Friday, 11 March 2016

Idea Baju Raya 2016

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 00:16 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Korang dah ada yang start tempah baju raya ke? Belum lagi sebab tak da idea nak buat baju apa? Meh sini akak nak share sikit idea baju raya yang boleh korang buat untuk raya tahun ni. Mostly memang orang beli yang ready to wear je senang kann? Tapi ada je yang nak tempah sebab tak nak sama dengan orang lain. Cam aku haruslah buat baju raya sendiri dan ada jugak yang aku beli dah siap. Ni aku nak share baju design apa yang korang boleh buat tahun ni.

Jubah+ Dokoh Patch
Sekarang ni memang tengah in orang pakai jubah kan? Tapi mesti ada yang bosan sebab asyik pakai jubah plain je. Korang boleh letak dokoh patch. Macam-macam bentuk ada. Nak tampal pon senang je. Korang just iron je kat baju. Sebenarnya tak kesah pon korang nak tampal kat baju apa pon. Nak tampal kat baju kurung pon boleh. Idea ni untuk yang suka pakai jubah la ye. Dokoh patch ni pulak ada banyak warna yang korang boleh pilih. Kat shawl pon korang boleh tampal jugak. Aku ada gak beli dokoh ni kat online shop. Aku beli kat sini. Sekarang ni banyak je online shop yang jual dokoh ni. Kat kedai bunga riben pon ada. Kedai tu kat jalan tar,sebelah kedai kasut Princess.



Inilah dokoh patch tu ye. Macam-macam bentuk lagi yang ada. (Gambar dari google)


Dress/ Baju Kurung + Chunky Beads

Chunky beads ni sebenarnya dari tahun lepas lagi dah in. Aku suka chunky beads ni sebab cantik dan nampak exclusive tapi nak jahitnya tu buat aku nak menangis gak la. Kalau susah sangat, korang hantar je kat tailor. Nak tempah kat aku pon boleh gak. Hewhew. Boleh letak kat dress/jubah atau baju kurung modern.  Memang cantik hokayyy. Then korang tambah la batu Swarovski sikit kat baju tu. Lagi meletup and gojes korang masa raya nanti. Tak yah la nak beli betol-betol batu Swarovski tu. Pada yang mampu tu okay la,yang mampu tengok je cam aku ni aku beli yang ala-ala je. Ada jual kat Jalan Tar. 10pcs/RM8.00 tapi harga depends on batu yang korang nak. Lagi besar lagi mahal ler.

Ini pulak chunky beads ye. Kat tudung pon korang boleh jahit ni. Aku beli chunky beads ni kat Pertama je. (Gambar dari google jugak)


Songket  X Baju Kurung Pahang

Kain songket pon sekarang orang dah start pakai balik. Dari dulu pon orang memang suka pakai kain songket kan? Buat baju kurung Pahang pon cantik jugak. Nampak la ala-ala perempuan Melayu terakhir sikit ye dokk? Banyak je kain songket murah kat jalan tar tu. Kat Jakel pon banyak yang cecantik.


Saree X Baju Kurung Modern



Korang boleh beli kain saree yang 6 meter tu(banyak online shop jual sekarang) buat baju kurung modern. Memang cantik hokayyy. Tapi mesti ada lining sebab biasalah jarang. Aku buat baju ni masa raya tahun lepas tapi tahun ni pon aku rasa ramai orang akan buat jugak sebab saree memang cantik-cantik dan korang takkan rasa outdated. Aku beli kain saree tu kat jalan tar je. Kat jalan tar memang macam-macam barang ada kat sana. Sebab tu masa bulan puasa sesak kat sana. That’s why aku beli kain awal-awal lagi senang tak yah nak bersesak-sesak nanti. Okay, berbalik kepada kain saree. Bukan setakat boleh buat kurung modern je tapi macam-macam design boleh. Bergantung kepada idea dan kreativiti koranglah.


Ini baju kurung modern yang aku jahit sendiri dari kain saree.

Setakat ni, ni jelah idea yang aku ada. Kalau ada lagi nanti aku update. Selain tu, boleh je korang buat peplum, baju kurung modern dari kain batik Sarawak, kurung modern + 6 panel skirt dan banyak lagi. Jubah pon tak semestinya design tu yang sama je. Boleh je ubah sikit design tu mengikut citarasa memasing.

Till then we meet again.

P/S: Jangan lupa ganti puasa ye.And tempah baju awal, kalo ada yang tak kene nanti senang boleh alter cepat.

Tuesday, 8 March 2016

Cabaran Menjadi Makeup Artist

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 16:51 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Entry kali ni takde ape yang menarik aku nak kongsikan. Cuma nak membebel sikit cabaran menjadi makeup artist. Ye, nak buat ape pon mesti ada cabaran. Lebih-lebih lagi kita ni jual servis. Memang mencabar sebab orang tak nampak kita punya modal. Contohnya makeup artist cam aku ni ler. Bila cakap yang kite ni guna high end product, barang da tentulah mahal, malah ada barang memang takde kat Malaysia. Gigih lagi tu kirim kat kawan yang study kat oversea sana. Nanti mesti ada yang jawab alahhh benda tu bukan sekali guna terus abis. Memang la bukan sekali guna terus abis tapi ada ke terfikir berapa ribu kiteorang abis untuk kumpul barang makeup sume untuk dapatkan hasil yang terbaik? Itu belom masuk kos g belajar makeup lagi. Selain barang makeup yang bagus, skill jugak penting. Kalau skill takde, guna barang mahal pon tak menjadi  jugak makeup tu.

Ye, aku faham dengan ekonomi sekarang ni kalau boleh semua orang nak murah. Lagi-lagi kalau client kite tu bakal pengantin. Sume benda kalau boleh nak cut selagi boleh cut cost tu. Sebagai client, kita juga kena la sedar bajet dan hasil yang akan kita dapat tu setimpal dengan apa yang kita bayar. Setakat hari ni servis makeup aku memang tersangat murah berbanding rate terkini. Barang yang aku guna pon memang high end product and ada jugak drugstore(Watson&Guardian). Dan aku memang akan cuba sebaik mungkin untuk client aku. Akan cuba mencantikkan dia selagi boleh tapi bukan merubah wajah asal dia. Selalunya kita memang takkan tahu pon bakal client kita tu muka dia camne. Masa hari kejadian baru kita tahu muka client kita tu. Time tu jugak nak study muka dia. Ye, sebagai makeup artist memang kene study muka client. Kulit muka dia jenis berminyak ke kering ke atau normal ke, kelopak mata dia kecik atau besar. Tu belom lagi client yang request nak makeup smokey eye, yang ada glitter bagai, ada yang  tunjuk gambar artis lagi. Sekali dia tunjuk nak makeup macam Hanis Zalikha. Okay then, kita pon buat la as per requested by customer. Tapi tapi tapi…..tak dapat serupa  macam dalam gambar yang dia nak tu. Sebagai makeup artist kita patut bagitau awal la, yang tak semestinya makeup sama awak akan nampak sama macam dalam gambar yang awak tunjuk tu. Apa yang membuatkan tak sama? Tengok la bentuk mata kita pon dah tentu tak sama, bentuk muka pon tak sama,hidung pon tak sama. So, jangan terlalu high expectation nanti anda kecewa.

Ada pulak yang nak natural je. Ini selalunya request dari pengantin atau client itu sendiri. Then bile da buat yang natural, means mata tak over sangat, lipstick warna pink yang sweet je atau nude colour. Nanti ada pulak yang komen(bukan client yang komen). Eh lipstick ni nampak pucat sangat ni. Eh kenapa nampak biasa je, terang la sikit eyeshadow tu. Eh itu eh ini. Ada je yang tak kene. Natural sangatttt la. Dan yang paling penting kalau makeup artist tu perempuan (selalunya terjadi kalau kita makeup pengantin), bila dia cakap dia memang tak touch up pengantin lelaki tolonglah hormat. Bukan sebab kami ni kedekut, tapi nak menjaga batas antara lelaki dan perempuan. Kalau nak guna barang kami, boleh tapi sama ada pengantin perempuan sendiri yang touch up pengantin lelaki atau seseorang yang muhrim kepada pengantin lelaki itu.

Last sekali kalau servis tu berharga RM100 jangan la expect hasilnya akan jadi seperti servis RM1000. Selalunya makeup artist memang akan cuba yang terbaik untuk buat client nampak cantik. Serius, mental memang kena kuat kalau nak jadi makeup artist. Lebih-lebih lagi bila dengar ada je komen-komen yang tak bape sedap nak di dengar dan akan buat kita down. Sabar yang penting. Sabarrrrr


Till then we meet again.
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape