Assalamualaikum
Wbt & Hi!
Entry kali
ni takde ape yang menarik aku nak kongsikan. Cuma nak membebel sikit cabaran
menjadi makeup artist. Ye, nak buat ape pon mesti ada cabaran. Lebih-lebih lagi
kita ni jual servis. Memang mencabar sebab orang tak nampak kita punya modal.
Contohnya makeup artist cam aku ni ler. Bila cakap yang kite ni guna high end
product, barang da tentulah mahal, malah ada barang memang takde kat Malaysia.
Gigih lagi tu kirim kat kawan yang study kat oversea sana. Nanti mesti ada yang
jawab alahhh benda tu bukan sekali guna terus abis. Memang la bukan sekali guna
terus abis tapi ada ke terfikir berapa ribu kiteorang abis untuk kumpul barang
makeup sume untuk dapatkan hasil yang terbaik? Itu belom masuk kos g belajar
makeup lagi. Selain barang makeup yang bagus, skill jugak penting. Kalau skill
takde, guna barang mahal pon tak menjadi
jugak makeup tu.
Ye, aku
faham dengan ekonomi sekarang ni kalau boleh semua orang nak murah. Lagi-lagi
kalau client kite tu bakal pengantin. Sume benda kalau boleh nak cut selagi
boleh cut cost tu. Sebagai client, kita juga kena la sedar bajet dan hasil yang
akan kita dapat tu setimpal dengan
apa yang kita bayar. Setakat hari ni servis makeup aku memang
tersangat murah berbanding rate terkini. Barang yang aku guna pon memang high
end product and ada jugak drugstore(Watson&Guardian). Dan aku memang akan
cuba sebaik mungkin untuk client aku. Akan cuba mencantikkan dia selagi boleh
tapi bukan merubah wajah asal dia. Selalunya kita memang takkan tahu pon bakal
client kita tu muka dia camne. Masa hari kejadian baru kita tahu muka client
kita tu. Time tu jugak nak study
muka dia. Ye, sebagai makeup artist memang kene study muka client. Kulit muka
dia jenis berminyak ke kering ke atau normal ke, kelopak mata dia kecik atau
besar. Tu belom lagi client yang request nak makeup smokey eye, yang ada
glitter bagai, ada yang tunjuk gambar
artis lagi. Sekali dia tunjuk nak makeup macam Hanis Zalikha. Okay then, kita
pon buat la as per requested by customer. Tapi tapi tapi…..tak dapat
serupa macam dalam gambar yang dia nak
tu. Sebagai makeup artist kita patut bagitau awal la, yang tak semestinya
makeup sama awak akan nampak sama macam dalam gambar yang awak tunjuk tu. Apa
yang membuatkan tak sama? Tengok la bentuk mata kita pon dah tentu tak sama,
bentuk muka pon tak sama,hidung pon tak sama. So, jangan terlalu high
expectation nanti anda kecewa.
Ada pulak
yang nak natural je. Ini selalunya request dari pengantin atau client itu
sendiri. Then bile da buat yang natural, means mata tak over sangat, lipstick
warna pink yang sweet je atau nude colour. Nanti ada pulak yang komen(bukan
client yang komen). Eh lipstick ni nampak pucat sangat ni. Eh kenapa nampak
biasa je, terang la sikit eyeshadow tu. Eh itu eh ini. Ada je yang tak kene.
Natural sangatttt la. Dan yang paling penting kalau makeup artist tu perempuan
(selalunya terjadi kalau kita makeup pengantin), bila dia cakap dia memang tak
touch up pengantin lelaki tolonglah hormat.
Bukan sebab kami ni kedekut, tapi nak menjaga batas antara lelaki dan
perempuan. Kalau nak guna barang kami, boleh tapi sama ada pengantin perempuan
sendiri yang touch up pengantin lelaki atau seseorang yang muhrim kepada
pengantin lelaki itu.
Last sekali
kalau servis tu berharga RM100 jangan la expect hasilnya akan jadi seperti
servis RM1000. Selalunya makeup artist memang akan cuba yang terbaik untuk buat
client nampak cantik. Serius, mental memang kena kuat kalau nak jadi makeup
artist. Lebih-lebih lagi bila dengar ada je komen-komen yang tak bape sedap nak
di dengar dan akan buat kita down. Sabar yang penting. Sabarrrrr
Till then
we meet again.
0 Suka Ku Bercerita:
Post a Comment