Assalamualaikum
Wbt & Hi!
Aku suka
pakai heels sebab bole buat aku nampak tinggi ala-ala model. Krikk krikkk. Tapi
seriously aku lebih yakin pakai heels daripada pakai wedges. Aku takde masalah
nak pakai heels or wedges ni tapi yang buat aku ada masalah ialah bile pakai
kasut baru. Tak kira la flat shoe sekalipon aku akan ada masalah jugak. Memula
pakai okay, lama-lama dia akan buat kaki aku luka. Camne nak buat tu ea?? Dan
bile kaki aku dah luka, cara jalan aku pon jadi ntah pape la. Satu cara yang
aku perasan ialah aku memang kene tahan je ngan kasut tu walau sakit camne pon,
next time aku pakai baru akan okay dan tak sakit.
Kali ni aku
nak share camna nak jalan ngan kasut tumit tinggi. Untuk beginner yang baru nak
belajar guna kasut tumit tinggi ni anda di galakkan pakai heels yang tinggi
lebih kurang dua inci dulu. Then, upgrade ke wedges yang tinggi lebih kurang
3-4 inci. Wedges pon ada banyak jenis kan?? Memula pakai la wedges yang korang
confident nak pakai dulu tu which is tapak agak lebar sikit. Bile da confident
korang bole try pakai wedges yang tapaknya agak kecik sikit ( perempuan mesti
tau ape yang aku maksudkan ni kannnn?)
Bile dah
confident jalan ngan wedges tadi tu, kite beralih kepada master to all high
heels which is pump shoe. Kalau tak berani nak pakai yang tinggi sangat, kite
bole start dengan 3 inci dulu. Ada
caranya nak jalan ngan kasut tumit tinggi ni. Kalau cara jalan tu salah, akan
nampak macam korang takut dan tak confident sangat nak jalan ngan kasut yang korang pakai tu.
Caranya
ialah tegakkan badan..cewahhh. Ye, memang penting tegakkan badan tu, ada yang
pakai heels jalan sambil bongkokkan badan. It’s not nice okay. Then, melangkah
dengan step heels-to-toe. Ingat tu heels-to-toe. Iaitu setiap kali melangkah,
yang akan pijak tanah dulu ialah heels yang halus tu. Dapat bayangkan tak?
Kalau tak dapat bayangkan, meh la aku bagi link you tube. Korang tengok jelah
kat sini ye.
Yang
penting kalau nak pakai heels ni ialah practice, practice dan practice! Good
luck korang. Kalau aku, suka pakai time kat ofis je pon sebab kalau kat kuar
aku suka berjalan laju. Kalau pakai heels camne nak jalan laju??? Tak ayu la
pakai heels tapi jalan bukan main laju lagi. Aku memang ada masalah berjalan
laju dan ramai jugak yang tegur tu tapi aku memang da tak bole nak control lagi
nak buat camne kann. Lagi satu aku memang tak suka pakai heels time nak
shopping. Kadang-kadang salute gak ah kat orang yang boleh pakai heels dari
pagi sampai malam tu. Pastu ada yang boleh pakai heels time g shopping dia boleh
tahan pusing satu Pavillion tu. Kalau g naik kete bolehlah tapi kalau cam aku
ni nak g tempat-tempat camtu memang akan naik public transport, memang taklah
nak pakai heels ye dakkk.
Till then we meet again!
1 Suka Ku Bercerita:
very good , saya suka artikelnya sangat bermanfaat.
check juga artikel lainnya :
pabrik tas murah
Pabrik tas wanita
pabrik tas wanita murah
Post a Comment