Monday, 13 January 2014

Our First Family Vacation,Gold Coast Morib

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:13 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hii!!!


Tajuk entry bajet cam g Gold Coast kat Australia lak kan. Haha. Ini ialah first vacation untuk family kami. Family yang aku maksudkan di sini ialah semua adik-beradik mak(7 orang) kite g vacation ni. Mak saya anak sulung dan ada lima orang anak. Adik-beradik mak yang lain pun lebih kurang gitu jugak la. So, boleh bayangkan bape ramai yang g?

Untuk first vacation kami, aku sangat-sangat puas hati la pergi tempat ni. Kite bayar duit untuk bilik termasuk breakfast and theme park. Haa!!! Ada theme park okay kat sini. Tapi bukan la besar sangat cam Sunway Lagoon and Water World tu. Ni untuk datang mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga boleh la. Dan yang paling best bagi aku walaupun bilik kecik tapi ada jakuzi okay! Okay da nampak aku sangat excited di situ.


Untuk dinner, kami makan kat luar je. Dekat ngan pantai tapi mase kteorang sampai tu hujan pun turun. So, tak dapat laa nak fefeeling makan kat tepi pantai.

Ini dia budak-budak anti social.


Ni bilik kami. Aku tinggal berdua je ngan adik aku. Memang syok la.

Bilik ni memang lengkap la ngan peti ais sume.



Haa..inilah jakuzi yang iols cakap tu. Kirenye tempat ni sesuai jugak la untuk sesiapa yang nak pergi honeymoon. FYI, cite Setia Hujung Nyawa yang Zain dan Ersalina pergi honeymoon tu, kat sini la tempatnye. Tapi bilik diorang yang lagi mahal la.



Breakfast kat sini bagi aku memang sedap dan sangat puas hati. Tengok jela ape yang aku amik. Ini untuk sorang makan tau. Hihi.

Sampai sini jela entry saya ye. Harapnye dapat bagi sedikit info untuk korang yang nak pergi bercuti tu. Ohh ye, kalo nak pergi untuk pakej promotion macam kami dapat ni, kene la book dulu tau. Cam kami ni, akak aku yang tolong book. Sebulan awal dia da tolong book untuk kami.

Till then we meet again. Thanks kepada sesiapa yang sudi baca!

Thursday, 2 January 2014

Bahayanya Wanita, Pertama Kali Tengok Teater. Puas Hati!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:44 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hii!

Haa..masuk tahun baru nih, rajin pulak aku update belog sekarang ye. Yela, salah satu azam tahun baru aku ialah nak selalu update belog. At least seminggu sekali la. Kalo bole la. Hihi.

Kite nak cite niiiii. Itu hari kite pergi tengok teater Bahayanya Wanita kat Istana Budaya. Pelakonnye ialah Zizan, Nora Danish, Ummie Aida dan Erra Fazira. First time pergi tengok teater, excited kowt. Korang tau kan pasal teater Bahayanya Wanita?? Start 20 Disember ari tu sampai 31 Disember 2013. Kalo la lepas ni ada pulak Bahayanya Wanita 2, baik korang g tengok je. Memang berbaloi.


Bahayanya Wanita ni pasal ape?? Sini la aku cite sikit. Tapi sikit jela kayyy. Citenye pasal Zizan ialah suami kepada tiga orang isteri.Isteri pertama ialah Ummie Aida, Kedua Erra Fazira dan ketiga Nora Danish.Ketiga-tiga isteri ni ada perangai masing-masing yang buat si suami pening kepala nak melayan sorang-sorang. Tu yang buat cite ni kelakar. Di tambah pulak pelakon tambahan yang hebat cam Johan Asari , Betty Rahmad , Ziela Jalil dan ramai lagi la.

Aku beli tiket yang paling murah je mase tu. RM53. Upper circle. Memang tempat paling atas sekali tapi okay la. Bole nampak jugak artis yang kat bawah tu. Lepas abis show, ada sesi autograf ngan artis tapi aku tak g pun sebab lepas abis memang terus balik. Penat kowt dan mengantuk sangat. Esok tu nak keje pulak. Apa-apapun aku bagi 5 bintanggggggg (wat gaya Nora Danish kat Maharaja Lawak Mega) untuk teater ni. Cewahhhh.



Aku tengok benda ni ada kat lobby tu, posing la kejap. Ingatkan nak duduk je kat tetengah tu tapi kite segan la. hihi.

Saya pergi dengan akak Wani. Housemate saya.

Till then we meet again. Thanks kepada yang sudi bace!

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape