Assalamualaikum Wbt & Hi!
Entry ni
adalah untuk orang perempuan yang nak dapatkan idea #ootd korang setiap hari.
Aku sebagai perempuan tau, kite ni kalau tengok perempuan lain pakai cantik je
mesti kite nak tau dia beli kat mana baju tu, beli kat mana lipstick tu. Kalau
macam aku ni aku tak bape kesah sangat pasal pelakon-pelakon lelaki hot
sekarang ni dan memang aku tak follow pon sebabnye aku lebih berminat nak
follow instafamous perempuan. Aku suka tengok style diorang, makeup, outfit and
semua la yang berkaitan ngan perempuan. Bukanlah bermaksud aku ni suka kat
perempuan. Perempuan lain mesti faham maksud aku ni. Kadang-kadang tengok ig
kawan sendiri pon, bile nampak dia pakai cecantik, makeup cecantik, terus kite
komen “Cantiknya!!! Handbag tu beli kat mana?” “Baju tu cantik la. Beli kat
mana tu?” Tak pon mesti terus pm tepi lelaju. Biasalah dah fitrah perempuan
yang sukakan cantik-cantik dan memang teringin nak nampak cantik sentiasa.
Sekarang ni
tak perlu beli barang mahal sampai ribu-ribu pon untuk nampak cantik. Dengan
baju harga 30inggit, seluar 40inggit, handbag 60inggit dan shawl 10 inggit pon
ko dah boleh nampak cantik. Asalkan pandai mix and match. Tapi kalau barang
makeup ahkak suggest korang gunalah barang ori ye. Kalau tak mampu
beli kat Sephora, beli kat watsons/guardian
pon dah cukup.
Okaylah, daripada
membebel panjang lebih baik aku senaraikan terus 10 orang hijabista instafamous
yang korang patut follow. Ni berdasarkan siapa yang lebih menarik minat aku lah
ye. Kalau ikutkan ramai je instafamous seluruh dunia ni.
@indahnadapuspita
Indah Nada
Puspita berasal dari Indonesia. Aku suka tengok style dia ni. Bagi aku dia ni
memang pandai dress up mengikut majlis dan tempat yang dia pergi tu, bukan ikut
apa yang dia suka je. Mana-mana je dia pergi dan baju yang dia pakai semua
sesuai je. Dan bagi aku dia ni memang stylo la.
@rnadiasabrina
Raja Nadia
Sabrina berasal dari Malaysia. Aku suka style dia sebab ape je yang dia pakai
memang nampak sopan je.
@withloveleena
Dia ni
fashion dan lifestyle blogger.
@shearasol
Shea Rasol
ni orang Malaysia jugak. Sebelum ni dia pernah jadi pengacara rancangan SIS kat
TV9 tu. Shea ni dari sebelum aku ada ig lagi aku dah tau pasal dia sebab dia
pon salah sorang blogger yang agak famous jugak. Dan aku rasa memang semua
orang tau dia ni kirenye fashion icon la untuk hijabi macam aku ni.
@lifelongpercussion
Dia ni aku
suka bukan sebab #ootd je tapi dia ada jugak buat makeup tutorial.
@vivyyusof
Ni aku rasa
semua orang kenal. Memang stylo dia ni. Kadang tengok dia pakai simple je tapi cantik.
Bile aku pulak try pakai simple camtu asal aku rasa macam selekeh je aku. Haha.
Memang betol la orang cakap kalo orang dah cantik, pakai ape pon cantik.
@sincerelymaryam
@dianpelangi
Yang ni pon
ramai orang kenal jugak rasanye. Dia berasal dari Indonesia.
@farahanimrazak
Dia ni
pengacara TV Alhijrah dan jugak model muslimah berasal dari Pahang. Suka tengok
dia sebab ape yang dia pakai memang nampak sopan je.
@hijabinstylemiami
Yang ni aku
suka sebab style dia nampak elegant je.
Ini jelah
setakat ni yang aku suka tengok style diorang sume. Masing-masing ada style
tersendiri. Apa yang aku senaraikan ni
pon mengikut siapa yang lebih menarik minat aku lah macam yang aku cakap tadi
dan jugak mengikut citarasa aku.
Till then we meet again.
0 Suka Ku Bercerita:
Post a Comment