Thursday, 4 May 2017

Bella’s & Shaza’s Bridal Shower

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:09
Assalamualaikum  Wbt & Hi!

Asyik buat bridal shower untuk orang je aku ni kan. Untuk diri sendiri ntah bile agaknye. Hehe. Bulan 3 lepas aku ada buat bridal shower untuk Bella and Shaza. Buat sekali je senang sebab nak buat 2 kali agak susah nak cari masa yang masing-masing betul-betul free. Maklumlah group girlfriends ni ramai yang dah kawin and ada anak, keje lagi. Kan susah nak kumpul macam kami yang bujang ni. So, bile dah dapat date yang semua orang dah setuju, makanye berkumpul la kami ramai-ramai nak buat surprise untuk Bella & Za. Tapi last minute terpaksa tukar jugak plan sebab orang yang di raikan ada hal yang tak dapat di elakkan.

Invitation card & doorgift. Invitation card tu aku yang buat, gigih tak? Hehe. Doorgift pulak Hasni yang buatkan.

Close up sikit

Btw, majlis yang di rancang tu berjalan dengan lancar tapi sedih sikit sebab ada sorang yang tak dapat datang. Anak dia demam. Apa yang kiteorang plan ni orang yang diraikan tu memang tak tau langsung pasal ni sebab nak buat surprise kan. Kiteorang hanya cakap nak berkumpul ramai-ramai sebab lepas ni belum tentu dapat kumpul ramai-ramai camni lagi. Lagipun dah tinggal 3orang je yang single dalam group girlfriends ni. Aku, Fara and Anis yang single mingle tu. Doakan lah kiteorang bertemu jodoh secepat mungkin ye. Hehe.


Crown untuk orang yang di raikan. Bawal pucci tu hadiah untuk orang yang menang.


Ketibaan orang yang diraikan. Cewahh formal gila ayat.

Bridal shower kali ni buat biasa je tak macam masa Hasni itu hari buat kat Melaka. Kali ni buat kat rumah Hasni je. Kebetulan Hasni baru pindah umah, dia nak buat macam housewarming la jemput kiteorang ramai-ramai. Walaupon biasa-biasa je tapi tetap meriah jugak. Macam biasa mesti kena ada game tapi kali ni tak de punishment macam ari tu. Kali ni siapa menang dapat hadiah. Hehe. Kecoh kejap la rumah hasni ari tu. Penuh dengan belon lagi. Belon tu of course la idea aku. Hehe.

Makanan yang kiteorang semua bawak. Majlis bermula dengan makan-makan dulu. Kalau tak nanti tak de tenaga nak start game. Hehe.

Decoration



Ni masa preparation sebelum VVIP sampai. Cewahhh. Kenalkan Fara, dia ni salah sorang organizer jugak.


Majlis kali ni lain sikit dari yang lepas sebab makanan kiteorang buat potluck tapi Bella & Za tak tau pon. So, dari segi makanan meriah la sebab semua bawak makanan kan. Ada nasi ayam, brownies, popia goreng, cheesekut, sandwich, kek coklat. Banyak tu. Decoration pon meriah jugak sebab aku beli belon helium. Belon helium ni agak mahal and duit pon memang banyak habis kat decoration je. Part paling best semua orang akan dapat doorgift. Sape yang tak suka dapat hadiahkan walaupon hadiah tu hasil dari collection duit sendiri jugak. Haha.


Sebelum start game, kena la selfie reramai dulu.

Kiteorang suruh Bella buat ucapan tapi kena sedut gas helium tu dulu. Tau la camne suaranye lepas tu kannn 

Masa ni game untuk bakal-bakal pengantin. Aku buat macam puzzle gambar kiteorang yang dulu-dulu. Lepas tu suh dorang cantumkan, siapa cepat dia menang. Game ni Bella menang and dia dapat la bawal pucci tu.

Ni pulak game teka Siapa saya? Orang tu kena teka siapa diri dia(nama yang kertas tu). Dia boleh tanya apa pon tapi orang yang dia tanya tu cuma boleh jawab ye atau tidak. Game ni siapa menang ntah. Aku tak ingat pulak.


Lepas dah abis game, bergambar la pulak. Inilah aktiviti yang paling lama sekali. Hehe. Perempuan kannn. Tahniah Bella & Shaza!


Candid


Nak jugak pakai crown

Erny sorang je tak da sebab anak dia demam. Tak pe next time harapnye semua orang dapat join termasuk anak-anak sekali ye.

Ini jelah bridal shower kiteorang. Buat biasa-biasa je tapi meriah. Thanks Hasni bagi tumpang umah. Nak buat ape pon mesti kena tengok bajet dulu. Kalau nak lagi meriah, bajetnye of course lagi meriah kan. Tapi ini pon dah okay je bagi aku. Semua orang happy.

Till then we meet again.

0 Suka Ku Bercerita:

Post a Comment

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape