Wednesday, 16 August 2017

Riang Ria Raya 2017

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 00:10
Assalamualaikum  Wbt & Hi!

Dah habis raya baru nak update cerita pasal raya. Hehe. Raya tahun ni rasa macam banyak jugak open house kat ofis ni. Dapat makan-makan memang aku suka. Haha. Agak meriah jugak  la raya tahun ni ye. Dan raya tahun ni semua baju raya aku jahit sendiri je. Taka da beli yang ready-made pon. Nak jimat konon. Macam tahun lepas ada jugak aku beli baju raya sepasang.



Hari raya pertama. Baju aku & adik aku tu macam biasa aku la yang jahit. Hehe.


Raya pertama tahun ni sama jugak macam raya tahun sebelum ni. Biasa-biasa je duduk rumah tunggu orang datang raya. Biasa lah mak aku anak sulung, ramai la sedara mara datang beraya. So, memang dah biasa dah tu raya pertama kiteorang memang tak dapat g mana-mana tapi best jugak ada je orang datang kat umah. Meriah gile. Raya kedua  pulak akak aku nak buat laksa untuk tetamu yang nak datang. Tapi tengah hari tu dah keluar g beraya umah sedara mara pulak. Hehe. Kiteorang pon nak raya jugak. Malam pulak ada bbq kat umah mak cik aku. So, raya kedua tu memang makan-makan jelah ye. Tapi yang tak bestnye bile malam tu perut aku pulak meragam. Bawak sampai ke pukul 5 pagi esoknye tu. Boleh bayangkan macam mana rasa penatnye tu?


Raya ketiga memang aku duduk  rumah jelah berehat. Memang tak larat bile perut buat hal. Sampai satu hari tu memang aku tak makan. Takut sakit perut lagi. Raya keempat keluar dengan cousin pergi raya rumah kawan dia. Tapi sebenarnye plan kiteorang nak g tengok Transformers lepas tu. Masa pergi tu perempuan ada 4 orang je termasuk aku. Tapi aku rasa aku je perempuan yang berminat tengok Transformers tu. Yang lain tu sebab dorang tak faham. Tengok pon sebab terpaksa. Izinkan jelah aku reminiscing kisah raya aku tahun ni ye. Nanti bila bosan, aku nak baca balik kenangan ni semua. Hehe.






Ini dia geng jalan-jalan. Gambar ni di ambil guna 360 camera. Ricoh Theta.



Raya kelima pulak Cuma pergi rumah sepupu mak aku je. Tu pon pergi masa petang. Balik dari rumah dia terus g beli barang untuk buat mee kari. Ada kawan ofis aku nak datang raya. Memang syok je tengok dorang makan. Semua sedap katanye. Raya keenam pulak bawak akak ipar and anak buah aku g tengok minion. Sepatutnye dorang ikut masa raya keempat tu tapi anak buah aku tetiba tak sihat pulak. So, bawak la dorang hari lain. Tapi aku tak tengok lah minion tu. Aku tengok cite 47meters down. Best jugak cite tu.



Raya ketujuh pulak memang tak da g mana sebab dah nak balik KL kot. Hmmm…kenapa rasa macam kejap je cuti. Nak cuti lagiiii. Balik KL, g keje macam biasa tapi yang bestnye hari raya memang selalu la ada makan-makan ni. Macam open house ofis aku buat masa hari Rabu tu. Aku bawak dessert. Tu je yang senang nak buat. Aku bawak cheesekut and congo bars. Lagi satu trifle tapi ni officemate yang suruh buatkan. Yang bestnye semua yang aku bawak tu habis okay. Maknanye sedap la aku buat tu. Hehe. Memang meriah open house kali ni sebab kiteorang jemput ramai orang jugak. Memang kenyang la sehari tu weyh. Siap tapau lagi. Haha.

Ini dia part yang paling best sebab entry kali ni akan penuh dengan makanan (in love with food kan). 

Ini cheesekut yang aku bawak. Cepat je habis. Ada lagi yang aku bawak tapi tak de gambar.

Ini main menu kiteorang. Sedap wehhh

Kek pandan gula Melaka. Ni mesti semua orang tau memang sedapppp kannn.

Kalau tengah lapar, bukak entry ni sabar jelah ye.




Ini semua dari marketing & IT department. Nak masuk semua memang tak muat la.
Makan-makan ni tak habis kat sini je. Ada je bersambung-sambung dengan floor lain esok dan hari seterusnye. Kelab sukan kiteorang pon ada buat open house jugak. Memang raya kali ni tak dapat nak eat clean sangat lah. Semua aku makan. Lepas tu ada raya gathering lagi. Yang ni pon best.

Bile tengok gambar ni balik, terus rasa lapar. Haha.


Raya gathering kat Royale Chulan Kuala Lumpur. Bergambar kat tangga ni memang tempat wajib setiap tahun ye.

Ni  masa pergi open house Tan Sri Lodin kat Royale Chulan Damansara. Baju tu macam biasa. Ahkak jahit sendiri termasuk embellishment kat tangan tu. Kalo ada yang berkenan boleh pm tepi. Hehe.

Tu sahaja la aku nak share kisah raya tahun ni. Memang penuh dengan aktiviti makan.

Lepas makan, kite bergambar la pulak untuk kenangan ye dak.
Penutup makan-makan. Jemputan dari tingkat 11 pulak. Alhamdulillah untuk rezeki hari raya tahun ni.
 Till then we meet again.

0 Suka Ku Bercerita:

Post a Comment

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape