Wednesday, 16 August 2017

Riang Ria Raya 2017

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 00:10 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!

Dah habis raya baru nak update cerita pasal raya. Hehe. Raya tahun ni rasa macam banyak jugak open house kat ofis ni. Dapat makan-makan memang aku suka. Haha. Agak meriah jugak  la raya tahun ni ye. Dan raya tahun ni semua baju raya aku jahit sendiri je. Taka da beli yang ready-made pon. Nak jimat konon. Macam tahun lepas ada jugak aku beli baju raya sepasang.



Hari raya pertama. Baju aku & adik aku tu macam biasa aku la yang jahit. Hehe.


Raya pertama tahun ni sama jugak macam raya tahun sebelum ni. Biasa-biasa je duduk rumah tunggu orang datang raya. Biasa lah mak aku anak sulung, ramai la sedara mara datang beraya. So, memang dah biasa dah tu raya pertama kiteorang memang tak dapat g mana-mana tapi best jugak ada je orang datang kat umah. Meriah gile. Raya kedua  pulak akak aku nak buat laksa untuk tetamu yang nak datang. Tapi tengah hari tu dah keluar g beraya umah sedara mara pulak. Hehe. Kiteorang pon nak raya jugak. Malam pulak ada bbq kat umah mak cik aku. So, raya kedua tu memang makan-makan jelah ye. Tapi yang tak bestnye bile malam tu perut aku pulak meragam. Bawak sampai ke pukul 5 pagi esoknye tu. Boleh bayangkan macam mana rasa penatnye tu?


Raya ketiga memang aku duduk  rumah jelah berehat. Memang tak larat bile perut buat hal. Sampai satu hari tu memang aku tak makan. Takut sakit perut lagi. Raya keempat keluar dengan cousin pergi raya rumah kawan dia. Tapi sebenarnye plan kiteorang nak g tengok Transformers lepas tu. Masa pergi tu perempuan ada 4 orang je termasuk aku. Tapi aku rasa aku je perempuan yang berminat tengok Transformers tu. Yang lain tu sebab dorang tak faham. Tengok pon sebab terpaksa. Izinkan jelah aku reminiscing kisah raya aku tahun ni ye. Nanti bila bosan, aku nak baca balik kenangan ni semua. Hehe.






Ini dia geng jalan-jalan. Gambar ni di ambil guna 360 camera. Ricoh Theta.



Raya kelima pulak Cuma pergi rumah sepupu mak aku je. Tu pon pergi masa petang. Balik dari rumah dia terus g beli barang untuk buat mee kari. Ada kawan ofis aku nak datang raya. Memang syok je tengok dorang makan. Semua sedap katanye. Raya keenam pulak bawak akak ipar and anak buah aku g tengok minion. Sepatutnye dorang ikut masa raya keempat tu tapi anak buah aku tetiba tak sihat pulak. So, bawak la dorang hari lain. Tapi aku tak tengok lah minion tu. Aku tengok cite 47meters down. Best jugak cite tu.



Raya ketujuh pulak memang tak da g mana sebab dah nak balik KL kot. Hmmm…kenapa rasa macam kejap je cuti. Nak cuti lagiiii. Balik KL, g keje macam biasa tapi yang bestnye hari raya memang selalu la ada makan-makan ni. Macam open house ofis aku buat masa hari Rabu tu. Aku bawak dessert. Tu je yang senang nak buat. Aku bawak cheesekut and congo bars. Lagi satu trifle tapi ni officemate yang suruh buatkan. Yang bestnye semua yang aku bawak tu habis okay. Maknanye sedap la aku buat tu. Hehe. Memang meriah open house kali ni sebab kiteorang jemput ramai orang jugak. Memang kenyang la sehari tu weyh. Siap tapau lagi. Haha.

Ini dia part yang paling best sebab entry kali ni akan penuh dengan makanan (in love with food kan). 

Ini cheesekut yang aku bawak. Cepat je habis. Ada lagi yang aku bawak tapi tak de gambar.

Ini main menu kiteorang. Sedap wehhh

Kek pandan gula Melaka. Ni mesti semua orang tau memang sedapppp kannn.

Kalau tengah lapar, bukak entry ni sabar jelah ye.




Ini semua dari marketing & IT department. Nak masuk semua memang tak muat la.
Makan-makan ni tak habis kat sini je. Ada je bersambung-sambung dengan floor lain esok dan hari seterusnye. Kelab sukan kiteorang pon ada buat open house jugak. Memang raya kali ni tak dapat nak eat clean sangat lah. Semua aku makan. Lepas tu ada raya gathering lagi. Yang ni pon best.

Bile tengok gambar ni balik, terus rasa lapar. Haha.


Raya gathering kat Royale Chulan Kuala Lumpur. Bergambar kat tangga ni memang tempat wajib setiap tahun ye.

Ni  masa pergi open house Tan Sri Lodin kat Royale Chulan Damansara. Baju tu macam biasa. Ahkak jahit sendiri termasuk embellishment kat tangan tu. Kalo ada yang berkenan boleh pm tepi. Hehe.

Tu sahaja la aku nak share kisah raya tahun ni. Memang penuh dengan aktiviti makan.

Lepas makan, kite bergambar la pulak untuk kenangan ye dak.
Penutup makan-makan. Jemputan dari tingkat 11 pulak. Alhamdulillah untuk rezeki hari raya tahun ni.
 Till then we meet again.

Tuesday, 30 May 2017

Idea Baju Raya 2017

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:25 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!

Dah nak masuk bulan 6 pon. Mesti ramai dah start tempah baju raya kan. Walaupun sekarang banyak je baju ready-made yang murah tapi tetap ada je orang nak tempah sebab tak nak sama dengan orang lain kan. Macam aku ni walaupon ada yang buat sendiri tapi ada jugak selai dua yang aku beli readymade. Tapi tu lahh bila nak jahit/tempah ni kadang-kadang tak de idea nak buat design ape. Bagi aku baju kurung modern jelah yang paling senang nak fikir bile nak tempah baju ni dan boleh pakai nak g mana-mana pon. Lepas raya, boleh pakai g ofis pulak, g open house ke. Tapi raya kan sebulan. Hehe. Takkan nak buat baju selai je kan? So, untuk tahun ni idea ada la beberapa idea yang aku nak share. Mana tau ada yang pening sangat nak buat design camne, meh aku bagi idea sikit.

Baby Doll Kurung
Rasanya baby doll ni dah lama in sejak tahun lepas tak silap aku. Memang cantik dan nampak sopan jugak. Lagi cantik kalo kain plain and ada chunky beads. Memang cun! Simple yet elegant.

Songket
Songket ni kalau kite pakai setiap tahun pon takkan rasa outdated sebab songket memang sentiasa nampak cantik. Tengok la baju pengantin sekarang pon mostly songket. Songket ni buat design ape pon cantik. Contoh baby doll kurung, baju guna kain plain kain pulak guna la songket. Buat baju kurung Pahang/pesak gantung pon cantik jugak. Baru la nampak ala-ala wanita Melayu terakhir gitteww. Lepas tu tambah pulak pakai rantai yg ala-ala rantai tradisional tu. Lagi nampak bergaya di pagi raya. Tapi kalau hari raya pertama susah sikit nak bergaya ni sebab biasa perempuan kan memang dok melayan tetamu je. Nak basuh pinggan mangkuk lagi. So, bergaya time g beraya jelah ye.

Jubah
Jubah ni pun sama jugak. Setiap tahun pakai pon tak rasa outdated. Sama ada nak pakai jubah plain atau bunga-bunga. Kalau plain, boleh jahit chunky beads kat lengan sikit, letak bunga 3d sikit. Cantik! Simple dan tak serabut dah nak fikir design lain. Kalau tahun lepas famous dengan dokoh patch tu. Lagi senang, gosok je dah siap! Jubah jugak boleh je kite jadikan banyak design macam tambah cape ke. Tak pun buat cape kat lengan and tambah bunga 3d sikit.

Peplum
Peplum macam tengah in pulak tahun ni. Tetiba je dah naik balik peplum ni. And design pon semua cecantik aku tengok. Tapi macam mampu tengok  je. Hehe. Kalau tempah pon ada je orang sekarang masih amik upah yang tak la mahal sangat. Berbaloi jugak lah. Kain pon sekarang banyak  kedai kain yang  ada kain murah dah cantik. Yang penting cantik dan nampak mahal walaupun harga murah apa salahnya. Tak semestinya nak nampak cantik kena beli baju/kain mahal je kan.

Itu jelah idea yang aku terfikir buat masa ni. Kali ni memang tak da gambar sebab mesti korang dah boleh bayangkan camne  kan. Yang penting jangan lupa tambah ape yang patut, lagi-lagi kalau baju korang tu plain je. Tambah la manik ke, bunga 3d or lace. Bagi nampak effect simple yet elegant!

Till then we meet again.

Thursday, 4 May 2017

Bella’s & Shaza’s Bridal Shower

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:09 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!

Asyik buat bridal shower untuk orang je aku ni kan. Untuk diri sendiri ntah bile agaknye. Hehe. Bulan 3 lepas aku ada buat bridal shower untuk Bella and Shaza. Buat sekali je senang sebab nak buat 2 kali agak susah nak cari masa yang masing-masing betul-betul free. Maklumlah group girlfriends ni ramai yang dah kawin and ada anak, keje lagi. Kan susah nak kumpul macam kami yang bujang ni. So, bile dah dapat date yang semua orang dah setuju, makanye berkumpul la kami ramai-ramai nak buat surprise untuk Bella & Za. Tapi last minute terpaksa tukar jugak plan sebab orang yang di raikan ada hal yang tak dapat di elakkan.

Invitation card & doorgift. Invitation card tu aku yang buat, gigih tak? Hehe. Doorgift pulak Hasni yang buatkan.

Close up sikit

Btw, majlis yang di rancang tu berjalan dengan lancar tapi sedih sikit sebab ada sorang yang tak dapat datang. Anak dia demam. Apa yang kiteorang plan ni orang yang diraikan tu memang tak tau langsung pasal ni sebab nak buat surprise kan. Kiteorang hanya cakap nak berkumpul ramai-ramai sebab lepas ni belum tentu dapat kumpul ramai-ramai camni lagi. Lagipun dah tinggal 3orang je yang single dalam group girlfriends ni. Aku, Fara and Anis yang single mingle tu. Doakan lah kiteorang bertemu jodoh secepat mungkin ye. Hehe.


Crown untuk orang yang di raikan. Bawal pucci tu hadiah untuk orang yang menang.


Ketibaan orang yang diraikan. Cewahh formal gila ayat.

Bridal shower kali ni buat biasa je tak macam masa Hasni itu hari buat kat Melaka. Kali ni buat kat rumah Hasni je. Kebetulan Hasni baru pindah umah, dia nak buat macam housewarming la jemput kiteorang ramai-ramai. Walaupon biasa-biasa je tapi tetap meriah jugak. Macam biasa mesti kena ada game tapi kali ni tak de punishment macam ari tu. Kali ni siapa menang dapat hadiah. Hehe. Kecoh kejap la rumah hasni ari tu. Penuh dengan belon lagi. Belon tu of course la idea aku. Hehe.

Makanan yang kiteorang semua bawak. Majlis bermula dengan makan-makan dulu. Kalau tak nanti tak de tenaga nak start game. Hehe.

Decoration



Ni masa preparation sebelum VVIP sampai. Cewahhh. Kenalkan Fara, dia ni salah sorang organizer jugak.


Majlis kali ni lain sikit dari yang lepas sebab makanan kiteorang buat potluck tapi Bella & Za tak tau pon. So, dari segi makanan meriah la sebab semua bawak makanan kan. Ada nasi ayam, brownies, popia goreng, cheesekut, sandwich, kek coklat. Banyak tu. Decoration pon meriah jugak sebab aku beli belon helium. Belon helium ni agak mahal and duit pon memang banyak habis kat decoration je. Part paling best semua orang akan dapat doorgift. Sape yang tak suka dapat hadiahkan walaupon hadiah tu hasil dari collection duit sendiri jugak. Haha.


Sebelum start game, kena la selfie reramai dulu.

Kiteorang suruh Bella buat ucapan tapi kena sedut gas helium tu dulu. Tau la camne suaranye lepas tu kannn 

Masa ni game untuk bakal-bakal pengantin. Aku buat macam puzzle gambar kiteorang yang dulu-dulu. Lepas tu suh dorang cantumkan, siapa cepat dia menang. Game ni Bella menang and dia dapat la bawal pucci tu.

Ni pulak game teka Siapa saya? Orang tu kena teka siapa diri dia(nama yang kertas tu). Dia boleh tanya apa pon tapi orang yang dia tanya tu cuma boleh jawab ye atau tidak. Game ni siapa menang ntah. Aku tak ingat pulak.


Lepas dah abis game, bergambar la pulak. Inilah aktiviti yang paling lama sekali. Hehe. Perempuan kannn. Tahniah Bella & Shaza!


Candid


Nak jugak pakai crown

Erny sorang je tak da sebab anak dia demam. Tak pe next time harapnye semua orang dapat join termasuk anak-anak sekali ye.

Ini jelah bridal shower kiteorang. Buat biasa-biasa je tapi meriah. Thanks Hasni bagi tumpang umah. Nak buat ape pon mesti kena tengok bajet dulu. Kalau nak lagi meriah, bajetnye of course lagi meriah kan. Tapi ini pon dah okay je bagi aku. Semua orang happy.

Till then we meet again.

Wednesday, 3 May 2017

Nina Wanderlust :: Ho Chi Minh City, Vietnam

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:07 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum  Wbt & Hi!

Baru-baru ni company tempat aku kerja ada buat teambuilding ke Ho Chi Minh. Cewahhh..teambuilding ke Vietnam kot. Tak de lah baru sangat. Bulan 11 tahun lepas. Haha. Bukan main amik masa nak update.  Aku cuma boleh share pasal tempat yang aku pergi jelah. Kos untuk ke sana, hotel and makan-makan memang aku tak tau sebab aku g sana hanya bawak duit untuk shopping je. Hehe. G sekejap je dalam 3 hari 2 malam. So, jadual kiteorang memang full. Ada jugak tempat yang kiteorang nak g tapi tak sempat pergi. Tapi ape pon pengalaman pergi sana memang best. Best la sebab g sana fikir pasal shopping je. Gittewww.


Kiteorang naik Malindo Air. Ni kire first time la naik Malindo sebelum ni naik Air Asia & Fire Fly je. Aku tak tau pulak tambang ke HCM berapa tapi aku rasa tak la mahal sangat dan berbaloi. Pramugari pon okay memang peramah. Boleh tengok movie tapi tak banyak pilihan. Bile dah take off tu, diorang akan bagi refreshment air mineral, orange juice and roti. Memang semua licin aku kerjakan.


Masa ni ada yang dah tido tapi aku memang tak boleh nak tido la. Nak menikmati pemandangan dari atas. Cewahhh. Kebetulan dapat seat tepi tingkap pulakk



HCMC Day 1

Kiteorang sampai Vietnam dalam kol 10.30 pagi camtu. Sampai je terus gerak ke Cu Chi Tunnel. Di sebabkan kiteorang g 3 hari je makanye jadual memang tersangat padat. Sebelum sampai Cu Chi Tunnel tu kiteorang singgah makan jap kat Restoran Samsudin tak silap aku. Makan kiteorang memang di sponsor oleh company makanya makanan memang mewah la ye. Memang kenyang rasa walaupon tak sesedap air tangan bonda di kampong..cewahhh. Yang aku perasan lauk pauk (masakan melayu la ye) mesti lebih kurang sama je. Mesti akan ada sup kosong, ikan, ayam. Memang meriah la lauh. Sup pulak bukan la sup kosong sangat pon. Ada je sayur sume tu tapi sup ni memang jenis healthy betol. Mana-mana kiteorang makan sume lebih kurang je supnye. Air pon sume air teh kosong macam Thai Tea tu, tak da gula dan tak sejuk. Patutlah orang sana semua kurus. Serius weyh,aku g sana memang tak jumpa langsung orang yang gemok ke chubby ke. Semua body cantik tak kira umur.


Sampai je terus makan. Baru ada tenaga nak berjalan lepas tu. Hehe


Okay sambung cite pasal Cu Chi Tunnel pulak. Memula aku ingatkan bosan la kat tunnel tu. Tapi bile g ramai-ramai best pulak. Lepastu tourist guide kiteorang pulak memang pandai bercerita. Siapa yang berminat nak masuk tunnel tu boleh tapi aku tak nak sebab aku rasa macam susah je nak jalan kat dalam tu. Lama jugak la abis masa kat sana. Dah la perjalanan dari airport ke Cu Chi Tunnel jauh gile kot. Ada dekat 2jam jugak. Macam dari KL ke Melaka je.






Memang panas ye masa ni. Tourist guide kiteorang cakap kat sana ada dua musim je. Hot and very hot. Kiteorang lucky sebab masa tu hot je. Memang air mineral kena standby dalam 2 botol camtu.


Lepas ke Cu Chi Tunnel kiteorang ada pergi tempat macam jual barang-barang kraftangan ni. Aku tak ingat ape nama tempat tu. Ada jual macam pinggan, hiasan untuk gantung kat dinding dan sume yang lebih kurang lah. Yang bestnye pekerja kat situ semua Orang Kurang Upaya(OKU). Diorang melukis  menggunakan kulit telur. Contoh macam ko lukis orang, lepas tu untuk mewarna orang tu dia letak kulit telur. Bayangkan dia pecah-pecahkan kulit telur tu lepastu nak susun balik kat setiap lukisan diorang tu. Hasilnye memang cantik la. Tapi rasanya memang amik masa jugak nak siapkan satu lukisan pon. Kreatif btol la kan. Kat sini tak di benarkan untuk amik gambar, so memang xdapatlah nak tunjuk.


Sekejap je kiteorang singgah. Semua pon dah penat sangat-sangat masa tu. Yelah, aku bangun kol 3 pagi kot. Sebabnya mesti ada kat ofis pukul 5pagi. Aku rasa tak de siapa pon yang beli barang kat tempat yang kiteorang singgah tu sebab harganya boleh tahan mahal. Lepastu dalam bus memang semua sambung tido balik. Sampai je hotel memang terus check in. Procedure hotel ni mesti kena tinggalkan passport kat receptionist. Masa check out nanti dia akan pulangkan semula.

Ini bilik untuk 3 hari 2 malam. Satu bilik dua orang. So, masa nak g tu dah plan siap-siap la nak duduk ngan sape nanti.


Masuk je bilik terus get ready untuk g dinner pulak. Memang bersiap sepantas yang boleh. Kiteorang g dinner kat atas kapal. Cewahhh…dengar atas kapal macam best  je kan tapi kapal biasa je pon.

Dinner

Dah nampak makanan memang excited la. In love with foooooddd...

Bas kiteorang sampai lambat sikit. So, dapat duduk kat tengah-tengah jelah. View nak amik gambar pon tak bape cantik. Ingatkan kapal tu tak bergerak sebab makanan dah abis separuh pon kiteorang tak gerak lagi. Lastly, masa dah nak abis makan baru gerak. Lepas tu memang sibuk la memasing nak bergambar. Tapi aku tak de pon gambar yang cantik atas kapal. Orang lain memasing upload gambar makan atas kapal kat instagram.
Lepas makan tu, ada persembahan sikit atas kapal tapi aku tak faham pon ada yang diorang nyanyi and keadaan kat situ memang tersangat la bising. Bukan kiteorang je yang ada masa tu. Then, balik la semula ke hotel. Turun je bas, aku tengok sume bajet macam berani nak melintas jalan padahal sume takut. Haha. Kiteorang g jalan-jalan kat night market kejap. Nak usha barang apa yang ada, mana tau kalau ada yang berkenan boleh beli terus. Aku dah target nak cari shawl neelofa tapi malam tu kiteorang hanya pergi satu side night market je. Lagi satu side tu kiteorang memang tak tau langsung. Lagipun banyak kedai dah nak tutup sebab dah lambat sangat kiteorang g masa tu.



HCMC Day 2

Hari kedua pulak memang penuh jadual dari pagi sampai malam. Fuhhh…penat gila kott. Kol 5 pagi dah ada wakeup call untuk breakfast. Lepas breakfast kiteorang terus gerak ke War Remnants Museum. Boleh tahan jugak la tempat ni walaupon rasa macam tempat rombongan budak sekolah selalu g kan tapi banyak jugak pengetahuan yang boleh kita dapat kat sini. Singgah sini kejap  je dalam 30 minit camtu.

Lepastu g singgah pejabat pos kejap untuk amik gambar ramai-ramai kat depan tu. Pejabat post pon cantik gile weyh bangunan dia. Yang ni lagi la sekejap dalam 10 minit camtu sebab rushing nak ke tempat lain pulak. Kiteorang g makan dulu kat mana ntah. Agak jauh jugak, dekat-dekat ngan Mekong River tu jugak la. Tempat ni aku suka sebab makanan dia memang sedap. Sume sedap.
Then, bergeraklah ke destinasi seterusnya. Naik boat untuk ke tempat tu, memula sekali kiteorang g kat tempat jual madu. Aku tak ingat la pulak apa nama tempat tu. Kat situ nanti diorang akan serve teh madu, aku tak tau ape rasenye sebab memang macam-macam dia campur. Aku tak minum sebab aku bagi kat kawan aku je. Lepastu bergerak ke tempat lain pulak, pergi ke tempat membuat gula-gula. Yang aku tengok ari tu dia buat gula-gula kelapa. Ada jugak jual aiskrim kelapa masa tu, sedap jugak. Singgit satu tak silap aku. Lepastu naik kete kuda untuk ke satu tempat ni. Dia akan bagi kita makan buah-buahan sambil tengok persembahan nyanyian. Masa tu dah start hujan rintik-rintik. Ingatkan hujan camtu jelah, sekali dah get ready nak naik sampan tetiba hujan lebat la pulak. So, kiteorang pon berpatah balik untuk berteduh. Tunggu hujan reda kejap, then g la naik sampan. Memula ingatkan tak best. Bile dah naik ramai-ramai(satu sampan boleh naik 4orang  je) best la pulak. Tapi rasa macam kejap sangat  je. Masa ni kena bagi tips ye kat orang tu. Tips yang sikit-sikit dia tak nak. Rasanye kurang-kurang kena bagi 50000 ke 100000 dong ke atas.


Masa tu pon dah petang kot. Nak balik semula ke hotel memang agak jauh jugak dalam 2 jam perjalanan. Ingatkan sempat la nak mandi dulu ke buat ape yang patut, tak sempat. Lupa pulak sebelum gerak naik boat tu, tourist guide tu bwk kiteorang g satu tempat ni ada jual barang-barang muslim macam telekung, shawl neelofa. Kat situ sebenarnye dia bagi masa setengah  jam je, tapi tau la bile orang perempuan dah nampak barang murah. Bagi aku takde la murah sangat barang kat situ kalo nak compare ngan night market. Tapi ramai jugak la borong tudung and telekung kat situ. Sampai je hotel, sempat la masuk bilik dalam 15 minit untuk buat ape yang patut. Lepas tu turun balik untuk g dinner pulak. Fuhhhh..aku rasa hari kedua tu memang penat gile kot. Ngan terkejar-kejar nak ke sana sini. Lepas dinner pulak, memang terus tousrist guide tu turunkan kiteorang kat night market. Kat sini la kiteorang jumpa night market yang sebelah lagi tu. Disebabkan sume nak g night market, terus cancel plan nak ke Hard Rock Hotel. Kecewa agaknye bos-bos sume tak dapat beli baju Hard Rock.


Masa ni memang sume menggila kot. Haha. Walaupon penat tapi bile sampai bab-bab shopping terus hilang penat. Benda pertama yang aku beli ialah shawl neelofa la. Banyak jugak aku beli untuk family sume. Nak pilih shawl je dah dekat  sejam kot kat situ. Lepas tu cari fridge magnet sikit. Dekat tengah malam baru kiteorang sume balik. Kat night market ni memang aku tak berani sorang-sorang. Diorang ni memang agak kasar la. Kalau kite nego and diorang tak suka, memula diorang akan membebel dalam Bahasa diorang dulu. Marah la tu. Bagi aku lantak la ko nak marah ke ape yang penting kalo aku rasa murah and aku nak beli baru aku beli. Aku ada jugak beli tshirt Hard Rock. Cari kat night market je. Haha. Dapat la 7inggit selai. Yang ni pon aku beli banyak  jugak. Dah kata murah kan. Hehe.


HCMC Day 3


Hari ke 3 nak balik dah tapi pagi tu ada masa lagi untuk shopping. Apa lagi, semua orang g sambung shopping la. Haha. Memula aku tak plan pon nak beli pape lagi. Just nak cari kopi je. Tapi rezeki agaknye, bos aku bagi duit belanja sikit. Hehe. Apa lagiii…beli la ape yang aku teringin nak beli tu. Aku beli kasut, keropok buah(buah-buahan yang di keringkan menjadi keropok, memang sedap), kopi and sunglasses. Heheh. Sempat lagi dah nak balik tu.
Balik hotel terus get ready siap-siap untuk check out pulak. Dah la aku paling lambat masa tu tapi Alhamdulillah tak de tertinggal pape. Kiteorang g lunch dulu masa tu. Then baru gerak ke airport. Lama jugak dok kat airport. Dalam 2-3jam camtu. Airport kat sana pulak bukan besar sangat macam KLIA. So, kalo nak jalan-jalan pon bukan ada apa sangat. Lagi satu nak beli pape kat airport diorang hanya terima USD sahaja ye. So, cara kiteorang menghabiskn masa ialah bergambar jelah banyak-banyak selagi boleh.


Kat KLIA pulak ada kes sikit. Masa nak amik luggage memasing tu tetiba ada hal pulak. Aku tak tau kenapa tapi agak lama jugak  kiteorang tunggu luggage sampai tapi takde. Tapi Alhamdulillah tak de bag yang hilang ke tertinggal ke masa tu. Itu jelah trip ke Vietnam kami. Memang 3 hari 2 malam tu rasa macam tak cukup je sebab agak rushing nak ke sana sini tapi apapon memang satu pengalaman yang best sebab g ramai-ramai ngan kawan. Tu yang best. Best sebab kami semua dah mencipta memori bersama.

Till then we meet again.


Ni masa hari kedua di HCM


Yang kat belakang tu nak buat album katenye. Haha.


Busy sangat nak update kat ig la tu, Muka pon tak payah la nak serius sangat. Haha.

Bousteadians


Kat Mekong River


Nak balik dah. Masa last day kena pakai baju corporate. Sporting pulak stewardess ni selfie ngan kiteorang ye. Bye Saigon!


 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape