Saturday, 28 December 2013

Reminiscing the Good & the Bad Times in 2013

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:37
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Sedar tak sedar kejap je dah nak masuk tahun 2014 kan?? Sekejap je rase dan sudah setahun jugak aku menjadi blogger. Dan dan dan semakin malas nak update belog. Bukan malas tapi tak de masa dan kadang-kadang ketandusan idea *ayat nak sedapkan ati*. Tapi bila dah ada idea, masa pulak tiada. Acane tuh?


Kali ni aku nak membebel. Ehh tak tak, tetiba je nak reminiscing memori sepanjang tahun 2013. Aku rasa tahun 2013 ialah tahun yang paling gembira aku pernah lalui sepanjang tahun. Rase macam wowwwww!!! Betol ke Nina bole lalui sume ni?? Aku tak nak la cite kesah-kesah sedih yang aku dah lalui tu. Ecewahh ingat orang nak tau sangat ke? Tak kesah la..yang penting aku memang suka share perkara-perkara yang menggembirakan instead of perkara yang menyedihkan.

Awal tahun 2013 ari tu antara to-do-list aku ialah nak belajar menjahit dress ngan Cikgu Yasalma. And thanks to Cikgu Yasalma sebab wat kelas untuk orang yang nak belajar menjahit macam saya ni. Aku pun tak sedar sejak bile aku minat menjahit ni. Yang aku ingat mase sekolah menengah lagi aku da berangan..bestnye la haiiii kalau aku bole jahit baju sendiri kan? Nak baju fesyen ape pun bole buat sendiri je. Sampai satu mase aku terlampau eksaited nak belajau menjahit tuh..aku amik kain yang dah tak di gunakan lagi untuk jahit sarung bantal. And the best part is aku jahit sendiri guna tangan je hokayyy. Masa tu mana ada mesin jahit lagi. Sekarang ni kalau nak suruh aku mengadap mesin jahit ni 24/7 pun tak pe. Hihihi.


Memula dulu aku buntu gak kat mane ek nak belajar menjahit??? Ada tempat-tempat yang aku survey tu jauh and kene ada transport sendiri kalau nak pergi. Aku tak putus asa hokeyyy. Aku cari lagi tempat-tempat lain yang senang nak pergi. Aku jumpa la kelas Cikgu Yasalma. Masa dapat alamat kelas tu aku tak tau gak tapi redah jelah. Aku naik teksi, then bagi alamat tu kat pak cik teksi. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Yang penting kalau betol kita nak buat sesuatu tu jangan cepat mengalah kalau ada dugaan yang datang.


Okay, lepas menjahit sudah settle. Antara perkara to-do-list aku ialah (ni kalau bole tak nak cerita tapi tercerita,ehh bole cam tu? Dan ini bukan nak bangga ke apa,just sharing). Aku nak tukar cara berpakaian yang lebih sopan. Maksudnya aku try sikit-sikit nak ubah cara berpakaian aku ni, nak pakai baju dan seluar yang longgar. Labuhkan tudung sikit kalo bole menutup dada dan pakai stokin. Alhamdulillah aku sudah ubah sedikit dan akan perbaiki dari semasa ke semasa. Mestilah semua orang nak jadi lebih baik bukan? Ada ke orang yang nak jadi lebih teruk??? In terms of attitude,career, financial dan macam-macam lagi,mesti semua nak perbaiki jadi lebih bagus dari semasa ke semasa bukan???

Tahun 2013 ni dah banyak menyedarkan aku untuk berdikari. Tapi itu semua takkan mampu aku lakukan jugak tanpa familia, bff and friends (ecewahh da macam speech pulak). Just for the records, tahun 2011 dan 2012 bole di katakan aku telah menerima tamparan yang sangat besar dalam hidup nih (dah mula dah nak bukak cite sedih dia). Sampai aku dah putus asa untuk buat apa-apa. Tetiba suatu pagi aku bangun dan tampar muka sendiri * okay tipu * dan cakap kat diri sendiri, "sampai bila ko nak jadi camni? Loserrrr! Wake up Nina! Wake up!! Buktikan ko bole jadi lebih bagus dari sekarang ni. Don't let people bring you down! The best revenge is living a good life!." Then aku muhasabah diri. Aku berubah. Aku mula kentalkan mental dan fizikal. Start 2013 aku mula plan ape yang aku patut buat. Dan tahun-tahun seterusnya apa yang patut aku dah capai. Mungkin pencapaian itu tidak besar bagi orang lain tapi amat besar bagi aku. Contohnye tahun ni aku jahitkan baju untuk family aku. Macam tak caya je aku boleh jahitkan baju untuk mereka? Dan rasa puas bile tengok diorang pakai baju yang aku jahit tuh? Tahu tak camne perasaannye bile tengok orang pakai baju yang kita buat tu???

Lastly, tahun ni jugak la aku dapat kerja. Yup! Iols da kerja hokeyyy! Sudah jadi orang bekerjaya. Gitewww! Just so you know, aku student acca kan??? Aku still teruskan ACCA tapi bukan amik full time cam dulu lagi. Amik part time je. Means, kalau dulu aku amik dua payperrr untuk satu sem. Sekarang aku amik satu payperr untuk satu sem. Bile nak abis tu??? Tak dapek la den nak menjawabnye. Hohoho.

Alhamdulillah, tahun 2013 ni banyak perkara-perkara baik yang berlaku. Dan aku juga selalu fikir positif, ape pun yang jadi kat kita mesti ada hikmah bukan? Yang penting jangan berdendam dan doakan yang baik-baik, InsyaAllah perkara yang baik-baik juga yang datang kat kita. Tahun ni jugak aku jumpa housemates yang paling best sekali! Alhamdulillah. Ohh ye, terlupa pulak. Tahun ni jugak first time aku join even Nuffnang dan berkenalan dengan blogger lain. Memang pengalaman yang awesome!!!



Ni mase raya. Baju untuk mak dan adik, saya yang jahitkan. Hihi.

Ni masa sambut raya bersama Nuffnang dan rakan-rakan blogger

Ni masa first time g tengok anugerah skrin. Eksaited hokeyyy



Ni masa tengok teater Bahayanya Wanita itu hari. First time gak g tengok teater. Hehe. Best!!!




Till then we meet again.

Thanks kepada sesiapa yang sudi baca.









0 Suka Ku Bercerita:

Post a Comment

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape