Assalamualaikum
Wbt & Hi!
Entry ni
bukanlah aku nak share skin care routine aku atau pon nak share product ape
yang aku guna. Blom lagi nak share semua tu sebab aku rasa cam tak layak lagi
je. Haha. Kalau muka aku ni flawless tak pelah jugak.
Cuma nak
cerita masa sekolah menengah dulu muka aku agak teruk jugak naik jerawat. Teruk
yang bukan sikit-sikit tapi teruk gile ni. Memang naik jerawat batu semua.
Paling teruk sampai ada budak lelaki ejek aku. Sebenarnye lebih kepada menghina
aku. Memang down gile masa tu sebab dah macam-macam cara aku cuba masa tu tapi
budak sekolah dulu apelah yang aku tau sangat pasal kecantikan ni. Lainlah
budak-budak sekarang semua dah advance. Hehe.
Sekarang ni
aku tengok bila ada produk kecantikan keluar
je, lagi-lagi yang boleh putihkan kulit mesti semua berebut nak beli.
Aku dulu pon camtu jugak tapi tak de la sampai aku berani beli barang sesuka
hati tanpa membaca review dulu. Lagipun kulit aku dah pernah jadi teruk sangat,
takkan nak biarkan benda tu berulang lagi. Actually, aku dah pernah terkena
balik dalam dua tahun lepas sebab saje gatal nak tukar skincare product konon,
sekali lepas pakai terus naik jerawat esoknye. Muka aku ni kalau dah tak sesuai
dengan product tu, memang cepat je boleh tau. Lepas tu memang kena stop terus
la. Tapi yang jadi balik ni aku cepat sedar dan cepat-cepat cari usaha camne
nak hilangkan jerawat tu sebab masa tu memang terus sebelah muka aku naik
jerawat. Sampai bile tengok cermin tu geram je aku perhatikan jerawat tu.
Lepas tu
barulah aku tau kalau nak muka flawless, first sekali kena rajin la. Dan tak
boleh just ada pencuci muka & moisturizer je. Jom la tengok step by step
penjagaan kulit muka ni.
Makeup Remover
Aku tau
sebagai perempuan mesti kita akan pakai jugak makeup tak kira sikit atau
banyak. Paling sikit pon mesti korang akan pakai bedak compact dan eyeliner
kan. Tu pon kire makeup jugak. Dah kata perempuan. First sekali mesti cuci muka
dengan makeup remover supaya boleh tanggalkan ape yang patut.
Pencuci Muka
Lepas tu
kena la cuci muka dengan pencuci muka yang korang guna tu. Pencuci muka ni
memang penting supaya dia boleh buang kotoran yang melekat kat muka korang tu.
Lagi bagus aku suggest gunakan cleansing brush macam Olay Regenerist Brush,
Clarisonic atau Foreo. Ikut kemampuan masing-masinglah kan. Macam aku ni Olay
jelah yang aku mampu beli. Bukan apa, kalau cuci muka ngan tangan je bukan
boleh hilang sangat kotoran yang melekat kat muka tu. Lagi-lagi habuk yang kita
tak boleh nampak dengan mata kasar. Cewahhh.
Toner
Toner ni
sangat penting ye sebab masa korang cuci muka tadi pores korang dah terbuka.
Sebab tu kena guna toner untuk tutup balik pores tu.
Serum
Serum ni
bagi aku optional je tapi untuk kita-kita yang nakkan kulit flawless memang
kena pakailah. Kalau nak harapkan moisturizer je, susahlah kan. Kulit kita ni
memerlukan makanan lain jugak selain moisturizer supaya kesannya lebih cepat
dan effective.
Moisturizer
Lebih bagus
kalau kita gunakan krim siang dan krim malam. Ada je orang yang gunakan krim
siang dan malam diorang sama je tapi terpulanglah pada diri sendiri. Kita
sendiri tau apa yang kita nak.
Sunblock
Sunblock ni
sangat penting waktu siang. Lagi-lagi kalau kita pakai moisturizer yang takde
SPF. Aku memang pakai masa siang, walaupon moisturizer dah ada SPF sebabnya SPF
yang ada dalam moisturizer tu berapa sangatlah kan.
Srub/Mask
Yang ni
kita tak perlu buat setiap hari. Cukup 3 atau 4 kali seminggu pon dah okay.
Tapi memang kena buat kalau nak muka flawless. Kita ni perempuan, miss J tu
memang akan sentiasa singgah setiap bulan. Scrub/mask ni la yang akan membantu
kita untuk mengecutkan Miss J tu.
Bagi aku
kalau nak cantik memang kena rajin. Dah banyak kali kita dengar ayat ni kan.
Tapi memang betol pon. Lainlah orang yang ada duit berlebih tu dan mampu nak
pergi spa setiap bulan. Macam aku ni
terus terang jelah aku cakap memang tak mampu tapi teringin jugak nak cantik
macam Nora Danish tu. Ehhh hehehe. Lagi
mudah aku suggest korang g tengok you
tube, skincare routine. Product yang diorang guna lebih dari apa yang aku
bagitau tadi. Maksud aku bukan setakat pencuci mukaàtoneràserumàmoisturizeràsunblock je. Lebih lagi dari tu.
Siang lain, malam lain pulak. Dan tak
semestinya kite kena beli satu set product tu jenama yang sama . Mungkin
pencuci muka jenama ni sesuai ngan kulit kita tapi dia punya toner tak sesuai
ngan kita. Tak perlulah nak beli satu set terus. Macam aku ni aku beli ikut apa
yang sesuai ngan muka aku.
Dan ingat
ye, mungkin aku pakai product jenama X ni memang sesuai sangat ngan muka aku
tapi ngan kulit orang lain tak semestinya sesuai jugak.
Ni aku
share ape yang famous you tuber cakap pasal skincare routine diorang. Aku amik
part yang penting jelah ye. Ni aku share link skali, tengoklah skincare routine
diorang camne. Sume orang pernah ada masalah kulit muka. Cuma cara kita tu je
yang membuatkan lambat atau cepat untuk recover.
“This is my genuine skincare routine. After a
long time of trial and error I have found these are the products that work best
for me. Please take your time and invest in your skin and figure out what works
for YOU. This is my skincare routine and it won’t work for you like it does for
me. Find your options and figure out what your skin needs” – Jaclyn Hill
Antara skin
care tips yang aku tau dan boleh share dengan korang ialah:
- Jangan sesekali tidur tanpa mencuci
makeup yang korang dah pakai seharian.
Selalulah cuci cadar dan sarung
bantal korang ye. Dan selimut jugak.
J - Jangan sentuh muka dengan tangan
yang tak bersih. Kite ni kadang-kadang bile tengah duduk-duduk bosan, tangan tu
mulalah gatal nak sentuh muka picit jerawat bagai.
- Make sure korang tau jenis kulit
korang ni jenis ape. Contoh, berminyak ke kering ke. Supaya korang tau nak beli
product yang mana.
- Selalu cuci berus makeup. Yang ni
memang selalu kena cuci untuk menjaga kebersihan berus tu.
Itu jelah
yang aku boleh share. Ni semua berdasarkan apa yang aku baca dan buat. Aku pon
pernah jugak ada masalah kulit yang teruk. Bila dah okay ni, kita still cuba
cari lagi usaha cmne nak flawless pulak. Tapi semua ni ikut kemampuan kita
jugaklah. Macam aku setakat ni hanya mampu pakai skincare product dari
watsons/guardian je. Barang-barang kat situ pon okay je. Boleh jugak buat kulit
jadi flawless. Nak lagi jimat buat DIY je tapi untuk aku yang tinggal umah sewa
sendiri ni takde la jimat pon nak buat DIY sebab kena beli sendiri jugak
bahan-bahannyee. So, kesimpulannye semua ni ikut kemampuan dan kerajinan kita.
Tips aku beli la barang sikit-sikit, tak perlu nak beli satu set terus. Contoh
bulan ni beli pencuci muka, toner dan moisturizer. Bulan depan beli serum
pulak. Lainlah nak beli yang set trial tu takpe. Sorilah memang takde gambar
ahkak yang masa naik jerawat teruk tu. Dah lama dah. Masa sekolah lagi dan masa
tu memang tak berminat pon nak amik gambar. Huhu.
0 Suka Ku Bercerita:
Post a Comment