Monday, 22 April 2013

Ada sesiapa boleh tolong saya?

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:30 1 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Baru pasan yang aku da sebulan tak update belog. Sigh. Busy sangat nampaknye sampai da sebulan tak update belog. Ni pun aku update kat kolej je untuk mengisi mase yang terluang ni. Jap g da masuk kelas. Da nak exam ni makin banyak kelas sedangkan amik dua subjek je tu. Semalam je kelas performance management dari jam 12 tengah hari sampai 6 petang. Memang balik umah terus pengsan. Ape benda la yang aku membebel ni.


Aku sebenarnye memerlukan bantuan sesiapa yang sudi nak tolong aku. Aku ada plan nak wat online shop. Yela aku ada terpikir gak daripada aku just sibuk gebang kat orang yang aku pandai menjahit tapi cam tak dak hasil, baik aku mulakan langkah pertama. So,firstly i need a name. Nama apa aku nak letak kat online shop tu nanti? Aku da puas pikir tapi tak jumpa-jumpa jugak. Aku tak nak la letak nama-nama typical contoh macam asalkan jual baju je kat hujung tu letak boutique, gallery la. Klise. Banyak songeh pulak kau ni kan. Aku nak name yang simple dan senang je orang nak ingat. Ada sesiapa boleh tolong saya tak?

Kat online shop tu nanti aku just amik custom made sahaja.Buat mase ni aku tak akan wat baju ready made sebab aku lebih suka ukur baju kat badan sendiri. Ukur kat badan sendiri,baju siap then kau sorang je ada baju camtu. Lagi puas hati aku rase. So far, aku da berani amik tempahan yang aku sendiri tak terpikir aku bole wat. Dan aku jugak da berani amik tempahan untuk jahit lace dan manik. Nanti aku upload picture oke. Lately ni aku memang malas nak upload picture. Sori,aku ni memang menbosankan. Dah la ayat macam syok sendiri je. malu ahh


Aku wat entry ni bajet macam ada orang nak tolong aku je kan. Tak pe la aku just mencuba nasib kowt-kowt ada yang nak tolong bagi idea. Hehe. Kalo ada idea tu sudi-sudi la kongsi ngan saya ye.

Thanks kepada sesiapa yang sudi bace!

Monday, 25 March 2013

Ape Yang Anda Perlu Tahu Tentang ACCA

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 05:03 9 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Entry kali ni bukan nak bagi tips camne nak jawab soalan ACCA ke ape. Aku just nak share sikit pasal ACCA yang aku rase orang yang nak amik ACCA ni perlu tahu. Basically, kalo nak amik ACCA korang mesti ada diploma atau CAT atau lepasan matrik ke. Kalo ada degree lagi bagus. Kalo ada diploma dan degree korang akan dapat exemption untuk beberapa paper. Macam best je dengar kan? (Padehal baru je kuiz rase cam nak nanges je mase jawab.)



First aku nak bagitau dulu paper ape yang korang akan amik mase wat ACCA ni. Xsame cam diploma atau degree tau yang setiap sem ada lebih kurang 5-6 subjek tu. ACCA camni,ada paper F1,F2,F3,F4,F5,F6,F7,F8,F9. Lepas tu professional paper lak. Sume skali ada 14 paper. Kalo aku amik 2 paper je 1 sem. Tu pun da susah oke. Sape cakap akaun senang? Ce amik ACCA nak tengok bole tak lulus sume dapat markah 80 ke atas tanpa gagal? Bukan la maksud aku  tak bole lulus. Tapi aku tak puas ati kalo ada orang cakap camni..

"ouh budak akaun ehh? Senang je kan. Just nak balance kan je balance sheet and whatsoever tu kan?"

Asal balance je akaun. Asal akaun je balance. Tak de benda lain ke? Sebenarnye lebih dari tu lagi. Sampai ada yang cakap ACCA ni kalo orang tu fail da jadi perkara bese. Lepas tu setiap kali result kuar orang akan tanye dulu lulus ke tak? Second yang korang perlu tahu ialah setiap paper yang korang amik ni mestilah kene lulus kan. Kalo tak lulus camne nak dapat ACCA ye idak? Kalo tak lulus kene la amik exam lagi sampai lulus. Setiap paper exam korang kene bayar dulu kat ACCA dalam pound tau. Ni kene bayar sendiri la guna kad kredit atau cara lain. Setiap paper pulak harga lain-lain. Kate la korang tengah amik F3 then kali kedua amik baru lulus. Dua kali la korang kene bayar duit exam tu. 


Aku bagitau ni bukan nak menakutkan sape-sape yang nak amik ACCA tu. Just nak share sedikit info. At least korang da tau kan ACCA ni camne? Bukan senang nak senang kan. Sebab tu la ACCA ni orang pandang. Mase belajar pun tengok la camne.  Itu jelah yang aku dapat share. Kalo ada pape yang tak tau dan tak faham bole la tanye ye. Tapi jangan la tanye soalan yang susah cam F5 tu. Hehe.


Till then we meet again. Thanks kepada sesape yang sudi bace!

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape