Ramai orang g sini untuk beli barang secara borong. Biasenye nak beli baju. Aku first time g. Nak beli baju kat sini minimum 3pcs baru la ko dapat harga borong tu.


Kalo nak beli selai baju je lebih kurang same harge ngn 3helai baju. Kalo rase nak shopping baju n dress banyak2 macam sebulan punye stock ke bole la serbu Kenanga ni. Xd gambar pun yang aku amik sebab leka ngn baju2 kat sane tapi bukan beli ape pun aku just nak tengok2 jeww.

Lepas da cuci mate tu kteorang bergerak ke Times Square(TS) pulak. TS ni da macam umah kedua aku jek. Yela setiap bulan mesti akn g sane sama ada nak g tengok wayang atau shopping. Yelah..xkanlah nak g shopping kat Pavilion n KLCC pulak. Untuk student seperti aku nih TS tu mmg seswai sangatlah kannnn. Xd beli ape pun kat TS just nak teman member aku g Digi sebab ada prob ngn data plan digi dia tuh. Oke tipu la kalo xd beli ape2 kan. Ada la beli belt n selipar kat sane. Then kembali ke tempat asal,balik umah lerr. Penat kowt.

Sekian untuk hari ni.

Wassalam.

Sunday 16 December 2012

Healthy & Unhealthy Sleep

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 08:40 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..


Hai..kali ni saya just nak kongsi sikit info yang saya dapat..hope bermanfaat. Mungkin ada yang da tau dan mungkin jugak ada yang xtau lagi pasal ni. Sape suke sangat tido?? Mesti la sume orang suke tido. Ehh ada ke orang xsuke tido? Lagi2 time balik keje or tengah penat memang da terbayang2 tilam bersaiz king tu kannn.


Nak tido pun ada time2 untuk kite. Banyak cakap pulak aku ni. Nahhh...korang tengok la sendiri time2nye.







Ini jelah info yang aku nak share. Renung2kan dan selamat beramal. Hee. Ohh ye,korang suke bace cite2 seram x? Kalo ada yang suke tu bole try g kat sini. Macam2 cite ada.


Sekian untuk hari ni.

Wassalam.

Wednesday 12 December 2012

Berbasikal di Taman Botani Putrajaya

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 05:00 4 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..


Korang pernah pergi Taman Botani x? Aku selalu g untuk berbasikal jeww. Yerrr..kte bole sewa basikal kat sne.. Kalo weekdays RM2/hour, weekend mahal ckit RM4/hour. xd la mahal sgt pun kann. Dulu mase dok kat bangi selalu gak aku g sane. Yela,Bangi ngn Putrajaya kan dekat jew. Aku mmg suke berbasikal nih..dlu mase kecik,lagi2 time cousin aku blk kampung..memang setiap mase kteorang merewang satu kampung bawak basikal. Memang mase tu xknal erti penatlah tapi sekarang baru bwk sekejap da penat.




Gambar lama. Selalu g ngn dorg nih.


Berbasikal ni kire salah satu senaman jugak la kan. Da la kat sini banyak bukit memang betol2 nak suh aku exercise. Ingat aku larat ke nak naik bukit tu..belom pape aku da turun dari basikal and tolak la sampai mase untuk turun bukit(paling aku suke).




Kalo nak tahu..aku ni setiap kali g sane bukan la setakat nak berbasikal jew. Mesti wajib amik gambar,pose sane sini. Bajet. Haha. Walaupun da selalu pergi tapi xpernah terlepas untuk pose di setiap ruang Taman Botani ni.


Bersama bebudak. Terasa aku pun cam sebaya ngn dorg sekejap.


Kalo ada yang free hujung2 minggu tu and xtau nak wat ape. Bole la pergi ke Taman Botani ni bersama family. Gambar xbanyak la plk sebab gune lappy adik sekarang.






Sekian.

Wassalam.




Tuesday 11 December 2012

Running Man & Korean Drama

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:07 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..



Running man? Ape tu? Running man ialah korean variety show yg tengah fofular sekarang. Dulu kalo orang ckp pasal k-pop or yang ada kene mngena ngn Korea mmg aku xsuke sbb aku xminat langsung. Tapi sejak aku tertengok running man ni,terus aku suke. Cite2 korea pun aku da mula layan sekarang.


Inilah ahli2 running man yang sangat gile2. (Gambar amik kat google image je)
Best sangat ke running man tuh? Bagi aku memang best. Ahli2 running man ni drpd retis korea sendiri(mmg la kan da kate korean variety show). Oke meh aku cite ckit..dlm setiap episod sume ahli kne dapatkan at least 1 running ball kalo xdpt nnt kne denda at the end of the show. Yang bestnye setiap episod dorg akan ada guest yang dorg kene cari sendri la utk dpt running ball tuh. Ape kate korang ce tengok je show ni time free ke ape(kalo rase nak tengok la) kat channel 393 astro. Aku kdg2 tgk kat sini jew kalo da xsempat nak tengok kat tv tuh.


Mungkin ada yang cakap ape la faedah tengok cite ni. Mungkin mmg la xd pape yang kte dpt tapi bagi aku bile tengok ni cm bole release tension jap..muehehe.

Oke nak cite lain lak..pasal korean drama yg macam2 sekarang nih..aku nih baru je minat nak tengok ni sume. 1st cite yang aku tengok ialah Obtetrics and Gynecology Doctors. Mula2 aku tengok  mmg takut sebab cite ni pasal org pregnant and ada masalah mase nak lahirkan anak tu. Dia wat pembedahan cam real je aku tengok ngn darah bagai. Aku tengok pun sebab ada Song Joong Ki dalam cite ni(running man member). Sekali tengok best lak. Aku tengok kat you tube jewww.


Obstetrics and Gynecology Doctors.




Cite yang aku baru lepas tengok sekarang ialah Boy Over Flowers. Orang lain sume da lame tengok cite ni, aku jew yang cam lambat ckit..hehe. Cite ni best jugak. Pasal sorang budak lelaki kaya yang jahat jatuh cinta kat budak perempuan dari keluarga biasa jeww. Mak kepada hero tu pun bole tahan jugak. Mcm2 plan dia wat nak pisahkan anak dia ngn gurl tu.


Boys Over Flowers


Kalo ada yang rase ape yang best ngn cite Korea tu. Cite xbest langsung,xd faedah pun tengok. Bagi aku laa...dalam setiap cite xkire la cite melayu ke,omputih ke,korea ke..mesti ada moral value. Kite sebagai penonton ni amik la yang mane baik jeww..yang xbaik tu wat pe nak di ikut ye takk.



Sekian jelah utk kali ni yee.

Wassalam.


Thursday 6 December 2012

Kenapa Nina?

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 09:20 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..





Blom pape da letak gambar. Mesti pelikkan da la tajuk entry ni name aku sendiri. Poyo betol.


Abg Senior: Nape panggil Nina? Name ko Siti Zuliana kan? Malu la tu orang panggil Siti. Datang KL terus tukar name Nina.

Aku: Ape pulak. Memang dari kecik la org panggil saya Nina.

Yela..sape yang xpelik name Siti Zuliana tapi panggil Nina. Ape kene mngena tuh? Xd langsung kan? Ni yang nak bgtau ni even xd sape pun yang kesah aku nak cite jugak. Gambar yang kat atas tu aku n abang aku yang no 2. Dia la yang nak sangat panggil aku Nina. Beza umur aku ngn dia jauh jugak la dalam  5 tahun.




Mase dia tau je dia nak dpt adik dia terus bgtau kat sume orang yang dia nak name adik dia Nina. Aku pun xtau mane dia dapat name tuh.haha. Glamour x name aku? Bukan aku yang pandai2 tukar oke. Aku xkesah pun orang nak panggil ape. Jangan panggil Zu(zoo) da la. Rase cam kelakar. Biar la kite panggil seseorang tu ngn panggilan yang baik.


Ini true story oke. Mak aku cite,akak aku cite..sume orang yang tau pasal ni cite kat aku. Aku rase Nina tu name yang sangat simple dan senang je  nak sebut tapi ada jugak orang yang salah sebut kadang2 panggil Nani. Saya xsuka la orang tersalah panggil name saya.

Oke la. Sampai sini je aku membebel. Bye.

Wassalam.



Monday 3 December 2012

Bukit Tinggi: Horse Riding

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 07:03 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt...


Mungkin ramai yang da pergi tempat ni. Aku ni je baru pergi. Itu pun sekejap je,balik hari. Pengalaman yang aku dpt tu sangat awesome.

Berbalik pada tajuk,aku ni mmg suke berangan dari dulu lg nak belajar menunggang kuda. Bukan tu aje,sukan2 kegemaran Rasulullah s.a.w mcm berenang, memanah dan berkuda. Berenang mmg aku langsung xreti la. Aku pernah naik banana boat skali je. Lepas tu aku rase da xnk naik lg sebab takut habaq hangg! Da la xreti berenang, orang tu pergi jatuhkan kteorg betol2 kat tgh laut. Ehh aku ni nak cite pasal horse riding ke pasal banana boat.



Bile tau kat sini ada horse trails aku terus ajak akak aku pergi kat tempat ni. Walaupun agak mahal ckit aku xkesah la. Bukan selalu pun g kan. 10 minit RM25. Oke la tu. Ni pun kebetulan je aku ikut akak aku bwk anak2 dia jalan2. Kat sini pun ada lessons untuk horse riding jgk. Aku xigt harga bape tapi ada la dlm 400++. In future kalo aku nak belajar mungkin tempat ni la yang aku akan pergi.  


Mase tengok kuda2 kat situ ada rase takut jgk la aku tgk kuda besar2  sangat. Da mcm2 aku pk mase tu. Camne time aku naik nnt tiba2 kuda tu lari laju2. Lepastu confirm aku tercampak. Mula2 naik mmg cuak der. Dia bwk aku kat jalan raya lak tu kat tmpt mmg kete lalu. Kowt tiba2 kete tu pi tekan hon. Kuda tu terkejut,aku yang jd mangsa nnt.



Kuda yang aku naik ni namenye bonita.



Mase berhenti nak amik gambar ni kuda ni mcm da nak marah je. Cepat2 snap lepastu jalan.


Kat sini ada jugak Japanese Garden. Kalo nak masuk utk minum tea kne bayar rm28++ xsilap aku. Ada jugak kimono rental. Kalo rase2 nak berangan2 jadi orang jepun bole la try. Aku x g pun. Penat sbb kene jln kaki je da mcm hiking aku rase.



Banyak tempat lagi yang aku x g cam adventure park. Kat situ ada wall climbing,flying fox. Ohh ye..mase nak masuk kat bukit tinggi ni. Ape name tempat ni Colmar Tropicale if im not mistaken, kne bayar RM12  utk dewasa. Kanak2 aku xingat pulak.


First time jumpa nih. Excited ckit.




Setakat ni jelah ye untuk entry kali ni.

Wassalam.



   

Thursday 29 November 2012

Jalan-jalan

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 08:39 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..

Itu hari(semalam je pun)aku ada pergi petrosains ngan cousin aku untuk kali yang entah ke berapa aku pun xtau. Mentang2lah cuti berjalan je keje kau ea.


Rase cam best pulak g kali ni sebab ada contest ni. Mula2 aku ingat kalo menang setakat dpt tiket wayang je. Lepas tu tgk grand prize dpt ipad. Terus semangat. Senang je care2nye...kite kene kire bape banyak sticker hobbit kat dalam petrosains tu.


sticker camni la
Memang semangat aku. Lepas tu tgk orang kat sane cam xcari langsung jew. Bukan setakat cari sticker jew ko da da bole terus menang. Kat sini ada 4station. Kat setiap station tu ada game yg kte kene wat. Baru bole dapat cop yang kte da sertai game tu. Xd cop kire ko xlayak la nak masuk pertandingan ni.



believe in what u see. Saya pegang api!

Game ni yang paling aku suke. Mula2 takut kowt. Akak tu cakap camni "kali ni kite kene pegang api,lepas tu baru bole dpt cop." Memang cuak..aku ingat dia main2. Skali tgk cousin aku betol2 dia pegang api,aku da takut gile. Lastly, aku plak yang asyik nak pegang api tu. Memang dia betol2 letak kat tapak tangan ko. Yang aku xpuas ati tu time nak amik gambar je,api tu terpadam xpun terjatuh. Picture ni jela yang dpt.



Kire kali ni aku semangat ckit la g petrosains ni walaupun ramai gile budak sekolah. Bukan semangat sebab ada contest ni je tapi sebab banyak benda baru. Contest ni bukan dia teruskan umumkan sape menang pun. Mesti la kene tunggu. InsyaAllah kalo ada rezeki.















Sampai sini jela. Nak upload gambar banyak2 internet ni cam jeles ngn aku la.
Wassalam.

Saturday 24 November 2012

Jom Berjimatttt!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:26 3 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt...


Tengok tajuk je cam aku ni nak bagi tips care2 nak berjimat lak kan. Layak ke aku? Jangan pasan la weyhh..booo..

Aku bukan la nak bagi tips care camne kite nak berjimat sebab saya percaye anda semua mmg da tau kan. Aku cume nak share camane care aku berjimat cermat(jimat la sangat kan padahal shopaholic).


Sape yang xnak ada baju,kasut,handbag n accessories yang banyak kan. Aku selalu berangan suatu ari nanti aku nak ada bilik yang khas aku nak letak baju,kasut n handbag aku je semua. Ala yang cam kat umah orang kaya2 tuh..dalam cite omputih pun banyak,kat cite barbie pun ada(kantoi da tue2 pun tengok barbie lagi).


Bile tengok orang bergaya,pakai baju cantik2 aku pun nak. Tapi bile tengok orang skrg kebanyakan sume beli online jeww. Lepastu mahal(bagi aku harga tu mahal ye). Bukanlah aku ni xmampu langsung, bole je nak beli. Tapi sebelum beli aku pikir balik, betul ke aku perlukan sangat benda tu? Lagi2 aku sekarang akan pikir pasal makan dulu sebelum benda lain. Makan tuh penting ye bagi aku. Lagipun aku ni jenis yang nak rase dulu material tu camne, try dlu oke ke x baru beli. So, aku memang xpernah beli brg2 online lg.





Sekarangkan ramai orang pakai shawl cmni. Aku pun sibuk la nak nak pkai jugak. Kalo da dok KL ni da tentu la sume orang tau kat mne dress, baju2 n shawl yang murah2 nak cari. Yeppp...memang sume barang yang aku beli mesti ada diskaun, murah n cantik. Aku xbape kesah sangat pasal brand asalkan berkualiti,sedap pakai dan cantik. Selalunya kalo aku beli barang xde la aku nak beli yang lengkap terus dari baju,seluar,shawl,kasut sume nak beli skali. Gile apeeee...itu bukan Nina. Setiap barang yang aku beli aku akan pikir dulu. Contohnye baju ni sesuai pakai ngn seluar or skirt yang mne.


Selalunye aku ske shopping kat Times Square,Masjid Jamek n SOGO. Ni la tempat2  yang selalu aku pergi kalo nak cari barang. Sumenye murahan jeww...hohoho... Shawl tu pun aku dapat dari masjid jamek.. Harganye bawah dari rm50 ye kawan2. Mesti ramai da tau kan kat sane mcm2 jenis shawl ada.





Cerita lain pulak..haaaa.. Tempting x tengok kek ni?? Macam kek secret recipe kan? Bukan..ini kek yang kakak saya buat..Kalo berminat bole la usha kat sini Sweet Luscious Delights. Harga pun xmahal sangat. Ada jugak kek hantaran. Korang bole mintak camne deco yang korang nak. Xde masalah,bole bincang.hewhewhew.

Ini pulak choc mud cake
Ini bukan chocolate atau gula2..ini ialah tart bentuk buah.
Comel kan?
Homemade chocolate yang sangat sedap.
Last picture. New York Cheese Cake.
Ni jela..malas aku nak letak gambau banyak2. Kalo ada yang berminat bole la usha. Facebook pun ada jugak..klik sini.


Sampai sini jela ye kawan. Jom kite berjimat ye. Berbelanje mengikut keperluan bukan mengikut nafsu.


Wassalam.

Motifff

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 09:33 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt...


Mentang2lah baru wat belog. Setiap ari aku nak update,semangat la konon. Dulu sebelum wat belog ni aku da pikir betol2..aku harap aku wat belog ni boleh la share benda2 yang bermanfaat. Xnak la kalo marah kat someone,bengang kat orang ni,xpuas ati kat orang tu..pasal tu pun aku nak update belog. Memang nampak sangat aku yang tidak matang tuh. Memang...age doesn't define maturity.


Yepp,aku mengaku memang sebelum ni bile aku marah je(aku mmg susah nk control marah), xpuas ati kt orang, aku terus up status kat facebook ckp la yang aku xpuas ati kat orang tuh dengan harapan bile orang tuh bace dia akan terase :(


Tapi itu dulu. Sekarang da matang(konon la). Tahun 2012 ni da banyak wat aku berpikir ape itu hidup,dugaan,kehilangan sesuatu yang kite sayang,erti sahabat(sape je yang ada mase kite susah).


"Benda yang kite suka/sayang,sampai masenye akan diambil kembali. Jadi jangan meletakkan sayang tu melebihi sayang dan cintakan Allah. Barulah kite akan redha dan sabar atas kehilangannye."


Mungkin mase tu aku ni terlupa seketika yang setiap benda yang kite miliki ni hanya pinjaman je. Bile2  mase akan diambil kembali.


Lastly, kite sume kene tahu..Allah tahu ape yang kite perlu,bukan ape yang kite mahu.



Wif ma lovely sister.
Gud nite uolss.

P/S: Ada teka-teki dari anak buah aku(afiq). Why would a witches fly with a broom? Sape tau? Kalo betol xd hadiah ponggg...heee



Friday 23 November 2012

Mata Duitan

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:49 2 Suka Ku Bercerita

Assalamualaikum Wbt…

Bile cakap pasal mata duitan ni mesti orang kaitkan dengan perempuan kan?? Definisi orang ramai tentang mata duitan ni ialah perempuan yang nak dekat lelaki kaya je. Xd rupa xpe yang penting poket tebal. Sampai ad movie kowt psl ni..pisau cukur. Oke..aku bukan la nak ckp pasal cite tuh.


Aku cume pelik salah ke kalo seorang perempuan  tu memilih sikit nak cari pasangan. Cube bayangkan perempuan ni ad keje yang bagus mcm doktor,engineer or accountant ke. Dia kenal ngan sorang lelaki ni,lelaki ni plak keje bese2 je yang gaji below 1500. Bile da kawin nnt cmne lelaki tu nk tanggung isteri dan anak2 dia nanti? Memang duit bukan segala2nye tapi banyak benda zaman skrg yang memerlukan duit. Bukan ke da mmg jd tanggungjawab lelaki bagi nafkah kat keluarga dia dan lengkapkan semua keperluan?


Iklan japp.
Say cheese..! Comel kan kamera tuh(bkn kamera mainan tau).
Yang perempuan plak jgn la nak 100% harapkan lelaki je. Ala..zmn sekarang ni ramai perempuan yang da bole cari duit sendiri,jd sepatutnye isu mata duitan ni xd kan. Lelaki pun skrg ramai je yang memilih..nak yang cantik,pandai dan berkerjaya. Kalo lelaki pun bole memilih,kenape bile perempuan memilih mcm2 isu yg timbul? Yang aku ni tiba2 g wat cite pasal mata duitan pehal lak kan. Ntah la...cume nk meluahkan ape yang aku rase je. 


Oke lahhh..nak ckp pasal ni je pun. Nak g sambung menjahit balik. Malas nk taip panjang2(da xd idea sebenarnye).


Wassalam.



Wednesday 21 November 2012

Apa itu ACCA?

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:36 32 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum wbt..


Apa itu ACCA? Dulu mse 1st aku dgr aku pun xtau ape benda tuh. Sejak amik diploma bru la tau. Now,aku wat ACCA plk. Ble org tnye je aku amik course ape skrg,aku ckp la ACCA. Lepas tu mesti pelik,xpernah dengar pun. Yela..org cume tau lepas amik diploma sambung degree plk and so on.


ACCA stands for the Association of Chartered Certified Accountants. Xrmai org tau pasal ACCA ni mungkin sebab ni certificate je kowt. Jgn igt ni certificate biase je. Banyak benefits yg kte dpt kalo berjaya abiskan ACCA ni. Ramai orang xberani nak amik ACCA ni sebab susah. Ye,memang aku xnafikan ACCA ni mmg susah tapi kdg2 kte kne challenge diri kte jugak.




Aku up entry psl ACCA ni bkn la sbb aku nak ajak orang beramai2 amik ACCA ni. Mungkin just sebagai rujukan kalo ad yang teringin nak wat ACCA tapi xberani sebab da ramai orang amik setengah jalan lepas tu berhenti. Memang ramai je student yang banyak kali amik exam xlepas2. Kadang2 sampai 2,3kali amik pun xlepas. Sesiapa yang wat ACCA ni bkn setakat kene study smart lg tapi study HARD. Macam aku sekarang baru je amik paper F1,F2 & F3. Paper yang basic ni pun aku rse da susah gile. Paper F ad 9 paper,means smpai F9 la kan. Biasenye kalo dlm kelas, lecturer bagi latihan mmg sume bole wat tapi time exam jadi lain plk. ACCA ni certificate dr UK. So,soalan exam semua dari sane la. Exam sume orang sane yang check. 


Nasihat aku kepada sesape yang nak wat ACCA ni kene rajin,kerja kuat,wat soalan past years,pergi tuition kalo boleh dan duit yang plg penting. Setiap paper yang kte akan amik ni kene byr dulu. Harga setiap paper berbeza2 dan akan naik setiap thn. Student jugak perlu tau yang setiap paper dibayar dalam pound okeh. Memang byk duit yang kte perlukan tapi worth it ble kte da dpt ACCA nnt. Trust me. Bkn senang nak senang kan. Jangan risau la..money is not da problem. sekarang byk pinjaman dan biasiswa yang ad untuk students.



Setakat ni jelah untuk ari ni. Hope ada la sikit info untuk yang xtau ape itu ACCA atau yang baru nak wat ACCA. Aku nk share lebih2 pun baru je amik kowt. Paper F pun xlepas lg. Doakan saya ye kawan2 semoga dpt abiskan ACCA dlm mse 4tahun.

Sekian, wassalam.



Newbie~~

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:25 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum..


Hey there! I'm a newbie here.. Well,kalo someone da start wat something..there must be a reason kan. Sebab2 aku wat blog ialah saje nak bercerita tentang kisah hidup aku walaupun tidak la interesting sangat. Setiap orang ada kisah hidupnya yang tersendiri yang mungkin nak share atau just nak abadikan kenangan tu kat blog masing2(skrg pun mmg ramai wat blog camtu kn,so xyah la aku nk cite pjg2 kt sini).

Okay,ni sedikit information tentang diri aku(kalo ad yang berminat nk tau la):

Siti Zuliana Binti Ab. Razak
22 Tahun
Currently studying at Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur wat ACCA.


Aku sebenarnye orang melaka tapi since 2008 aku da start stay KL. Lepas je abis SPM aku terus datang KL sebab nak cari keje. Tapi ini cerita aku  xmacam dlm drama or movie yang semangat g KL sorg2,lpas tu culture shock,jumpa org ntah pape,then sad ending sbb kene tipu la and whatsoever. Actually, ayah aku mmg dari muda stay KL. Dia da lame berniaga kat sini,mase lepas kawin dulu dia ad ajak mak aku dok KL tapi mak aku xnk. So, kami(mak,akak,abang2,aku n adik)stay kat melaka and ayah kt KL cari rezeki tapi dia akan blk Melaka setiap bulan. Mase aku dtg KL tu aku xtinggal ngn ayah aku sbb aku ddk kt umah kakak aku je. Semenjak dok ngn akak aku la aku belajar hidup berdikari,igt lg ape yg dia ckp 'umur da 18 ni kene belajar sendiri jangan nak harapkan orang je.' Then, aku pun dpt keje jd kerani kt Ambank Jalan Yap Kwan Seng. Dari situ la drpd aku xtau pape kt KL terus aku tau. Mula2 g keje ayah aku yang hantarkan. Ntah camane satu ari tu aku terpakse g and balik keje sendiri. Padan muka aku kan. Luckily, ad sorg kwn aku kt Ambank dia yang tlg ajar camane nk naik tren,naik bus kat KL ni. Thanks Sanjiv!


Iklan sebentar. Inilah saye 2thn lepas.
hii..sy bdk baru belajar. pls be nice to me.

Yepp...I'm just an ordinary girl yang ske berangan2 and bermimpi. Aku bkn la anak VIP or VVIP. Anak orang kampung biasa je. Xyah nk malu la kan mengaku orang kampung. Bagi aku kat dunia ni ramai orang yang da berjaya yang ske bermimpi. Contohnye, dolu2 tu ad orang bermimpi nak terbang mcm burung tu bole g jauh2 kan. Nah kauuu..dia cipta kapal terbang. Bkn dia je bole terbang, kte sume boleh kan. Betapa hebat dan indahnye mimpi tu lebih2 lg ble da jd kenyataan. Mungkin orang lain rase mimpi kte tu sangatlah x logik tapi kte boleh buktikan kt orang tu. Jangan takut orang ketawakn kte or jgn takut gagal sbb dr situ la kte akan belajar untuk buat lebih baik dan menjadi lebih baik. Cehh,care aku ckp mcm pakar motivasi yang da berjaya jd jutawan lak. Ni sebenarnye peringatan untuk diri aku sendiri jgk dlm mengejar mimpi itu. Okeylahhh..da penat menaip ni. Nanti sambung lagi.


Inilah family saya. Mak,ayah,akak,abang and adik(xckup lg sorg abang). Gambar raya thn lepas.


Setakat ni jelah untuk permulaan ye. Wassalam.

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape