Thursday, 8 January 2015

Nina Wanderlust: To Krabi I go!

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 00:26


Assalamualaikum Wbt & Hi!

Aku ada geng sejak diploma dulu yang mane ada empat orang semuanya termasuk aku. Semenjak da keje ni kiteorang nak buat setiap tahun mesti akan pergi travel bersama. Tak kira la travel ke mana pon. Jadi bulan 10 itu hari kiteorang pergi Krabi. Beli tiket da lama da. Kebetulan je tiket tengah murah mase tu. Kiteorang dapat harga return tiket RM116. Murah kan? Tapi tak termasuk luggage.

Entry ni aku akan cite detail mengenai harga setiap tempat yang kiteorang pergi mase kat Krabi itu hari. Kiteorang g Krabi ni 4 hari 3 malam. Cuma satu jela yang tak best mase gerak dari KL ke Krabi tu da petang. Kiteorang gerak dalam jam 4.30 petang, sampai jam 4.30(waktu Krabi) rasenye. Krabi lambat sejam dari waktu kat Malaysia ni tapi sama je aku rasa sebab kol 6 petang kat sane da gelap.


Ni masa nak g Krabi tu. Konon-konon la nak jugak amik gambar awan. Hee.

 Sepatutnye pergi 4 orang tapi lagi sorang tu ada hal yang tak dapat di elakkan. Jadi pergi bertiga jela. Sepanjang kat Krabi kiteorang stay kat Goodwill Hotel. Semalam 500 baht (Lebih kurang RM50). Jadi untuk 3 malam 1500baht untuk satu bilik. Kiteorang amik 2 bilik. So, 1500 X 2 = 3000 Baht. Bahagi 3 so, sorang 1000 Baht (RM100) untuk 4 hari 3 malam. Murah tak murah tak? Lepas je check in tu, rehat kejap. Then kiteorang jalan-jalan nak pergi cari kedai makan. Jalan-jalan depan sikit dari hotel jumpa Lemon Restaurant, tengok ramai orang Malaysia kat situ. Kiteorang pon decide nak makan kat situ je. Harga kat kedai tu boleh tahan jugak, lebih kurang cam kat KL ni je. Bagi aku okay laa makan kat Lemon Restaurant ni tapi esok tu kiteorang decide nak beli makanan kat mak cik- mak cik pakai tudung yang jual makanan kat tepi jalan tu je. Haa kat Krabi memang ada orang yang bole cakap Kelantan tapi tak bape nak fluent la. Aku rase makanan kat situ yang paling sedap sekali. Yang paling aku suka Nutella + Banana pancake. Memang sedap! Lepas makan kiteorang jalan-jalan kat kedai souvenir, saja nak survey harga.



Ni la pancake tu. Tetiba craving pulak pancake kat Krabi.
 
Semua aktiviti kat Krabi kiteorang mintak pihak hotel uruskan sebab aku rase cam lagi murah berbanding yang aku survey kat dalam blog. Hari pertama aku pergi Island Hopping kat Phi Phi Island. Aku dapat 900 Baht. Kire murah la tu bagi aku sebab aku banyak gak survey kat blog yang average price untuk Phi Phi Island 1000-1100 Baht. Pakej ni termasuk makan, minum dan diorang sediakan buah-buahan kat atas boat, goggle, diorang akan pick up dan hantar balik kat hotel. So, rase-rase berbaloi tak? Aku memang puas hati sangat.


Hari kedua kat Krabi memang masa abis kat atas boat, atas laut melihat ciptaan Allah SWT. Subhanallah.





Lelaki kat sebelah Bella tu la tourist guide kiteorang.

 
Ni pulak masa kat Bamboo Island. Kat sini pernah di landa tsunami dulu. Tu korang memang boleh nampak dari kesan-kesan yang ada, agaknya dorang memang saja tak nak kemas. Kat Island ni kiteorang dapat rileks lama sikit dari tempat lain. Selalunya diorang bagi masa dalam 45min je paling lama tapi yang dapat la sejam. Memang sume orang terjun laut la masa tu.

Esok tu kiteorang pergi Elephant Jungle Trekking pulak. Pakej ni pon mintak pihak hotel uruskan. Aku dapat harga 700 Baht sorang. Untuk pakej ni kiteorang pergi ke Hot Spring, Emerald Pool dan Elephant Jungle Trekking. Pergi 3 tempat ni dari kol 8 sampai kol 3. Memang penat masa ni sebab banyak berjalan. Dah macam jungle trekking betul-betul aku rase. 


Gajah yang kiteorang naik ni gajah jantan tapi tak ingat pulak ape namanya. Kiteorang try nak nak bersembang kat pak cik yang bawah gajah ni tapi dia tak reti speaking la pulak. Serius gajah ni memang besar gils. Masa baru naik tu memang ada rasa cuak.

 Sepanjang kat Krabi ni kiteorang memang beli makanan kat mak cik- mak cik yang jual kat tepi-tepi jalan tu. Tapi memilih jugak la, kiteorang beli kat mak cik yang pakai tudung je dan boleh cakap Bahasa Kelantan. Memang puas hati sangat makanan kat situ. Bagi aku sedap dan berbaloi.

 
Bagi aku 4 hari 3 malam kat Krabi ni memang tak cukup dan tak puas. Nanti nak pergi lagi Krabi ni. Untuk tahun ni belom ada perancangan nak ke mana-mana sebab tahun ni tahun yang agak mencabar untuk kite semua ye. Especially bila tiba bulan April nanti. Jangan lupa menabung! Hee.

Rasa macam dah takde ape nak cerita pasal Krabi ni. Gambar je yang banyak, jadi tengok gambar jelah ye. Kalau ada pape soalan yang korang nak tanya pasal trip ke Krabi ni bolehlah tanye dan aku akan cuba jawab kalau boleh jawab. Ohh ye, sebelum terlupa masa kat sana aku ada jugak pergi massage dan manicure kat sana. Memang murah gile kat sana! Kalau pergi Krabi memang rugi la kalau tak pergi massage tu. Next time aku nak pergi lagi memang aku nak manjakan diri je. Dan make sure korang bawak duit lebih sikit sebab sampai sana je bile tengok semua murah, semua korang rasa macam nak. Nanti end up macam aku balik Malaysia with little money. Kene puasa seminggu sementara nak tunggu gaji. Hehe.

Lagi satu nak bagitau yang kiteorang ada sewa motor kat sana dan naik bertiga okay! Sehari 250 Baht tak silap aku. Sudah lupa la pulak. Apa pun memang pengalaman pergi Krabi ni best sangat sampai hari yang nak balik tu memang kalau ada duit lagi kiteorang tak jadi balik kowt. Hihihi.

Till then we meet again. Ohh ye selamat tahun baru 2015!

0 Suka Ku Bercerita:

Post a Comment

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape