Saturday, 28 December 2013

Reminiscing the Good & the Bad Times in 2013

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:37 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Sedar tak sedar kejap je dah nak masuk tahun 2014 kan?? Sekejap je rase dan sudah setahun jugak aku menjadi blogger. Dan dan dan semakin malas nak update belog. Bukan malas tapi tak de masa dan kadang-kadang ketandusan idea *ayat nak sedapkan ati*. Tapi bila dah ada idea, masa pulak tiada. Acane tuh?


Kali ni aku nak membebel. Ehh tak tak, tetiba je nak reminiscing memori sepanjang tahun 2013. Aku rasa tahun 2013 ialah tahun yang paling gembira aku pernah lalui sepanjang tahun. Rase macam wowwwww!!! Betol ke Nina bole lalui sume ni?? Aku tak nak la cite kesah-kesah sedih yang aku dah lalui tu. Ecewahh ingat orang nak tau sangat ke? Tak kesah la..yang penting aku memang suka share perkara-perkara yang menggembirakan instead of perkara yang menyedihkan.

Awal tahun 2013 ari tu antara to-do-list aku ialah nak belajar menjahit dress ngan Cikgu Yasalma. And thanks to Cikgu Yasalma sebab wat kelas untuk orang yang nak belajar menjahit macam saya ni. Aku pun tak sedar sejak bile aku minat menjahit ni. Yang aku ingat mase sekolah menengah lagi aku da berangan..bestnye la haiiii kalau aku bole jahit baju sendiri kan? Nak baju fesyen ape pun bole buat sendiri je. Sampai satu mase aku terlampau eksaited nak belajau menjahit tuh..aku amik kain yang dah tak di gunakan lagi untuk jahit sarung bantal. And the best part is aku jahit sendiri guna tangan je hokayyy. Masa tu mana ada mesin jahit lagi. Sekarang ni kalau nak suruh aku mengadap mesin jahit ni 24/7 pun tak pe. Hihihi.


Memula dulu aku buntu gak kat mane ek nak belajar menjahit??? Ada tempat-tempat yang aku survey tu jauh and kene ada transport sendiri kalau nak pergi. Aku tak putus asa hokeyyy. Aku cari lagi tempat-tempat lain yang senang nak pergi. Aku jumpa la kelas Cikgu Yasalma. Masa dapat alamat kelas tu aku tak tau gak tapi redah jelah. Aku naik teksi, then bagi alamat tu kat pak cik teksi. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Yang penting kalau betol kita nak buat sesuatu tu jangan cepat mengalah kalau ada dugaan yang datang.


Okay, lepas menjahit sudah settle. Antara perkara to-do-list aku ialah (ni kalau bole tak nak cerita tapi tercerita,ehh bole cam tu? Dan ini bukan nak bangga ke apa,just sharing). Aku nak tukar cara berpakaian yang lebih sopan. Maksudnya aku try sikit-sikit nak ubah cara berpakaian aku ni, nak pakai baju dan seluar yang longgar. Labuhkan tudung sikit kalo bole menutup dada dan pakai stokin. Alhamdulillah aku sudah ubah sedikit dan akan perbaiki dari semasa ke semasa. Mestilah semua orang nak jadi lebih baik bukan? Ada ke orang yang nak jadi lebih teruk??? In terms of attitude,career, financial dan macam-macam lagi,mesti semua nak perbaiki jadi lebih bagus dari semasa ke semasa bukan???

Tahun 2013 ni dah banyak menyedarkan aku untuk berdikari. Tapi itu semua takkan mampu aku lakukan jugak tanpa familia, bff and friends (ecewahh da macam speech pulak). Just for the records, tahun 2011 dan 2012 bole di katakan aku telah menerima tamparan yang sangat besar dalam hidup nih (dah mula dah nak bukak cite sedih dia). Sampai aku dah putus asa untuk buat apa-apa. Tetiba suatu pagi aku bangun dan tampar muka sendiri * okay tipu * dan cakap kat diri sendiri, "sampai bila ko nak jadi camni? Loserrrr! Wake up Nina! Wake up!! Buktikan ko bole jadi lebih bagus dari sekarang ni. Don't let people bring you down! The best revenge is living a good life!." Then aku muhasabah diri. Aku berubah. Aku mula kentalkan mental dan fizikal. Start 2013 aku mula plan ape yang aku patut buat. Dan tahun-tahun seterusnya apa yang patut aku dah capai. Mungkin pencapaian itu tidak besar bagi orang lain tapi amat besar bagi aku. Contohnye tahun ni aku jahitkan baju untuk family aku. Macam tak caya je aku boleh jahitkan baju untuk mereka? Dan rasa puas bile tengok diorang pakai baju yang aku jahit tuh? Tahu tak camne perasaannye bile tengok orang pakai baju yang kita buat tu???

Lastly, tahun ni jugak la aku dapat kerja. Yup! Iols da kerja hokeyyy! Sudah jadi orang bekerjaya. Gitewww! Just so you know, aku student acca kan??? Aku still teruskan ACCA tapi bukan amik full time cam dulu lagi. Amik part time je. Means, kalau dulu aku amik dua payperrr untuk satu sem. Sekarang aku amik satu payperr untuk satu sem. Bile nak abis tu??? Tak dapek la den nak menjawabnye. Hohoho.

Alhamdulillah, tahun 2013 ni banyak perkara-perkara baik yang berlaku. Dan aku juga selalu fikir positif, ape pun yang jadi kat kita mesti ada hikmah bukan? Yang penting jangan berdendam dan doakan yang baik-baik, InsyaAllah perkara yang baik-baik juga yang datang kat kita. Tahun ni jugak aku jumpa housemates yang paling best sekali! Alhamdulillah. Ohh ye, terlupa pulak. Tahun ni jugak first time aku join even Nuffnang dan berkenalan dengan blogger lain. Memang pengalaman yang awesome!!!



Ni mase raya. Baju untuk mak dan adik, saya yang jahitkan. Hihi.

Ni masa sambut raya bersama Nuffnang dan rakan-rakan blogger

Ni masa first time g tengok anugerah skrin. Eksaited hokeyyy



Ni masa tengok teater Bahayanya Wanita itu hari. First time gak g tengok teater. Hehe. Best!!!




Till then we meet again.

Thanks kepada sesiapa yang sudi baca.









Wednesday, 27 November 2013

Seharian Di Cameron Highland

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 04:19 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Aku selalu terlupa yang aku ni bukan sahaja student dan designer wanna be(hehe) tapi aku jugak blogger. Tak sedar kowt last aku update blog bulan September yang lepas. Dua bulan da aku tak update blog. Errr???

 Itu hari mase awal November aku ada g short vacation ngan akak,abang ipar and 2 orang boipren(nephew).  Kteorang g Cameron Highland! Gerak dari Key Ell dalam jam 7 pagi. Balik jam 6 petang. Unfortunately,kami g time deepavali. So, ada tempat yang kteorang nak g tu tutup pulak. Huhu. Tempat pertama yang kteorg singgah ialah ladang teh Boh. Memang menakutkan jalan kat Cameron ni.


Inilah ladang teh Boh tu! Cantik bukan?

Lepas tu kami g Butterfly Garden. Tapi bukan setakat ada butterfly je kat situ. Macam-macam ada. Tiket masuk 5 inggit. Okay la tu kan. Best jugak. Kat situ la first time aku dapat tengok kepompong. Ala kepompong yang sebelum jadi rama-rama tu.

Nampak tak kepompong tu? First time aku tengok. Tu yang excited sikit. Hee.

Haa tu da jadi rama-rama! Rama-rama kat sini sume cecantik.

Ni mase kat butterfly garden tu


Inilah salah satu butterfly kat situ. Besor2 rama-rama kat situ.

Bunga-bunga kat sini pun besar jugak.  Tak pernah aku tengok bunga raya besar camni.

Mase nak balik tu kami singgah jap kat sini nak makan scone.


Ni jela yang kami order.




Okay..dua gambar kat atas ni tak da kene mengena ngan Cameron. Saje nak cite itu hari aku ada g Penang jap ngan akak aku. Mase ni tengah jenjalan kat Taman Botani Penang. Aku tengah syok la amik gambar ngan adik aku mase tu, tetiba ada orang datang kat aku and said" excuse me. Can i take picture with you?" Aku terkejut kowt tetiba ada orang nak amik picture ngan aku.Rupanye diaorang tourists dari Thailand. Diorang lecturer if im not mistaken. Saje bawak student jenjalan kat Malaysia. Nak tau tak kenapa diorang nak amik gambar ngan aku? Dia cakap camni, "you are beautiful,that's why I want to take picture with you."

Memang lepas tu aku kene gelak la ngan adik and akak aku. Haha. Terasa cam retis jap la. Hihi.

Till then we meet again. ^_^

Friday, 13 September 2013

Raya Da Abis Pun Still Sambut Lagi ^_^

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:28 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Walaupun raya da abis tapi aku still nak cite pasal raya jugak. Itu hari aku ada dapat invitation dari nuffnang. Invitation untuk celebrate raya bersama nuffnang dan Papa Johns pizza. Sebenarnye nak dapat invitation ni pun bukan bole dapat gitu aje. Aku kene upload gambar aku dengan memakai barang bertemakan color Papa Johns Pizza iaitu red,green and white. Upload gambar tu kat instagram. Tapi pemenang di pilih bukan ikut like paling banyak k. Kalo ikut like paling banyak,sah-sah aku kalah. Sape jela yang nak like gambar aku kan. Bukannye aku blogger famos amos pun. Kalo da femes ko letak gambar selipar je pun ramai yang like. ^_^


Gambar ni la aku upload kat instagram tu. Red,Green and White


Lepas dua tiga hari aku upload gambar ni,aku pun dapat la email dari nuffnang mengatakan aku dapat invitation ni. Bole bawak lagi sorang, bawak la sape-sape yang aku nak bawak. So,aku bawak bestfriend aku, Bella. Ini pengalaman kali pertama aku dapat g event nuffnang. Memang best dapat kenal blogger yang lain.


Inilah Bella!



Da la first time join event nuffnang,bole pulak aku sampai lambat time tu. Ape laa. Macam-macam dugaan nak g time tu. Meh sini aku nak cite. Memula dapat je invitation tu aku pun terus call Bella nak ajak dia g sekali. Aku pun call la,

Nina: Bella,hari sabtu ni ko ada nak g mane-mane tak?

Bella: Kejap ea aku tanye adik aku sebab ari tu dia ada cakap nak pergi umah  mak cik aku.

Nina: Ooo..yeke.

Bella: So, ari sabtu ni memang jadi pergi umah mak cik aku. Nape?

Nina: Aku nak ajak ko pergi sambut raya ngan nuffnang ni. Tapi ko ada hal. Benda ni pulak nak kene confirmkan aku pergi or tak.

Bella: Ooo..yeke. Kalo camtu ko confirm je dulu. Nanti kite bincang camne.

So,aku pun confirm la. Since event nuffnang tu malam, Bella sempat la pergi umah mak cik dia dulu. Event tu pulak dekat ngan umah Bella. So, aku kene g la umah Bella dulu. Dari umah, aku just make up je dulu. Nanti takut tak sempat. Memula plan aku akan sampai lrt kelana jaya jam 4 petang. At last,jam 4 petang aku baru nak gerak. Camne? Nak dekat jam 5 la aku baru sampai. Sampai-sampai pulak hujan. Bila hujan,jalan pun jam la. Bella pun terlambat sikit amik aku kat lrt. Jam 6 baru sampai umah Bella. Nak siap-siap lagi. Ape lagi. Aku rase nak dekat jam 8 jugak la baru sampai. Orang lain da makan macam-macam,kteorang baru sampai? Segan jugak la mase baru sampai tu. Blogger yang aku kenal Red Mummy je. Yang lain mase tu baru kenal. Best dapat kenal diorang semua. Pengalaman baru dan kawan baru.


My outfit of the day


Antara kawan-kawan blogger



Gambar dengan semua blogger tak da kat aku..sobs sobs










Aku kan sampai lambat,mase da lame sikit sampai tu baru aku tau yang makanan yang di hidangkan tu semua belom launch lagi. Means kiteorang la antara orang pertama yang dapat rase makanan tu semua. Thanks Papa Johns Pizza!

Ini antara pizza yang Papa Johns Pizza akan launch tak lame lagi

Okay,till we meet again. Thanks kepada sesiapa yang sudi bace. Thanks again to Nuffnang & Papa Johns Pizza! Cewahh da macam bagi ucapan pulakss.





p/s: kalo sesiapa yang sudi nak follow kite kat instagram bole la follow ye.

Sunday, 18 August 2013

Cerita Raya(2013) Saya ^_^

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:05 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hii!


Entry aku kali ni just nak cite pasal kesah raya aku kat Melaka. Memang setiap tahun pun aku raya kat Melaka. Mak aku pulak anak sulung, so memang sume pak cik mak cik akan balik beraya kat umah kami la. Bila raya je, time yang aku paling suka ialah malam raya. Sebab dapat main mercun dan berlawan-lawan ngan jiran. Tapi mercun biasa-biasa jela. Hihi.



Inilah family saya. Ayah,mak,saya,adik dan abang. Tak cukup lagi dua orang.

Tak banyak sangat gambar yang ada. Gambar makanan ape yang orang Melaka masak mase hari raya pun aku tak amik. Yang aku tahu mase tu makan makan makan. Hewhew. Entahlah..aku tak bape nak reti lagi sebelum wat pape tu mesti nak amik gambar dulu. Then post kat facebook or instagram. Sebab aku tak biasa. Lepas ni mungkin terbiasa kowt sebab terikut-ikut dengan keadaan sekeliling. Yela, aku pun nak post jugak gambar makan sekali-sekala. Walaupun ada yang mengatakan post gambar makanan ni loser. IDC!





My outfit mase hari raya ke-3


Ehh, nape tetiba je hari raya ke tiga? Sebab raya ke-2 aku tak g mane-mane pun. Dok umah je. Mase raya pertama pun aku tak g mane-mane jugak. Dok je kat umah tunggu orang datang. Dapat duit raya lagi. Hehe. Da besar pun dapat duit raya jugak. 



Ni mase raya ke-4

Orang lain masih beraya tapi kiteorang g tengok wayang. The conjuring. Bole tahan seram cite tu. Lepas tengok wayang, g jalan-jalan kat bandar hilir untuk kali ke-99. Walaupun da banyak kali tapi mesti wajib jugak amik gambar. Dan hari itu ialah kali pertama kami naik beca. Hehehe. Sebab tu muka sume excited. Lepas tu balik semula ke KL untuk sambung raya. Sabtu ahad memang g makan-makan kat umah sedara mara jela. Asyik makan makan makan. Da nampak makanan memang aku tak ingat la nak amik gambar, selca, camhore and whatever tu. So, memang tak de gambar la. Kalo ada pun gambar mase dalam kete,pic syok sendiri. Haha.

Setakat ni jelah cite raya aku yang tak bape best. Tapi bagi aku tetap best sebab dapat duit raya banyak. Hee. Daaaa~~~ ^_^

Monday, 29 July 2013

Kenapa mesti 08.08.2013?

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 19:55 2 Suka Ku Bercerita
Assalamulaikum Wbt & Hii!



Entry sebelum ni bukan main lagi aku cakap mase cuti sem ari tu bole la selalu update belog. At last, hampeh. Busy yang amat katenye. Aku cuti dua minggu je kowt. Time tu la nak beli barang-barang untuk bisness. Haaa..selain dari Nina Sew Planet, aku juga ada buat bisness partnership menjual shawl. Yang bestnye shawl ni kiteorang yang design sendiri dan cari kain sendiri. Plus ada label sendiri. Tapi tu sume masih WIP (work in progress). Nanti bila da ada official FB page dan yang lain-lain, aku akan share.

Mukadimah aku ni macam tak da kene mengena je dengan tajuk di atas kan? Kenapa dengan tarikh tu ye? Haa...mesti pikir raya kan? Tapi selain dari hari raya ari tu..ada perkara yang besar jugak untuk aku. Time tu la aku akan dapat result exam aku! Ye! 08.08.2013! Acaner ni weyh? Tak bole aku nak gambarkan perasaan aku ni dengan kata-kata. Nebes weyh!


Baeklah.. Kite lupakan sekejap pasal nebes aku tu. So, macam mana dengan persiapan raya korang?? Baju raya? Kasut raya? Sume da ada? Aku tahun ni jahit baju sendiri. Tapi belom siap lagi. Khamis ni ada kuiz pulak. Cakap pasal baju raya aku ada usha jugak online shop yang jual baju raya gojes-gojes. Memang kalo pakai time raya nanti memang meletoplah!


Ini ada salah satu koleksi raya dari MinimaLace



 Suka sangat dengan sume koleksi dari MinimaLace ni. Sume gojes-gojes. Macam dalam gambar ni. Dengan colour yang cantik,sejuk je mata memandang bile pakai kan?



Ini pulak koleksi raya dari Minaz Boutique. Cantik bukan? Bile pakai rase cam comel-comel je.



 
Last but not least, ini koleksi raya dari Mazlianul Maznan. Looks exclusive. Suke!


Ini sume cuma aku just share untuk korang-korang yang masih belom beli baju raya lagi. So,cepat-cepatlah pergi beli ye. Pasan tak sume nama butik yang aku sebut ni bermula dari huruf M? Aku baru pasan. Hee. Apa-apapun kalo nak shopping raya nanti biarlah ikut kemampuan kite kan. Cehh..aku ye-ye je pesan kat orang. Diri sendiri camne pulak Nina oii?





Rasenye tak terlalu awal kan kalo aku ucap selamat hari raya sekarang. Takkan aku nak update belog malam-malam raya atau pepagi raya pulak untuk ucap selamat hari raya. Masalahnye line kat kampung faham-faham jelah. Lepas ni pun entah bile lagi aku nak update belog. Lalalala. Selamat Hari Raya kepada yang sambut hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin.



Monday, 10 June 2013

Permulaan Yang Baik

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 21:36 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Wahhh..da lama gila tak update blog. Rindu rindu rindu. Semalam baru je habis exam. Time cuti ni bole la selalu update belog. Hee. Hey hey heyy..saya nak share sedikit berita gembira saya ni kepada anda semua. (ayat cam karangan bahasa melayu pulakss)  Sebelum ni kan aku ada cakap nak bukak online shop. Ini la nak cerita sikit (cer cite cer cite). Aku sudah ada nama untuk online shop itu. Namanye ialah Nina Sew Planet. Pelik tak namenye? Tapi aku suka sebab cam unik bukan? 


Kalo sudi..jemput la like page kite yang xseberapa ni. Hee.


Aku baru je buat page ni beberapa jam yang lepas. Kalo sudi dan rajin, jemput la singgah dan like page iteww. Ce tengok logo Nina Sew Planet tu. Logo tu bukan aku buat sendiri yeee. Saya suruh orang designkan logo untuk saya dengan bayaran yang sangat berpatutan. Semua rekaan logo yang dia buat cecantik belaka. Kalo tak percaya bole la tengok di sini. Bukan setakat design logo je bole malah amik tempahan untuk biz card jugak.


Sneak peek. Mermaid Dress.


Ini ialah antara dress yang saya jahit. Yang lain-lain tu bole la tengok di page saya di facebook oke. Dan akan ada banyak lagi design. Da nak raya ni lagi la kan. Hee. Baju family pun banyak jugak kne jahit. Ape pun tempahan masih di buka lagi. Ishhh...da la. Asyik cakap pasal business je kat sini. Kalo bole tak nak la cakap pasal business dalam ini belog tapi kekadang tu tangan ni tetiba je nak jugak taip pasal ni.


Setakat ini jelah entry kali ini yeee. Thanks kepada sesiapa yang sudi bace!


Wednesday, 15 May 2013

What a hectic life

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 00:41 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Lately ni  tak da ape yang menarik berlaku dalam hidup aku untuk aku membebel dan ceritakan kat blog nih. Yela sekarang ni hidup aku kat kolej ngan kat rumah je. Lagi-lagi da nak exam nih. Lagi dua minggu je. Doakan saya ye. ^_^ Aku nak update blog pun tak dak idea. Kalo nak cerita pasal aku lagi la tak menarik langsung. Ohh ye..aku da dapat satu nama untuk online shop yang aku gebang itu hari. Puas da pikir. Akhirnye dapat jugak satu nama tapi rahsia dulu la. hehe. Banyak benda aku kene buat dan sekarang nak study dulu memang tak de mase nak pikir pasal bisness.



Hai saya Nina. Lagi dua minggu saya ada exam. Doakan saya ye. ^_^
Saya pakai baju yang saya jahit sendiri. Hee


Sekarang ni aku ada banyak sangat idea tapi tak tahu bile nak mula. Aku pernah dengar orang cakap.."orang dulu-dulu cakap kalo nak berniaga kene ada duit yang banyak tapi sekarang ni guna leverage sahaja". Betol ke? Tapi aku tetap merasakan duit tu kene ada jugak. Kalo tak camne ngan modal kan?


Dalam sibuk-sibuk aku pun itu hari aku ada pergi jugak ke bookfair kat PWTC. Bukannye pergi berjoli pun kan. Tapi aku tak faham la kenapa tahun ni ramai gila orang kat sane sampai nak jalan pun aku memang tak boleh. Tension aku orang terlampau ramai sangat nih. Dan hasilnye dapat la aku beli 3 buah buku.

Setakat ini jela aku mampu membebel. Gud luck Nina!

XOXO

Monday, 22 April 2013

Ada sesiapa boleh tolong saya?

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:30 1 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Baru pasan yang aku da sebulan tak update belog. Sigh. Busy sangat nampaknye sampai da sebulan tak update belog. Ni pun aku update kat kolej je untuk mengisi mase yang terluang ni. Jap g da masuk kelas. Da nak exam ni makin banyak kelas sedangkan amik dua subjek je tu. Semalam je kelas performance management dari jam 12 tengah hari sampai 6 petang. Memang balik umah terus pengsan. Ape benda la yang aku membebel ni.


Aku sebenarnye memerlukan bantuan sesiapa yang sudi nak tolong aku. Aku ada plan nak wat online shop. Yela aku ada terpikir gak daripada aku just sibuk gebang kat orang yang aku pandai menjahit tapi cam tak dak hasil, baik aku mulakan langkah pertama. So,firstly i need a name. Nama apa aku nak letak kat online shop tu nanti? Aku da puas pikir tapi tak jumpa-jumpa jugak. Aku tak nak la letak nama-nama typical contoh macam asalkan jual baju je kat hujung tu letak boutique, gallery la. Klise. Banyak songeh pulak kau ni kan. Aku nak name yang simple dan senang je orang nak ingat. Ada sesiapa boleh tolong saya tak?

Kat online shop tu nanti aku just amik custom made sahaja.Buat mase ni aku tak akan wat baju ready made sebab aku lebih suka ukur baju kat badan sendiri. Ukur kat badan sendiri,baju siap then kau sorang je ada baju camtu. Lagi puas hati aku rase. So far, aku da berani amik tempahan yang aku sendiri tak terpikir aku bole wat. Dan aku jugak da berani amik tempahan untuk jahit lace dan manik. Nanti aku upload picture oke. Lately ni aku memang malas nak upload picture. Sori,aku ni memang menbosankan. Dah la ayat macam syok sendiri je. malu ahh


Aku wat entry ni bajet macam ada orang nak tolong aku je kan. Tak pe la aku just mencuba nasib kowt-kowt ada yang nak tolong bagi idea. Hehe. Kalo ada idea tu sudi-sudi la kongsi ngan saya ye.

Thanks kepada sesiapa yang sudi bace!

Monday, 25 March 2013

Ape Yang Anda Perlu Tahu Tentang ACCA

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 05:03 9 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Entry kali ni bukan nak bagi tips camne nak jawab soalan ACCA ke ape. Aku just nak share sikit pasal ACCA yang aku rase orang yang nak amik ACCA ni perlu tahu. Basically, kalo nak amik ACCA korang mesti ada diploma atau CAT atau lepasan matrik ke. Kalo ada degree lagi bagus. Kalo ada diploma dan degree korang akan dapat exemption untuk beberapa paper. Macam best je dengar kan? (Padehal baru je kuiz rase cam nak nanges je mase jawab.)



First aku nak bagitau dulu paper ape yang korang akan amik mase wat ACCA ni. Xsame cam diploma atau degree tau yang setiap sem ada lebih kurang 5-6 subjek tu. ACCA camni,ada paper F1,F2,F3,F4,F5,F6,F7,F8,F9. Lepas tu professional paper lak. Sume skali ada 14 paper. Kalo aku amik 2 paper je 1 sem. Tu pun da susah oke. Sape cakap akaun senang? Ce amik ACCA nak tengok bole tak lulus sume dapat markah 80 ke atas tanpa gagal? Bukan la maksud aku  tak bole lulus. Tapi aku tak puas ati kalo ada orang cakap camni..

"ouh budak akaun ehh? Senang je kan. Just nak balance kan je balance sheet and whatsoever tu kan?"

Asal balance je akaun. Asal akaun je balance. Tak de benda lain ke? Sebenarnye lebih dari tu lagi. Sampai ada yang cakap ACCA ni kalo orang tu fail da jadi perkara bese. Lepas tu setiap kali result kuar orang akan tanye dulu lulus ke tak? Second yang korang perlu tahu ialah setiap paper yang korang amik ni mestilah kene lulus kan. Kalo tak lulus camne nak dapat ACCA ye idak? Kalo tak lulus kene la amik exam lagi sampai lulus. Setiap paper exam korang kene bayar dulu kat ACCA dalam pound tau. Ni kene bayar sendiri la guna kad kredit atau cara lain. Setiap paper pulak harga lain-lain. Kate la korang tengah amik F3 then kali kedua amik baru lulus. Dua kali la korang kene bayar duit exam tu. 


Aku bagitau ni bukan nak menakutkan sape-sape yang nak amik ACCA tu. Just nak share sedikit info. At least korang da tau kan ACCA ni camne? Bukan senang nak senang kan. Sebab tu la ACCA ni orang pandang. Mase belajar pun tengok la camne.  Itu jelah yang aku dapat share. Kalo ada pape yang tak tau dan tak faham bole la tanye ye. Tapi jangan la tanye soalan yang susah cam F5 tu. Hehe.


Till then we meet again. Thanks kepada sesape yang sudi bace!

Sunday, 17 March 2013

Cerita Tanpa Gambar

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 07:42 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!



Oke aku rase kali ni memang paling lame aku tak update belog. Sebab utamanye tak de internet. Hehehe. Kalo aku da update belog memang tak de cite lain selain kisah hidup aku yang tak bape nak best ni. Tapi bagi aku tetap best. Hidup sebagai student dan kadang-kadang tailor dan kadang-kadang jugak blogger. Busy kan saya ni? Hehehe.


Lecturer aku cakap hidup sebagai student ni sebenarnya fantasi. Mane tak fantasi. Pegi kelas,balik kelas,study,kuar jenjalan tengok wayang ngan member. Lepas tu duit abis call mak ayah cakap duit abis. Nanti petang duit masuk. Fantasi kan? Hidup penuh ngan pelangi-pelangi indah sebagai student. Tapi bile da keje. Baru la tau camne hidup ni sebenarnye. Sampai kadang-kadang tak de mase nak lepak ngan kengkawan. Aku tau sebab aku da pernah keje.


Entry kali ni aku cam tak da motip pun sebenarnye. Cuma nak bercerita, membebel dan sebagainye. Hihihi. Dan memang entry yang tak da picture oke. Boringgggg. Ari tu aku ada terbaca kat FB. Orang tu cakap kite kat Malaysia ni pakai jubah sebab ape? Fesyen atau nak tutup aurat? Tengok orang sekarang da ramai kan pakai jubah/dress yang nampak lebih muslimah sikit. But the problem is....pakaian tu cam ketat semacam. Hahh..aku ada terasa la kan. Betol jugak tu. Dan aku terpikir sebenarnye aku sebagai tailor, mencabar jugak perkara tu wat aku. Kalo bole kene la hasilkan baju yang cantik untuk si pemakai but at the same time sorokkan bentuk badan si pemakai. Dan aku sendiri sebenarnye nak tukar jugak cara aku berpakaian. Pakai tudung or stoking tak wajibkan. Tapi yang wajibnye tutup aurat. Ada sape-sape faham tak ape yang saya membebel ni?


Lagi dua bulan aku da nak final exam. Seram tu. Kejap je da nak exam. Doakan saya ye kawan-kawan. Lepas abis exam aku terpikir nak bukak tempahan untuk raya. Ada sape-sape berminat nak tempah tak? hehehe. If interested,do contact me. Bole la add kat facebook untuk bertanya lebih lanjut.


Till then we meet again. Thanks kepada sesape yang sudi bace bebelan aku nih.


XOXO

Nina Szar


Monday, 25 February 2013

Rekaan Saya

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 05:13 6 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!



Sebelum ni aku ada sebok gebang yang aku ni pandai menjahitkan. Entry kali ni aku just nak share dress-dress yang aku da jahit dan reka. Aku baru je belajar menjahit dress ni,so memang takkan setanding la ngan designer-designer fofular kan. Hehhh.


Ini adalah first dress yang aku jahit. Semangat gile lepas 2hari pegi kelas terus beli kain sebab nak jahit dress.





Lepas tu wat blouse untuk adik pulak. 



Yang ni pulak memang aku pandai-pandai je reka sendiri. Konon nak wat peplum tapi tak jadi peplum pun. sob sob sob. Pastu tambah la lace.



Oke dress yang ni plak aku guna material cotton lycra and satin crepe. Tak tau nape aku suke sangat dress ni. Hewhewhew



Last but not least ini adalah palazzo pant. Nampak seperti  skirt bukan? Tapi bukan  skirt . Oke selain dress,blouse and palazzo pant aku tau jugak jahit tudung syria/awning lembut,cardigan dan skirt.


Tu jelah yang aku dapat share. Banyak lagi aku design dan nak cuba wat tapi belom ada mase lagi. Aku baru je belajar ni sume dalam tahun ni jugak. Dalam entry sebelum-sebelum ni aku ada bagitau kat mane aku belajar menjahit ni. Ye..masih banyak yang aku perlu belajar.


Till then we meet again.

Wednesday, 20 February 2013

Takut

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 07:33 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Just so u know,imma full time ACCA student. So basically, 1 subject has 6 credit hour. Can u imagine 6 credit hour for one subject? So, only two subject is enough for me and my lecturer said that two subject gonna change your life! So yeah,it so true. But the problem is i'm not just a student,i'm also a tailor. I mean part time tailor or maybe designer also. Ngehngeh.


Nampak tak tamaknye aku di situ. Menjahit ni memang da lame aku minat sangat. Sebenarnya aku risau dan takut jugak. Yela wat dua keje dalam satu mase. Multitasking. Walaupun menjahit aku just amik tempahan kecil2lan saje tapi mase tu cam tak cukup je 24 jam. Mane nak study lagi,nak menjahit lagi. Nak update blog lagi la. Life is a bit hectic as a student and tailor at the same time.


Aku suka jugak berblogging dan berbelogwalking. Banyak jugak belog yang lain-lain aku ada bace. Selalunye belog yang aku follow ni tapi masalahnye aku hanya sempat singgah dan baca sahaja hingga tak sempat nak meninggalkan komen. Huehuehue. Maap ye kawan-kawan.

Honestly, memang aku takut wat dua keje sekali. Paling takut kat ACCA. Kalo bole memang la nak straight seating. Hope aku bole gunakan mase sebaiknye untuk mase depan yang lebih cerah. Mihmihmih. Ada orang cakap kalo nak mase depan cerah keje la ngn TNB. Hahaha.

Oke la..terima kasihlah kepada yang sudi membaca bebelanku ini.


P/S: Next update aku ingat nak wat tutorial camne nak wat inner. Ala inner cam yang aku pakai tu macam picture kat atas ni. Kain lebih2 korang tempah tu bole wat inner. Jangan membazir. Tapi tak tau la bile nak update. Senang sangat dan mudah nak jahit!

Wednesday, 13 February 2013

Mari Menjaga Muka Bersama Hansaegee Nature

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 11:02 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!


Semenjak beberapa minggu nih aku memang da jarang update belog. Besenye seminggu sekali je, tak macam mase baru wat belog dulu. Ermm maybe because lack of ideas(hehehh) dan jugak kekangan masa.

Okay,berbalik kepada cite asal aku. Setiap kali aku tengok running man je mesti aku akan jeles tengok Ji Hyo tu. Tengok la muka dia licin, putih bersih. Aku pun teringin jugak nak muka camtu. Hmm..tak kenal Ji Hyo??



Inilah Song Ji Hyo! Cantik bukan? Gambar dari Google.



Ada orang kata artis2 Korea ni cantik mungkin jugak sebab cuaca. Malaysia ngan Korea kan mane same cuacanye. Tapi aku tetap tak puas hati. Takkan la sebab cuaca kulit dorang bole jadi cantik,kulit orang Malaysia tak bole ke?




Ini pula flower boy Song Joong Ki! Gambar dari Google jugak.


Tengok tu,yang lelaki pun tak nak kalah. Diorang pun jaga muka jugak cam orang perempuan. Ermm..maybe betol jugak faktor cuaca tu membuatkan kulit diorang cantik. Tapi sebab utamanya diorang ni rajin jaga muka kan? Kalo sume orang rajin jaga muka,of coz la bole jadi cantik. Ce tengok nih...



Gambar Google jeww

Haa..artis kita pun ada yang cantik. Bole kata memang sumenye cantik la. Sebab diorang nih rajin jaga muka. Mungkin orang2 yang cam aku nih memang la tak mampu nak beli produk yang mahal2. Pakai setakat yang kita mampu jela. Ini yang aku nak share ngan korang sume. Da kate nak sangat kulit cam orang Korea tu kan. Produk pun memang dari Korea. Hehehh.


Produk yang saya gunakan dari Hansaegee Nature.

Siyesly aku nak bagitau nih adalah barang pertama yang aku beli online. (Hehehh malu kejap). Dan aku sangat puas ati ngan produk and servis diorang nih. Produk yang aku guna ialah Beauty Clinic Suction Nose Pack,N.M.F Aquaring Ampoule Mask dan H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask.

Mula-mula pakai nose pack. Benda ni ada dua step. First tampal benda hitam tu kat hidung ye. Dan tunggu selama 10-15 min kemudian tanggalkan. Ia juga akan turut menanggalkan blackhead yang ada kat hidung tu. Nose pack ni wangi la pulak. Mase pakai tu sampai rase cam nak tertido je kannn. Second step lepas bukak benda hitam kat hidung tu tepek la pulak pore stamping serum. Mudah bukan?



Okayy..sila jangan takut ngan wajah-wajah di atas. Saya memakai N.M.F Aquaring Ampoule Mask. Fungsinya untuk melembabkan muka kita. Pakai selama 10-20 minit. Ingat jangan pakai lebih dari masa yang di tetapkan. Kang da syok sangat pakai mask ni sampai tertido plak.


Wajah-wajah di atas ni pun jangan takut jugak ye 
(Maaf gambar sudah di delete). Nampak macam orang minyak je tu tapi sebenarnye itu saya. Saya memakai H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask. Ianya mengawal excessive sebum oke. Itu yang aku nak dan perlukan. Lebih elok kalo memakai mask seperti di atas 2-3 kali seminggu. Lepas tu kulit muka akan jadi seperti Ji Hyo mungkin? Hehehe.. Tapi selain daripada menggunakan mask2 seperti ini jangan lupa jugak penjagaan basic seperti pencuci muka,toner dan krim siang & malam. Dan yang paling penting jangan sesekali tido ngan make up masih ada kat muka tu. Aku tau kulit muka aku ni tak de la cantik cam si Ji Hyo tu tapi aku just kongsi ape yang aku tau jeww.


Till then we meet again. Thanks kepada yang sudi membaca bebelanku ini.


P/S: Mungkin ada yang da tau pasal Hansaegee Nature ini.Entry ni aku cuma nak share product yang aku gunakan ini. Memang aku puas ati menggunakannye. Ohh ye Hansaegee Nature ni cuma ada online shop saje.

Thursday, 7 February 2013

Kecewa

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 01:19 1 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt & Hi!




Gambar dari Google. Sekadar hiasan jewww.




Aku rase sume orang tau ape itu LRT ,KTM, Monorail.Orang yang selalu menggunakan public transport cam aku ni lagi tau la kowt. Aku sebenarnye tak de masalah langsung ngan benda tu sume. Yang aku kecewa ngan sikap sebahagian pengguna.


Kite semua tentu da tau setiap station akan ada orang yang nak keluar dari LRT, KTM and Monorail. Yang aku tak fahamnye orang yang nak naik ni sibuk sangat berhimpit-himpit,berebut-rebut nak masuk. Tak fikir ke orang nak keluar camne kalo sume sibuk nak masuk. Tak mustahil la ngan sikap camtu ada orang memang langsung tak bole nak keluar dari tren sebab da tersepit. Tak pasal-pasal da menyusahkan orang lain.


Apa la salahnye kalo beratur ke tak pun bertimbang rase sikit bagi orang keluar dulu dari tren. Aku cakap camni sebab aku pun pernah kene. Hangin je aku. Aku nak keluar, da kat depan pintu ni. Yang orang kat luar ni sibuk  dok tolak aku masuk ke dalam. Hangin betol gua mase tu.


Bile da jadi camni kekadang aku terfikir patutnye orang-orang camtu patut pi belajar adab-adab atau cara-cara naik public transport. Beringat la sikit bukan kite je nak cepat,nak terkejar-kejar ntah ke mana, orang lain pun same jugak. Wkwkwkwkwkwkwkwkw


Aku yang kecewa.

Nina.
 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape