Monday, 3 December 2012

Bukit Tinggi: Horse Riding

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 07:03
Assalamualaikum Wbt...


Mungkin ramai yang da pergi tempat ni. Aku ni je baru pergi. Itu pun sekejap je,balik hari. Pengalaman yang aku dpt tu sangat awesome.

Berbalik pada tajuk,aku ni mmg suke berangan dari dulu lg nak belajar menunggang kuda. Bukan tu aje,sukan2 kegemaran Rasulullah s.a.w mcm berenang, memanah dan berkuda. Berenang mmg aku langsung xreti la. Aku pernah naik banana boat skali je. Lepas tu aku rase da xnk naik lg sebab takut habaq hangg! Da la xreti berenang, orang tu pergi jatuhkan kteorg betol2 kat tgh laut. Ehh aku ni nak cite pasal horse riding ke pasal banana boat.



Bile tau kat sini ada horse trails aku terus ajak akak aku pergi kat tempat ni. Walaupun agak mahal ckit aku xkesah la. Bukan selalu pun g kan. 10 minit RM25. Oke la tu. Ni pun kebetulan je aku ikut akak aku bwk anak2 dia jalan2. Kat sini pun ada lessons untuk horse riding jgk. Aku xigt harga bape tapi ada la dlm 400++. In future kalo aku nak belajar mungkin tempat ni la yang aku akan pergi.  


Mase tengok kuda2 kat situ ada rase takut jgk la aku tgk kuda besar2  sangat. Da mcm2 aku pk mase tu. Camne time aku naik nnt tiba2 kuda tu lari laju2. Lepastu confirm aku tercampak. Mula2 naik mmg cuak der. Dia bwk aku kat jalan raya lak tu kat tmpt mmg kete lalu. Kowt tiba2 kete tu pi tekan hon. Kuda tu terkejut,aku yang jd mangsa nnt.



Kuda yang aku naik ni namenye bonita.



Mase berhenti nak amik gambar ni kuda ni mcm da nak marah je. Cepat2 snap lepastu jalan.


Kat sini ada jugak Japanese Garden. Kalo nak masuk utk minum tea kne bayar rm28++ xsilap aku. Ada jugak kimono rental. Kalo rase2 nak berangan2 jadi orang jepun bole la try. Aku x g pun. Penat sbb kene jln kaki je da mcm hiking aku rase.



Banyak tempat lagi yang aku x g cam adventure park. Kat situ ada wall climbing,flying fox. Ohh ye..mase nak masuk kat bukit tinggi ni. Ape name tempat ni Colmar Tropicale if im not mistaken, kne bayar RM12  utk dewasa. Kanak2 aku xingat pulak.


First time jumpa nih. Excited ckit.




Setakat ni jelah ye untuk entry kali ni.

Wassalam.



   

2 Suka Ku Bercerita:

Kupukupu on 3 December 2012 at 07:18 said...

wahhh ! bestnye dapatt tunggang kude :)

NinaSzar on 3 December 2012 at 07:29 said...

Memang best.hehe.

Post a Comment

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape