Thursday 2 January 2014

Bahayanya Wanita, Pertama Kali Tengok Teater. Puas Hati!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:44
Assalamualaikum Wbt & Hii!

Haa..masuk tahun baru nih, rajin pulak aku update belog sekarang ye. Yela, salah satu azam tahun baru aku ialah nak selalu update belog. At least seminggu sekali la. Kalo bole la. Hihi.

Kite nak cite niiiii. Itu hari kite pergi tengok teater Bahayanya Wanita kat Istana Budaya. Pelakonnye ialah Zizan, Nora Danish, Ummie Aida dan Erra Fazira. First time pergi tengok teater, excited kowt. Korang tau kan pasal teater Bahayanya Wanita?? Start 20 Disember ari tu sampai 31 Disember 2013. Kalo la lepas ni ada pulak Bahayanya Wanita 2, baik korang g tengok je. Memang berbaloi.


Bahayanya Wanita ni pasal ape?? Sini la aku cite sikit. Tapi sikit jela kayyy. Citenye pasal Zizan ialah suami kepada tiga orang isteri.Isteri pertama ialah Ummie Aida, Kedua Erra Fazira dan ketiga Nora Danish.Ketiga-tiga isteri ni ada perangai masing-masing yang buat si suami pening kepala nak melayan sorang-sorang. Tu yang buat cite ni kelakar. Di tambah pulak pelakon tambahan yang hebat cam Johan Asari , Betty Rahmad , Ziela Jalil dan ramai lagi la.

Aku beli tiket yang paling murah je mase tu. RM53. Upper circle. Memang tempat paling atas sekali tapi okay la. Bole nampak jugak artis yang kat bawah tu. Lepas abis show, ada sesi autograf ngan artis tapi aku tak g pun sebab lepas abis memang terus balik. Penat kowt dan mengantuk sangat. Esok tu nak keje pulak. Apa-apapun aku bagi 5 bintanggggggg (wat gaya Nora Danish kat Maharaja Lawak Mega) untuk teater ni. Cewahhhh.



Aku tengok benda ni ada kat lobby tu, posing la kejap. Ingatkan nak duduk je kat tetengah tu tapi kite segan la. hihi.

Saya pergi dengan akak Wani. Housemate saya.

Till then we meet again. Thanks kepada yang sudi bace!

0 Suka Ku Bercerita:

Post a Comment

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape