Sunday, 30 December 2012

A Night in Melaka

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 10:48 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt...and hi!


Dulu kalo orang tanye aku apa yang best kat Melaka tu? Aku akan jawab entahhhh. Cam xda yang best ja. Aku selalu keluar pun g Mahkota Prade untuk tengok wayang. But now..macam2 ada weyhhh. Waktu malam pun macam2 ada. Kalo sekarang orang tanye aku banyak jugak la yang aku bole bagitau ape yang ada kat Melaka tu. Cakap je ape yang korang nak buat bile datang Melaka. Nak g melawat tempat bersejarah? Ape? Xnak sebab tempat tu da pergi mase rombongan sekolah dulu? Okayy takpe banyak tempat lagi ada. Bole g mandi manda kat water world,zoo melaka pun ada,animal world safari pun ada dan macam2 lagi la memang xdapat la haku nak listkan sume kat sini.


Aku ni name je orang Melaka tapi xsemua tempat aku pernah pergi. Kali ni aku cume nak share apa yang ada kat Melaka pada waktu malam. Pernah dengar x Melaka River Cruise? Korang bole naik boat selama 45minit sambil menikmati pemandangan.



Ni view waktu malam. Cantekkan? Gambar dari google je.




First time naik boat ni. Muka eksaited.


Aku pernah naik sekali je boat ni. Honestly,benda2 yang lain kat Melaka tu aku xpernah naik lagi cam pirate ship,Menara Taming Sari. Aku xda rase lagi nak try sume tu sebab aku rase cam ala bile2 aku nak bole pergi  ja. Ayat berlagak.



Pernah naik beca tak? Waktu malam pun ada beca tahu. Nak bagitau ni...aku xpernah pun naik beca.hehe. Ape daa...sume benda xpernah naik camne nak share ape yang best kat Melaka kannn.



Beca kat Melaka. Kreatif  betol la mereka mereka nih. Ni pun gambar dari google.

Waktu malam ada jugak Jonker Walk. Best jugak tempat ni,macam2 ada jual dan sangat seswai la untuk pelancong. Benda benda pelik pun ada jugak aku rase. Aku pernah pergi sekali jek tempat ni. Memang ramai orang. Aku ni memang rimas sikit kalo tempat terlampau ramai orang. Memang hangin je haku. Unless kalo ada barang yang betol2 aku nak baru la aku sanggup redah lautan manusia itu.heeee.






Ini jelah yang aku tau. Banyak lagi yang ada dan aku tak tahu. Sume xtau,ape yang ko tau?? Mungkin nanti bile aku da tau dan da cube aku akan update entry lain pulak. Hehe. Tinggal seminggu je lagi cuti aku, lepas ni da masuk kolej balik. Mesti bz lepas ni dan xbole nak berangan dan leka nak g bercuti ke berjimba ke. Sob sob sob.


Wassalam.

Thursday, 27 December 2012

Melaka: Night Zoo

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 02:11 4 Suka Ku Bercerita


Assalamualaikum Wbt..



Da aku ni memang orang Melaka kan. So,update blog pun pasal Melaka jela. Hehe. Kalo x pasal Melaka mesti pasal KL. Da bape tahun dok KL pun bukan sume tempat aku pernah pergi. Itu ari aku ada balik Melaka kumpul beramai2 ngn family. Setiap tahun family aku akan wat kenduri doa selamat. Time tu la nak kumpul ramai2 kan. Dan umah family aku la jadi tumpuan sebab mak aku anak sulung.




Esok tu lepas penat2 kemas umah dan berehat sekejap, malam tu kteorang pergi ke Zoo Melaka. Night Zoo. Ni kire 1st time aku g night zoo. Pegi zoo malam2 ape yang ko nampak? Memang xbanyak yang nampak.




Disebabkan kteorang g time malam,maka pihak zoo sediakan tram. Lebih kurang cam tren la. Xkan nak jalan kaki lak kat zoo tu time malam2 kan. Xnak aku,kang ntah mane2 lak sampainye. Yang pegi ni lebih kurang 8orang je. Yang lain sume keletihan. Kteorang yang hyper active ni jela yang pegi sebab da bosan dok kat umah.







Baru sampai terus g kat sini. Semangat.





Oke. Benda ni memang nampak real. Mase nak g dkat2 tu aku siap pk dulu kalo binatang ni tiba2 bergerak camne. Imaginasi terlebih pulakss.

Mase tgh tunggu tram. Kat mane2 pun sempat je bergambar.


Da malam memang yang mane tgh berjage jela nampak. Mase sampai kat tempat harimau orang tu ada la suh turun dr tram tgk2 dulu sampai kat tempat buaya. Ada jugak harimau yang active dan ada jugak yang da tido.




Lepas tengok harimau and singa sume. G tengok buaya pulak. Sume tido. Dulu aku g time siang pun buaya tu tido jugak,ni pun tido jugak. Then,sambung naik tram balik sampai la abis da pusing satu zoo tu. Turun je dari tram,hujan pun turun. Cecepat berlari ke kereta and balik.




Oke,setakat ni jela untuk entry kali ni.


Wassalam.




Tuesday, 18 December 2012

Pengalaman Bekerja

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 23:46 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..

Mase 1st entry aku dulu kan aku ada gebang yang lepas abis je spm aku terus dtg KL nak cari keje. Ni aku just nak kongsi je pengalaman aku keje kat beberapa tempat. Cehh macam banyak sangat je kan.

AmBank

Mula2 memang macam2 tempat aku try. Bukit Bintang,Pavi,Lot 10 and Sogo sume xdpt. Sampai rase cam da give up nak cari keje lagi. At last aku dapat keje kat AmBank. Kat situ rezeki aku rupenye. First time g interview kat company besar camtu sape xtakut. Takut kowt. Ari tu interview ari tu jugak aku memulakan tugas aku. Clerk je pun. Hehe. Excited keje mase tuh. Yela da first time keje and bakal dapat gaji atas usaha sendiri. Gaji pun best. Lagipun post aku nih memang dorang nak budak lepas SPM je pun. Tugas aku just key in data je. Memang senang. Dari pagi sampai la ke petang keje aku menaip tanpa henti. Aku ingat mase tu aku sorang je wat keje tu. Luckily ada sorang kawan nih. Sanjiv. Dia banyak jugak tolong aku dan banyak jugak kenekan aku. Ape pun dia sorang kawan yang sangat baik. Aku keje dalam 6 bulan je sebab lepas tu terus sambung blaja.

Houz Depot

Pernah dengar x name houz depot nih? Tempat nih lebih kurang cam ikea la. Banyak barang2 diy kat sini. Bagi aku keje kat sini la paling mencabar sekali. Aku jadi cashier part time. Keje part time mase aku diploma dulu. Lame jugak aku keje kat sini. Ape yang mencabarnya? Hahh..ingat senang ke nak jadi cashier? Penat tahu. Aku punye style pulak kalo customer oke,aku oke. Bole x nak cakap my attitude depends on you! Kalo customer awal2 lagi da berlagak aku  pun layan so-so je. Cecepat scan barang,letak dalam plastik n terima kasih/thankyou. Malas nak cakap banyak. Banyak yang mencabar ye. Contohnye dalam menggunakan kedit kad. Nak gune kedit kad ni anda sume perlu la faham kalo kat mesin tu da tertera pls call bank ke decline ke ape ke. Itu bukan salah cashier. Ada yang xfaham dia g marahnye cashier. "Kenape pulak xbole gune? Tadi baru je saya swipe kat blablabla bole je." Itu tadi. Mungkin juga kedit kad anda telah melebihi limit pada hari itu. Mungkin jugak cip pada kedit kad itu xdpt di baca. Mungkin jugak line yang tersangat sibuk tu yang lambat ckit. Jangan la nak terus salahkan cashier. Kalo nak senang gune je AMEX. Memang memerlukan banyak kesabaran. Jadi cashier ni sebenarnya tersangat la penat lagi2 time ramai customer. Yang lagi penat bile nak scan barang xd item code. Kene la bawak barang tu pergi cari kat tempatnya untuk cari item code. Setiap barang pulak kalo  1 barang tu ada 4 colour, setiap colour berlainan code oke. Bole bayangkan x ape yang cube aku terangkan nih? Kadang2 tu da terlampau penat sampai terlupa nak senyum kat customer. Jadi cashier pun aku rase cam jadi customer service pun ada. Macam2 dorang tanye kat cashier. Kalo nak cite pasal aku jadi cashier ni banyak n macam2 memang panjang sampai menyampah pulak korang nak bace. Ape pun aku suke keje kat sini sebenarnya.


SME Bank


Pernah dengar SME Bank x? Atau yang panjangnya Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad. Aku wat pratikal je kat sini. Keje kat sini pun aku suke jugak. Banyak jugak pengalaman yang aku dapat walaupun 3 bulan je. Aku dapat pengalaman camne nak wat working paper n memang dapat rase care bekerja yang sebenar. Selalu jugak dapat makan free kat sini. Hehe. Makan memang la aku suke . Free lak tu. Mase da nak abis praktikal tu siap diorang ni wat majlis makan2 lagi untuk aku. Pastu dpt hadiah lagi. Terharu kejap. Sobs Sobs Sobs.



Itu jela pengalaman bekerja aku. Sekarang xd wat part time kat mane2 pun. Nak fokus kat study dulu. Sori la kalo bace pengalaman aku yang membosankan ni. Tapi bagi aku pengalaman ni sume sangat manis dan memang xbole di beli kat mane2 weyh.


Sekian. Wassalam.

Seharian di Muzium Negara, Kenanga & Times Square

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 09:08 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..



Tengok tajuk tu. Dalam sehari je sekali 3 tempat aku pergi kan. Ingat xpenat ke. Penat gileww okeh! Da 22 tahun aku hidup ni ari tu first time la aku g Muzium Negara tu. Aku g sebab ada charity sale kat sane mase tu. Ada ramai jugak la retis tapi yang aku jumpa Yatt je and sempat la tengok tutorial shawl. Lepas tu aku terus g jalan2 sekitar muzium tu.


Aku xmasuk sume tempat pun. Yang mane sempat jew sebab rush nak g Kenanga pulak. Kenanga Wholesale City korang tau x kat ner?? Jap g aku cite okeh.






Ni kat pintu masuk. Siap bawak payung sebab mase nak kuar umah tu hujan pulak. Tapi oke jugak la bawak payung ni sebab sampai2 sini panas kowt.




Aku sempat la masuk kat istana ni. Katanye ni istana pada tahun 1884 if im not mistaken. Mase aku masuk ni bukan main ramai lagi orang kat dalam ni. Rata2 chinese. Ada rombongan che kiah kowt diorang nih. Hee.





Yang ni pulak kat dalam muzium. Nak masuk ni kene bayar RM2/person utk dewasa dan free je untuk kanak2. Mase aku pergi ni diorang cam tgh wat renovation.



Da nak balik sempat lagi posing. Hewhew.


Lepas je melawat muzium ni kteorang terus bergegas ke Kenanga Wholesale City. Kenanga ni dekat2 ngan Times Square jugak la. Ramai orang g sini untuk beli barang secara borong. Biasenye nak beli baju. Aku first time g. Nak beli baju kat sini minimum 3pcs baru la ko dapat harga borong tu.


Kalo nak beli selai baju je lebih kurang same harge ngn 3helai baju. Kalo rase nak shopping baju n dress banyak2 macam sebulan punye stock ke bole la serbu Kenanga ni. Xd gambar pun yang aku amik sebab leka ngn baju2 kat sane tapi bukan beli ape pun aku just nak tengok2 jeww.

Lepas da cuci mate tu kteorang bergerak ke Times Square(TS) pulak. TS ni da macam umah kedua aku jek. Yela setiap bulan mesti akn g sane sama ada nak g tengok wayang atau shopping. Yelah..xkanlah nak g shopping kat Pavilion n KLCC pulak. Untuk student seperti aku nih TS tu mmg seswai sangatlah kannnn. Xd beli ape pun kat TS just nak teman member aku g Digi sebab ada prob ngn data plan digi dia tuh. Oke tipu la kalo xd beli ape2 kan. Ada la beli belt n selipar kat sane. Then kembali ke tempat asal,balik umah lerr. Penat kowt.

Sekian untuk hari ni.

Wassalam.

Sunday, 16 December 2012

Healthy & Unhealthy Sleep

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 08:40 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..


Hai..kali ni saya just nak kongsi sikit info yang saya dapat..hope bermanfaat. Mungkin ada yang da tau dan mungkin jugak ada yang xtau lagi pasal ni. Sape suke sangat tido?? Mesti la sume orang suke tido. Ehh ada ke orang xsuke tido? Lagi2 time balik keje or tengah penat memang da terbayang2 tilam bersaiz king tu kannn.


Nak tido pun ada time2 untuk kite. Banyak cakap pulak aku ni. Nahhh...korang tengok la sendiri time2nye.







Ini jelah info yang aku nak share. Renung2kan dan selamat beramal. Hee. Ohh ye,korang suke bace cite2 seram x? Kalo ada yang suke tu bole try g kat sini. Macam2 cite ada.


Sekian untuk hari ni.

Wassalam.

Wednesday, 12 December 2012

Berbasikal di Taman Botani Putrajaya

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 05:00 4 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..


Korang pernah pergi Taman Botani x? Aku selalu g untuk berbasikal jeww. Yerrr..kte bole sewa basikal kat sne.. Kalo weekdays RM2/hour, weekend mahal ckit RM4/hour. xd la mahal sgt pun kann. Dulu mase dok kat bangi selalu gak aku g sane. Yela,Bangi ngn Putrajaya kan dekat jew. Aku mmg suke berbasikal nih..dlu mase kecik,lagi2 time cousin aku blk kampung..memang setiap mase kteorang merewang satu kampung bawak basikal. Memang mase tu xknal erti penatlah tapi sekarang baru bwk sekejap da penat.




Gambar lama. Selalu g ngn dorg nih.


Berbasikal ni kire salah satu senaman jugak la kan. Da la kat sini banyak bukit memang betol2 nak suh aku exercise. Ingat aku larat ke nak naik bukit tu..belom pape aku da turun dari basikal and tolak la sampai mase untuk turun bukit(paling aku suke).




Kalo nak tahu..aku ni setiap kali g sane bukan la setakat nak berbasikal jew. Mesti wajib amik gambar,pose sane sini. Bajet. Haha. Walaupun da selalu pergi tapi xpernah terlepas untuk pose di setiap ruang Taman Botani ni.


Bersama bebudak. Terasa aku pun cam sebaya ngn dorg sekejap.


Kalo ada yang free hujung2 minggu tu and xtau nak wat ape. Bole la pergi ke Taman Botani ni bersama family. Gambar xbanyak la plk sebab gune lappy adik sekarang.






Sekian.

Wassalam.




Tuesday, 11 December 2012

Running Man & Korean Drama

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 06:07 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..



Running man? Ape tu? Running man ialah korean variety show yg tengah fofular sekarang. Dulu kalo orang ckp pasal k-pop or yang ada kene mngena ngn Korea mmg aku xsuke sbb aku xminat langsung. Tapi sejak aku tertengok running man ni,terus aku suke. Cite2 korea pun aku da mula layan sekarang.


Inilah ahli2 running man yang sangat gile2. (Gambar amik kat google image je)
Best sangat ke running man tuh? Bagi aku memang best. Ahli2 running man ni drpd retis korea sendiri(mmg la kan da kate korean variety show). Oke meh aku cite ckit..dlm setiap episod sume ahli kne dapatkan at least 1 running ball kalo xdpt nnt kne denda at the end of the show. Yang bestnye setiap episod dorg akan ada guest yang dorg kene cari sendri la utk dpt running ball tuh. Ape kate korang ce tengok je show ni time free ke ape(kalo rase nak tengok la) kat channel 393 astro. Aku kdg2 tgk kat sini jew kalo da xsempat nak tengok kat tv tuh.


Mungkin ada yang cakap ape la faedah tengok cite ni. Mungkin mmg la xd pape yang kte dpt tapi bagi aku bile tengok ni cm bole release tension jap..muehehe.

Oke nak cite lain lak..pasal korean drama yg macam2 sekarang nih..aku nih baru je minat nak tengok ni sume. 1st cite yang aku tengok ialah Obtetrics and Gynecology Doctors. Mula2 aku tengok  mmg takut sebab cite ni pasal org pregnant and ada masalah mase nak lahirkan anak tu. Dia wat pembedahan cam real je aku tengok ngn darah bagai. Aku tengok pun sebab ada Song Joong Ki dalam cite ni(running man member). Sekali tengok best lak. Aku tengok kat you tube jewww.


Obstetrics and Gynecology Doctors.




Cite yang aku baru lepas tengok sekarang ialah Boy Over Flowers. Orang lain sume da lame tengok cite ni, aku jew yang cam lambat ckit..hehe. Cite ni best jugak. Pasal sorang budak lelaki kaya yang jahat jatuh cinta kat budak perempuan dari keluarga biasa jeww. Mak kepada hero tu pun bole tahan jugak. Mcm2 plan dia wat nak pisahkan anak dia ngn gurl tu.


Boys Over Flowers


Kalo ada yang rase ape yang best ngn cite Korea tu. Cite xbest langsung,xd faedah pun tengok. Bagi aku laa...dalam setiap cite xkire la cite melayu ke,omputih ke,korea ke..mesti ada moral value. Kite sebagai penonton ni amik la yang mane baik jeww..yang xbaik tu wat pe nak di ikut ye takk.



Sekian jelah utk kali ni yee.

Wassalam.


Thursday, 6 December 2012

Kenapa Nina?

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 09:20 0 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt..





Blom pape da letak gambar. Mesti pelikkan da la tajuk entry ni name aku sendiri. Poyo betol.


Abg Senior: Nape panggil Nina? Name ko Siti Zuliana kan? Malu la tu orang panggil Siti. Datang KL terus tukar name Nina.

Aku: Ape pulak. Memang dari kecik la org panggil saya Nina.

Yela..sape yang xpelik name Siti Zuliana tapi panggil Nina. Ape kene mngena tuh? Xd langsung kan? Ni yang nak bgtau ni even xd sape pun yang kesah aku nak cite jugak. Gambar yang kat atas tu aku n abang aku yang no 2. Dia la yang nak sangat panggil aku Nina. Beza umur aku ngn dia jauh jugak la dalam  5 tahun.




Mase dia tau je dia nak dpt adik dia terus bgtau kat sume orang yang dia nak name adik dia Nina. Aku pun xtau mane dia dapat name tuh.haha. Glamour x name aku? Bukan aku yang pandai2 tukar oke. Aku xkesah pun orang nak panggil ape. Jangan panggil Zu(zoo) da la. Rase cam kelakar. Biar la kite panggil seseorang tu ngn panggilan yang baik.


Ini true story oke. Mak aku cite,akak aku cite..sume orang yang tau pasal ni cite kat aku. Aku rase Nina tu name yang sangat simple dan senang je  nak sebut tapi ada jugak orang yang salah sebut kadang2 panggil Nani. Saya xsuka la orang tersalah panggil name saya.

Oke la. Sampai sini je aku membebel. Bye.

Wassalam.



Monday, 3 December 2012

Bukit Tinggi: Horse Riding

Cerita & Skrip Oleh NinaSzar at 07:03 2 Suka Ku Bercerita
Assalamualaikum Wbt...


Mungkin ramai yang da pergi tempat ni. Aku ni je baru pergi. Itu pun sekejap je,balik hari. Pengalaman yang aku dpt tu sangat awesome.

Berbalik pada tajuk,aku ni mmg suke berangan dari dulu lg nak belajar menunggang kuda. Bukan tu aje,sukan2 kegemaran Rasulullah s.a.w mcm berenang, memanah dan berkuda. Berenang mmg aku langsung xreti la. Aku pernah naik banana boat skali je. Lepas tu aku rase da xnk naik lg sebab takut habaq hangg! Da la xreti berenang, orang tu pergi jatuhkan kteorg betol2 kat tgh laut. Ehh aku ni nak cite pasal horse riding ke pasal banana boat.



Bile tau kat sini ada horse trails aku terus ajak akak aku pergi kat tempat ni. Walaupun agak mahal ckit aku xkesah la. Bukan selalu pun g kan. 10 minit RM25. Oke la tu. Ni pun kebetulan je aku ikut akak aku bwk anak2 dia jalan2. Kat sini pun ada lessons untuk horse riding jgk. Aku xigt harga bape tapi ada la dlm 400++. In future kalo aku nak belajar mungkin tempat ni la yang aku akan pergi.  


Mase tengok kuda2 kat situ ada rase takut jgk la aku tgk kuda besar2  sangat. Da mcm2 aku pk mase tu. Camne time aku naik nnt tiba2 kuda tu lari laju2. Lepastu confirm aku tercampak. Mula2 naik mmg cuak der. Dia bwk aku kat jalan raya lak tu kat tmpt mmg kete lalu. Kowt tiba2 kete tu pi tekan hon. Kuda tu terkejut,aku yang jd mangsa nnt.



Kuda yang aku naik ni namenye bonita.



Mase berhenti nak amik gambar ni kuda ni mcm da nak marah je. Cepat2 snap lepastu jalan.


Kat sini ada jugak Japanese Garden. Kalo nak masuk utk minum tea kne bayar rm28++ xsilap aku. Ada jugak kimono rental. Kalo rase2 nak berangan2 jadi orang jepun bole la try. Aku x g pun. Penat sbb kene jln kaki je da mcm hiking aku rase.



Banyak tempat lagi yang aku x g cam adventure park. Kat situ ada wall climbing,flying fox. Ohh ye..mase nak masuk kat bukit tinggi ni. Ape name tempat ni Colmar Tropicale if im not mistaken, kne bayar RM12  utk dewasa. Kanak2 aku xingat pulak.


First time jumpa nih. Excited ckit.




Setakat ni jelah ye untuk entry kali ni.

Wassalam.



   

 

Nina Szar Copyright © 2014 Designed by eddscape