Tuesday, 17 February 2015

My First Job As MUA ^_^ #makeupbyNinaSzar

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:31 0 Suka Ku Bercerita


Assalamualaikum Wbt & Hi!

Sejak kebelakangan ni aku semakin berminat untuk mekapkan orang or in other words berminat nak jadi Make-up Artist aka MUA. Hehe. Sampai orang cakap la aku ni semua benda pon nak jadi. Nak jadi designer la, nak jadi MUA la. Ini semua memang minat aku dari dulu lagi. Mana la tahu suatu hari nanti minat ni akan jadi punca pendapatan aku. Sekarang ni hanya buat untuk part time je dulu. Kalo ada, ada la. Kalau tak da buat la marketing, promote la sikit hasil kerja kat Instagram. Promote kat blog pon boleh jugak. Macam yang aku tengah buat ni. Hihi.

So, aku nak share la sikit pasal my first job as MUA. Banyak lagi yang aku perlu, harus dan mesti belajar. Tapi untuk kerja yang pertama ni aku sangat puas hati. Citenye bermula bile kawan aku ni nak bertunang dan sedang mencari MUA untuk mekap dia masa tunang nanti la. But the problem is bila dia da jumpa MUA, bayaran pulak quite pricey. Untuk tunang je kan, so dia nak yang simple jela. MUA yang dia jumpa tu pulak memang berbaloi la bayaran dengan hasil kerja dia, plus berpengalaman pulak.


Then, dia pon tanya la aku kot-kot boleh tolong mekapkan dia. Aku pon on je. Kebetulan hari dia tunang tu aku pon free. Siap bagi free test make up lagi. Gittewww. Macam  yang aku cakap sebelum ni, tak kira la mekap untuk pape event pon. Aku tekankan natural look. Means, mekap tu tak nak la nampak heavy sangat. Tak naklah bila da siap mekap nampak macam nak buat persembahan opera pulak. Hewhew. *flipshawl



Before and after make up. Cantik tak? Nama dia Nurul Imani dan dia dah bertunang okay. Hee.




Kalau ada yang berkenan nak suh aku mekapkan bolehlah contact iols ye. Nanti boleh dapat free test make up lagi. Hehe.

Till then we meet again.

Wednesday, 4 February 2015

Make Up by Nina Szar

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:28 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Tetiba rajin update dua entry sekali eh. Padahal tengah excited nak tunjuk hasil tangan aku make up orang. Hehe. Sejak dua menjak ni memang aku bersemangat dan sangat serius pasal make up ni. Nk jadi make up artist lettew. Tapi menjahit tu masih lagi ye. Mana boleh tinggal tuuu. Make up yang aku tekankan ialah natural make up.Aku tak nak ubah sangat muka seseorang sampai boleh nampak bedak tebal 3 inci. Hihi. Tak naklah camtu. Make up ni bukan untuk ubah muka tapi untuk buat wajah lebih berseri je. Ye idakkk?



Bella orang kedua yang aku make up dan sangat puas hati. Aku memang suka bile da make up tapi still nampak natural. Memang la boleh nampak beza bile da make up tapi tak over sangat kan?



Kak Lin pon puas hati ngan make up aku. Dia suka katanya. Hee. Apapun aku still akan imprve lagi skill make up ni. 

Ini Ika. Cousin aku. Memula saje tanya dia nak tak aku make up kan. Memula dia malu. Bila da settle make up, dia pon suka. Hee.

Setakat ni 3 orang je yang baru aku makeupkan. But I got my first job! Make up for my friend's engagement. Sangat excited ye bila dapat first job ni. Nanti aku akan share hasil tangan aku itu.

Till then we meet again.

Free Make Up Class at Muse by Watsons

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 05:46 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!

Aku ada dapat invitation dari Watsons untuk make up class yang di buat oleh Muse by Watsons. Aku dapat by email masa tu. Then aku pon terus la call dorang untuk tanya boleh tak kalo aku bawak kawan. Takkan aku nak g sorang, malu ah. Bila orang tu kata boleh je, terus aku RSVP nama aku and Bella. 
Then , aku pon pergi la berdua ngan Bella bila tiba hari tu. Bila pergi, rupanya ada kami berdua je, yang lain tak dapat di kesan. Tapi bagus jugak, boleh la diorang fokus kat kiteorang je. Hehe. 


Ini Bella bersama Cikgu make up dia. Hee.

Kelas tu lebih kurang dalam dua jam camtu. Masa ni da lepas make up. Haruslah touch up sikit sebelum balik.  

Masa kelas ni berlangsung banyak sangat ilmu yang aku dapat. Maklum la sekarang aku pun tengah nak belajar ilmu make up ni. Konon berangan nak jadi make up artis. Hee. Menjahit dan make up memang minat aku. Tapi entah kenapa baru sekarang aku serius pasal make up ni. Tapi kelas make up yang kiteorang join ni basic sahaja. Okaylah, itu je nak share.

Till then we meet again.
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape