Tuesday, 14 January 2014

Jom Amalkan Gaya Hidup Sihat!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 00:38
Assalamualaikum Wbt & Hii!


Tetiba je entry ni aku nak ajak korang amalkan gaya hidup sihat. Cewahh! Untuk korang yang tak tau nak pergi mane hujung minggu tu. Meh saya bagi cadangan, entry sebelum ni aku ada bagitau pasal cycling kat Putrajaya kan? Tu cam jauh sangat je kan untuk orang yang tinggal kat Kolumpo ni. Ni aku nak bagitau lagi satu tempat yang kite bole g cycling kat Kolumpo ni. Kite bole cycling kat FRIM ( Forest Research Institute Malaysia ) dekat sebelah Taman Layang-layang kat Selayang tu. Itu hari aku ada pergi ngan housemates. Ini semua gara-gara azam tahun baru aku nak amalkan gaya hidup sihat. Hehe. Tapi sebenarnye aku nak training untuk naik Bukit Tabur nanti. Untuk orang yang macam aku ni, yang stamina tak bape nak ada memang kene training la sebelum naik Bukit Tabur. Kalo setakat Broga tu tak pe.

Pepagi lagi seawal jam 6.30 pagi kteorang da gerak ke sana. Semangat tak semangat tak? Dengar cite kat sane bole jugak naik bukit and siap ada jambatan gantung lagi. Semangat kowt kteorang nak naik bukit tapi tak jumpa tempatnye kat ner sebab FRIM tu besar sangat. And last-last kteorang end up sewa basikal jela. Then cycling kat sane. Tau pasal basikal tu pun sebab kteorang ada ternampak satu banner kat sane. Kalo sesiapa yang da pernah g FRIM tapi tak tau kat ner tempat nak sewa basikal, tempat tu kat Clubhouse. Opposite bookstore dan berdekatan ngan masjid. Aku baru cycling kejap dah pancit. Hee. Memang stamina iols ni teruk ckit la. Ada bukit sikit aku terus tak larat and tercungap-cungap. Last-last aku suh je housemate aku tinggalkan aku and aku rehat kat ntah mane-mane ntah. Dah lah hutan, berani pulak aku ye ( berani pun sebab ada ramai orang kat situ ).


Kat sini ada la bukit sikit yang kteorang dapat naik. Tu pun naik tangga. Bukan la bukit pun kan.


View dari atas. Inilah housemates saya.

Perkara wajib bile da sampai atas, bergambar la. Gitu kan! Then up kat instagram. Hihi.

Lepas turun bukit, jalan-jalan jap exercise. Then breakfast sikit wat alas perut. Barulah kite cycling! Ahh semangat je lebih ko ni.

Kat sini la aku di tinggalkan. Akak-akak ni da bape round da mereka pusing FRIM ni. Aku??? Jangan tanye okay.

Tips yang aku nak bagi sebelum kite nak cycling atau naik bukit ke, mesti alas perut dulu okay. Sekurang-kurangnye sekeping roti. Memang kene la makan sikit sebelum wat pape aktiviti. Tapi ingat, sikit je. Bukan makan sampai tak boleh nak jalan tu.

Till then we meet again. XOXO. Thanks kepada sesape yang sudi bace!


0 Suka Ku Bercerita:

Post a Comment

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape