Assalamualaikum Wbt & Hi!
Kali ni aku nak cakap pasal medical card je. Korang dah ada medical card? Aku baru je amik medical card. Itu pun nak kecohkan. Tak laaa..aku just nak share je medical card yang aku amik ni dari Prudential BSN. Sebelum aku amik ni, aku da buat research dulu medical card mane yang patut aku amik. Setelah membuat penelitian ape yang patut, finally aku telah memilih Prudential. Kenapa? Sebab aku tengok gak ape benefit yang kite dapat. Nak terangkan banyak sangat tak dapatlah..iols bukan agent. Hihi.
Setelah di beri quotation mengikut umur(ye..ikut umur ye. Semakin muda semakin murah la kite perlu bayar), aku telah memilih yang paling murah sekali untuk bayar bulan-bulan tu. Bole tahan la..umur aku pun da bape kannnn. Dan yang bestnye ialah full coverage. Apa itu full coverage? Maksudnye kalo kite masuk hospital,contohnye la kite kene admit kat hospital KPJ, tak perlu la kite nak bayar deposit. Kalo kene pun, nanti pihak hospital akan refund semula.
Hospital mane yang di cover ye? Hospital yang Prudential cover banyak jugak. Contoh yang aku boleh bagi kat KL ni ialah KPJ dan Prince Court. Lagi satu selain dari medical sahaja, apa yang korang bayar tu setiap bulan ada jugak saving sikit tapi tak banyaklah macam ASB korang tu.
Bagi aku memang tak rugi kite amik insurans ni. Aku cakap ni bukan sebab aku dah jadi agent ke ape. No. Ini ialah sebagai persediaan sahaja. Dari dulu sebenarnye aku nak amik tapi di sebabkan terlampau banyak komitmen..ecewahh. Tahun ni baru aku start amik. Dan sekali lagi aku cakap memang tak rugi. Jum kite fikir-fikirkan ye.
Itu sahajalah aku nak membebel. Nak sambung menjahit balik. Sori entry kali ni memang bosan. Bile aku bace balik pun, ehhh what is this?? Tak de benda menarik ke? Cerita menarik coming soon ye.
Kbaiii.
Why I English
1 month ago
0 Suka Ku Bercerita:
Post a Comment