Tuesday, 29 January 2013

Ice Skating

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 08:51 4 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Aku tau bile tengok je tajuk ni da tau aku nak share pasal ape plak and di mana tempat ni. Korang pernah pegi main ice skating kat Sunway Pyramid? Aku ada pegi tahun lepas bulan bape aku tak engat. Tetiba je nak wat entry pasal ni kan. Aku just nak share ckit info mane tau ada yang tak tau lagi pasal tempat ni.


Nampak seperti pro je kan? Macam confirm tak jatuh je bile da masuk tuh.Psssttt...aku nak bagitau satu rahsia nih. Sebenarnye aku tak tau pun main benda alah ni. Mase jejakkan kaki je kat situ terus aku cari tempat berpaut. Bhahaha. Aku ada try gak untuk tak berpaut di tepi2 dinding tuh tapi cam perasaan takut terjatuh tu lebih menguasai diri aku nih. Aku amik jalan selamat,diri jela kat tepi dinding tu sambil memerhatikan orang lalu lalang depan aku yang tadinye tak reti main tetiba da jadi pro siap berpusing2 lagi. Memang sabar jela aku tengok.


Kalo nak tau pasal harga bole g sini. Aku nak taip satu2 kang banyak sangat lak sebab harga untuk kanak2 dan dewasa berbeza. Weekdays and weekend pun berbeza. Kalo rase2 da plan nak pegi tu bole la sediakan glove and socks dari umah. Bukan ape bole la jimat ckit kan.



Kalo free hujung minggu dan tak tau nak ke mana bole la pegi bermain ice skating bersama kawan2 dan family. Hehe. Oke..setakat ni je entry kali ni.

Thanks sudi membaca bebelanku ini.

Wednesday, 23 January 2013

Jom Belajar Menjahit!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 07:13 5 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & hi!



Rase cam da lame gile tak update blog. Sejak da start kelas ni memang bz dan tak sempat nak update blog pun. Lepas tu pergi kelas menjahit lagi. Haa..saya bole menjahit baju? Caye tak? Hehehe. Silalah percaye ye.



Itu hari aku ada belajar menjahit dengan Yasalma Modest Dress Designer. Belajar wat jubah. Mudah je rupanye wat jubah ni. Bagi aku semua orang perempuan mesti pandai menjahit. At least bole menjahit untuk diri sendiri dan family sudah la kan. Nak wat bisnes pun bole. Tak rugi weyhhh belajar menjahit nih.

Sebelum ni ada jugak aku pegi kelas lain tapi aku cuma belajar wat baju kurung pesak gantung and kebaya. Bile da bole wat baju kurung ada yang tanye aku bole wat jubah tak? Blouse ke?



Tadaaaa! Lepas je balik kelas terus wat blouse ni. Semangat betol.


Aku belajar menjahit ni dulu sebab minat dan aku fikir kalo bole jahit baju sendiri kan bagus. Bole jimat kowt. Nak tempah baju kat kedai cina kat kampung aku tu pun mahal,ni pulak kat KL nih.


Kalo ada yang berminat nak belajar menjahit tu bole la pegi belajar ye and kalo ada yang berminat nak tempah baju ngan aku pongg bole. Hehehe. Sekian untuk entry kali ni ye.

Monday, 14 January 2013

Baru tahu ke?P

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 08:25 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..and hii!


Aku baru je start sem dua dan first class yang aku masuk ialah kelas Law. Dengar law je cam bosan je kelas tu kan. Tapi sebenarnye tak bosan langsung. Banyak benda yang kite bole tau belajar law ni. Adakah aku sorang je yang baru tau ni? Oke..malu sekejap..tapi tak kesah.

Kat kelas tadi la baru aku tahu tentang hak kita sebagai seorang individu. Baru la aku tau tentang ape yang tengah jadi sekarang ni bole ke tak bole kite wat camtu. Kalo nak cakap pasal law ni memang tak abis tapi aku rase kite semua memang patut tahu tentang itu semua. Kite semua kene tahu pasal sejarah kite. Mesti la kene amik tahu supaya tak la orang senang-senang nak memperkotak-katikkan kite ye takkk.


Itu jela yang aku nak share. Sharing is caring kan..hehehe. So,lepas ni kite kene la amik tau hak kite. Sume orang da tau ke? Aku sorang jela yang baru tau nih..?? hehhhhh.



Pegi kelas yang pertama sem ni pakai baju kurung.heee. Sem lepas tak pernah pakai baju kurung kowt.hehehhh.
Psssttttt..baju tu aku jahit sendiri tau. Nnt la nak wat entry pasal menjahit ni.

Tuesday, 8 January 2013

Steamboat

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 09:48 4 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..and hi!


Well,I guess this is my first entry in 2013! Wooahhh..wooahhh..eksaited sangat pulakss. Entry kali ni bukan lagi pasal jenjalan kat Melaka. Asyik Melaka je mesti bosan kan. Aku nak share pasal makan pulak.


Aku tak tau camne nak cite pasal makan ni. Aku sedar aku ni memang tak reti nak bermadah cili api bagai. Aku tak reti nak karang ayat sempoi supaya kalo ada yang bace blog aku ni tak bosan dengan ayat yang ntah hape-hape. Walaupun dulu mase spm cikgu Bahasa Melayu aku suh wat satu karangan mesti ada 500patah perkataan tapi sekarang aku da lupa cite pasal spm dulu. Mane aku ingat lagi ayat-ayat gramatis yang cikgu ajar dulu. Hee. Ehh..nak cite pasal makan ke pasal spm.



Pegi makan steamboat di sini!
Itu hari pegi makan steamboat kat Sungai Buloh. Jauh betol nak makan. Tempat ni bagi aku sangat oke kalo korang nak makan sampai kenyang. Macam2 ada. Senang cite all you can eat. Ape je yang ada korang makan la dan bayaran sangat berpatutan.



Da lapar sangat sampai tak sempat nak pandang camera.




Ni antara makanan yang mereka sediakan. Ada banyakkk lagi.

Tersandar kekenyangan.

Ni jela yang aku bole share pasal makan-makan. Tempat ni sangat oke. Mase aku sampai pun meja penuh. Tapi kiteorang dapat jugak meja sebab da reserve awal2.


Sekian.



 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape